Semalam aku meround ORL demi mencari Prof. Din untuk cuti dua minggu. Okay, nak jumpa orang busy ketidakjumpaan itu haruslah di expect. (Eh, ada ke perkataan ketidakjumpaan?). Hehehehe.
Sambil jalan, ada seorang budak lingkungan 2 tahun berada dalam dukungan emak dia. Aku pandang dia dan senyum. Aku teruskan berjalan dan aku perasaan dia menoleh lagi ke arah aku. Oh, sila ingat semua kalau budak get interested atau berfikir, dia macam manusia dewasa yang mahukan confirmation dengan melihat untuk kali kedua.
Aku cuba recall. Yup! Dia patient aku. Budak punya ingatan yang kalau kau bagi impuls sekali terus dia ingat tak lupa-lupa. Aku cuba fikir aku run clinic dengan lembut atau dengan menakutkan sampai budak ni ingat aku. Mari kita cuba.
“Hi. Lama tak jumpa,”
“Hari ni klinik sini ke?”
Mak dia menegur. Lagilah aku cuba belek-belek minda ni sesi bila eh aku klinik ni?
“Hari ni kelas. Saya klinik hari Selasa dengan Rabu. Appoiment ORL ke hari ni?”
“Aah. Tu lah tadi jalan perasan dah,”
“Cari Prof. Din. Bakpo mari?”
“Jumpa doktor,”
Memanglah jumpa doktor kalau dah pergi hospital. Hihihi. Minda aku tak dapat nak downlistlah ni sesi bila.
“Salam kakak? Amin,”
“Salam kakak,”
“Pandai. Kakak nak gi dah ni. Nanti jumpa lagi eh,”
Okay. Budak tu senyum dan sambut salam aku. Cantik! Itu tandanya aku menjalankan klinik dengan cun sebab dia tak reject aku. Hahhahahahaha.
—
Aku berjalan-jalan dengan kakak aku dekat kedai elektrik. AKu lupa nak beli apa tapi memang kakak aku tak dapat layanan buat muka dia kerit-kerut geram. Badan dia macam budak tingkatan 3 jadi siapalah terfikir kau nak beli kipas angin atau periuk nasi atau mesin pengisarkan?
Hee.
Tengah sibuk-sibuk memilih, ada seorang lelaki tegur kakak aku.
“Beli apa?”
Kakak aku maintain. AKu dah pelik.
“Ni ha, cari kipas. Yang kat rumah dah rosak,”
“Oh. Kalau ni jenama bla bla bla,”
“Oh ye ke. Bla bla bla bla,”
Kakak aku berborak macam dah kenal lama. Lama gila pula tu. Aku kerut dahi. Kakak aku berhenti berborak lepas lelaki tu diapproach oleh jurujual.
“Along, kau kenal ke?”
“Entah. Takut dia kenal Along, along tak kenal dia,”
“Lepak gila berborak macam dah kenal lama,”
“Dah dia ajak borak, layan je lah,”
“Heh. Kau ni long,“
AKu gelak-gelak muka serius.
“Cik! Lupa nak cakap,”
“Apa ya?”
“Baby hari tu sambut masuk hospital balik, kena kuning,”
“Oh ye ke, Insyallah tak ada apa-apa,”
Lerrr. Baby dia kakak aku sambut. Padan pun.
Kan? Dah masuk sektor perlu jumpa ramai orang ni, kalau tiba-tiba tengah jalan orang approach macam dah kenal lama jangan peliklah. Selalunya dalam sesi klinik kita berborak dengan ramah sebab dia pesakit tapi bila dah ramai sangat mestilah akan ada satu tercicir dari ingatan. Apatah lagi kalau jumpa untuk sekali lepastu enam bulan lagi baru follow up.
Tiba-tiba aku nak buat pertandingan dengan diri sendiri. Oh, kau yang baca blog aku ni pun boleh kalau nak join sama. Tapi, tak ada hadiahlah.
Setiap kali aku jumpa patient tak kiralah siapa, berjaya tak kau nak simpan dalam memori jangka panjang. Kalau tak boleh nak simpan semua maklumat, cukuplah yang masuk dalam minda lama itu, nama dan wajahnya.
Hah, yang bakal nak jadi doktor, time ni lah nak train minda biar ingat dan lekat dan juga the sense of humanity. Maybe?
Amacam? Ada berani?
Aku tengok enjin carian yang sampai ke blog aku hari ini. Tajuknya, bini doktor. Hah? Aku cek balik. Ini rupanya. Hahahahhahaha.
p/s: Tak ada nak tulis apa pun. Tapi ada orang suka baca tulisan p/s ni. Hahhahahha. ![]()
p/s/s: Lagi benda tak berfaedah. Sini.










::recently of me, you::