syawal semua!

Hehehehe..sudah sampai rumah. Sekalipun, tahun ni tak beraya di kampung, ni lah kalau kakak jadi jururawat, taklehlah bergumbira di kampung di dungun sana -_-“..erk! tak mengapa. Janji dapat balun semua makanan di rumah.

 

Ini kad raya comel dari cik manis. Arigato nee..:-)

 

 

 

Musykil gak eh laman berblog, macam-macam boleh kasi. Cik Manis, rasanya macam tak  leh nak balaslah, sebab tak reti nak buat. Hahahahaha. Bagi alamat senang, nanti saya send. Lagi senang. Ni laa kalau dan tak kreatif -_-“

Erm..vertigo ku semakin dahsyat nampaknya. As Dr. Zu said (aku yang call tanya sebab aku rasa aku berjalan dah macam orang mabuk..hahaha), “vertigo makin teruk as expected, adeh!”

Hahahaha. Tak kisahlah, I already used to be! Hehehe. Semalam berborak dengan ayah mengomen doktor aku pergi klinik semalam. Ada juga Dr. macam tu. Boleh pula tak concern dengan apa yang aku cakap. Dahlah aku ni sakit, migrain pulak tu. Huhuhu. Paling tak tahan,

“Saya migrain ni plus actually saya memang imbalance, vertigo”
“Mana awak tahu, ada cek ke?”
  Dengan sinis bertanya.
“Aah, memang ada masalah telinga,”
“Siapa bagitahu? Masalah gegendang ke?”
“Dr. yang rawat saya. Saccule problem,”
“Yang tulang tu la,”

Erk! Tulang? Maleus, Incus dan Stapes? Mana ada kena mengena dengan balancing.

“Taklah, saccule problem, organ of balancing,”
“Mana tahu? Ada buat follow up ke?” Sinis lagi!

Adeh! Mungkin dia fikir aku memandai!

“Ada, HUSM,”

Senyap. Entah mengapa. Mungkin sebab nama hospital tu kot.

Aku tahulah aku pakai baju kurung buruk kaler biru. Pakai pulak selipar jepun warna merah. (Selipar jepun buruk kakak aku tu gila mahal tau tak!). Selekeh. Tapi janganlah layan patient nak tak nak. Hospital kerajaan bolehlah tak berbayar, ini swasta Puan doktor.

And satu lagi, don’t expect others are uneducated. Bukan aku nak cakap aku pandai sangat, tapi janganlah layan aku macam aku ni bodoh sangat. Alahai. Aku ingat aku je yang negatif kot. Bila keluar bapa aku pun tanya aku, sambil lewalah doktor tu. -_-” Tengok, bukan aku je fikir gitu.

Mungkin. Mungkin dia penat!

Positif…positif!

Jadi bakal doktor di luar sana, sayangilah pesakit anda. Hehehehe!

Balik klinik, aku tiba-tiba suka menyanyi lagu ini, seronok pula. Korang tahu ke nyanyi? <versi berlagak 0_o>

Jang..jang jaluk jaluk itik jaluk ayam
Berapa lubang kancil, seratus lima puluh,
Panggil cik gayah makan sireh pulut merah
Cik Lela junjung..cek lela junjung.. cik lela jun…jung!

“Kau nak buah apa?”

pstt! entah macam ni kot lirik. orang lain maybe versi lain. :-p

hehehe! ingat lagi? Tak taulah kalau korang semua millineum (tak reti eja) tak main permainan ni -_-“

Selamat menyambut Syawal semua!

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 29, 2008.

6 Respons to “syawal semua!”

  1. Salam Aidilfitri!

    selamat hari raya!=)
    kak, alamat?

  2. makin teruk?

    haish. doktor ni. dia belum masuk kelas kita ni. hoho. astaghfirullah, unsur berlagak pulak. tapi betul la, ada je yang takjub ngan kite. huhu

    khud, eid mubarak! nnt nk gi jln raye kat bilik^^

    aah..kes terbang baliklah ni. Dr. Zu bagitahu memang expected..hehehe

    Tau takpe, memang kena masuk audiologi ni! Hampeh..hahaha
    Datang rumah teruslah nad eh! jalan gi bilik trip no dua, meh masak rendang kat sana! hoho~

  3. Salam Raya… Maaf zahir dan batin

    Adry @ http://www.adrysabry.com

    selamat beraya!!! =)

  4. haish,doktor mcm ni pn ada ke?newa, thanks publish kad 2 kt sini..hehe

    entahnye..hehehe! u r welcome, dude! =)

  5. ya Allah..lagu jan jan jaluk.. hampir aje terpupus dari memori nih
    time kaseyyy pasal ingatkan balik ;D

    selamat hari raya~

    hahaha, banyak lagi lagu masa kecil seronok untk diingatkan semula =)

  6. So, your body consumes 44 kcal taken from your fatty tissue
    down payments to break the oatmeal down. Lobelia is rather effective in notably reducing nicotine dependancy.

    HCA is readily available on line from several sources.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: