Mak Aku Seorang Guru

Sambungan Umar di sini.

Saat-saat sekarang mak aku sedang bertungkus-lumus menanda kertas anak didiknya. Aku rasa mak aku, guru-guru dan lecturer-lecturer sedang berusaha sedaya-upaya memeriksa skrip-skrip jawapan pelajar sekalian.

Mak aku, macam aku. Silap. Aku, macam mak aku. Saat kritikal macam ni mak aku suka buat kerja dinihari. Dalam pukul 3, 4 pagi dia bangun dan berseorangan di ruang tamu menanda kertas. Oh, mak aku mengajar sekolah rendah. Jadi, faham-fahamlah standard tulisan anak muridnya.

Kadang-kadang aku tolong sekali. Yang objektif ajelah. Aku selalu susunkan siapa dapat nombor satu, siapa dapat nombor last. Selalunya aku yang bagi komen. 3 teratas dapat komen puji-pujian extreme. 10 selepasnya dalam pujian berunsur nasihat. 10 ditengah menerima kata-kata semangat. Selebihnya nasihat-nasihat yang berguna.

Aku kesian mak aku nak tulis report card 2 kelas bersamaan 60 orang lebih. Tak kisahlah. Masukkan data markah, aku buat juga.

Aku tak pelik kalau tiba-tiba aku dengar mak aku ketawa sorang-sorang. Kadang-kadang mengekek. Tak pasal-pasal mengamuk.

Kau tak mengekek atau membebel ke kalau perkara macam ni berlaku,

1. Apakah makna tawaduk?
    Tawaduk adalah tawaduk.

2. Berikan 3 ciri-ciri tawaduk.
a. Wajib.
b. Sunat.
c. Haram.

3. Nyatakan ayat Al-Quran berkenaan Tawaduk.
     Ada dalam buku teks.

Ada rasa-rasa nak bagi penampar tak?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 22, 2009.

6 Respons to “Mak Aku Seorang Guru”

  1. Salam,

    Semoga anda terus ceria..

    Menarik cerita anda kali ini..Itulah hakikat sebenar kehidupan seorang insan yang memegang panggilan keramat ‘CIKGU’.

    Itulah pasal. Terima kasih datang. Saya add link ya..=)

  2. Memang patut bagi penampar aje.
    Maaf, saya juga seorang guru. Tau sangat payah dan jerih, sakit dan pedih seorang yang bernama cikgu.
    Tetapi orang suka perlekeh guru, bukan orang lain tapi guru-guru juga yang ada lebih pangkat.
    Kalau kerja setiap hari sepatutnya hanya 8 jam sehari, tetapi disekolah menengah datang jam 7.30 balik setiap hari jam 3.30 petang (pada hari biasa – bagi guru biasa). Kalau ada msyuarat mungkin sampai jam 5.30 atau 6.00 petang. Itu belum masuk lagi Sabtu dan Ahad, kerja malam untuk perayaan tertentu. Dan seperti yang dicerita tadi bangun pagi periksa kertas dan buat kerja-kerja perkeranian, buat dokumentasi, buat laporan, buat minit mesyuarat. Yang suruh tu bukan orang lain cikgu juga ttapi yang berlagak apabila ada jawatan sedikit. Menyampah rasanya.
    Memang.

    Kisah ini, sama seperti apa yang emak saya rasa. Sungguh tidak adilkan?! Semoga cikgu dan semua guru yang kadangkala ditindas beroleh kesabaran yang jitu dan semangat yang kental.

    Selamat hari guru, cikgu!

  3. haha!
    normal laa tu klw dh jd cikgu..
    parents nisah 2-2 cikgu…
    abah guru besar..umi pn cikgu, ajar skolah rndah gak..
    so, jawapan2 klaka tu mmg dh normal..kdg2 best gak baca..haha!

    hihihi. hai sejak bile ada blog?

  4. hihi.
    comel gile jwpn tu.

    menyakitkan hati juga. Buat letih mengajar.
    Aku rasa lecturer pun rasa cenggini bila tengok skrip jawapan aku. hoho

  5. bini aku seorang guru!
    ..memang banyak kisah aneh kalau berbinikan seorang guru nih!
    dari pagi sampai ke pagi balik, terlalu banyak kisah kisah pelik dan ajaib berlaku dan perlu .. mesti ditempuh. .. terutama dari atas!

    hahhaha. apakah? ha.. boleh kongsi ni. hii~ Cane leh sampai sini?

  6. I like the valuable information you provide in your articles.
    I will bookmark your weblog and check again here regularly.
    I’m quite sure I will learn plenty of new stuff right here!

    Best of luck for the next!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: