OTAK=BRAIN=BLUR..

-_-”

Tengah tengok- tengok berkenaan otak ni. Esok, seawal 7 pagi bertolak lagi ke Besut. Aduhai. Saya pula ditugaskan untuk menjaga stesyen anatomi dan fisiologi otak manusia. Saya juga memohon untuk ke sini, sekurangnya saya buat homework! Seperti sekarang, walaupun dah pukul 0230 dan akan bergerak 0700 esok. Huu..~

TV pun tengah terbuka, malam ni Russia lawan Greece kot. Entah, tengok gitu-gitu je. Dulu minat bola, tak tidur pun sanggup. Dah besar ni, kuranglah sikit. Banyak lagi komitmen lain. Komitmen tidur penting juga. =P

Ok, so since saya kena bercerita tentang otak, saya try recall sekejap disamping menulis. Ada juga faedahnya. Sebelum itu, teliti gambar di atas barang 5 minit. The longer the better..=)

Otak manusia terdiri daripada 4 lobes..(senang cerita ketullah). Occipital, temporal, parietal dan frontal. Setiap satunya ada function tertentu dan unik. Occipital dibelakang sekali, penting untuk visual. Lihat keajaibannya…bukankah mata didepan, tempat prosesnya dibelakang sekali pula. Kalau temporal tidak apalah juga, terletak disisi, untuk pendengaran. Jangan pelik, memory dan fungsi pertuturan juga di sini tau!

Parietal ditengah, kalaulah tiada, kita semua takkan mengerti apa itu pahit, masam etc etc. Jangan terkejut, suhu dan haba juga mungkin akan menjadi masalah! Ajaib bukan ciptaan DIA. Tidak lagi termasuk neuron, nuclei, axons bla..bla..bla.. tak terjangkau langsung sebenarnya.

Dibawah Cerebrum yang terbahagi kepada empat ketul itu, terdapat lagi dua ketul kecil dinamakan cerebellum. Cerebellum, kalau dalam model anatomi, yang berwarna coklat pekat seperti bunga. Hahahaha..jangan tidak tahu, tanpa cerebellum, jangan berangan kaki akan melangkah bebas! Cerebellum berbunga itu mengawal pergerakan tahu!

Malasnya nak menulis, mengantuk juga! Aduhai, tapi perlu recall, sebelum mata terpejam lagi, sebelum minda menuju mimpi. Hmm~ Saya cerita secara ringkas. Mengantuk amat. Kalau perasan gambar diatas itu, ada sebiji sel kecil diberi nama amygdala. Kecil-kecil cili padi, amygdala mengawal emosi, pembelajaran dan juga memori. Pernah rasa takut dah resah? Inilah refleksi dari Amygdala…=)

Ehem, seperti lekuk bentuknya. Agak panjang berbanding limbic sistem yang lain. Cingulate Gyrus nama di beri..ketika anda sedang menambah pengalaman yang anda sedar anda sedang melakukannya, CG lah yang bertangungjawab menjalankan tugas. Hebat bukan? Jangan lupa fornix, (saya menganggapnya garpu) lihat strukturnya yang seperti arch. Bnayak perkara hebat yang dilakukan kita bermula di sini. KIta gerakkan otot, kawal mood, hmm merancang masa depan juga di ‘garpu’ inilah.

Sungguh perlu diringkaskan. Medulla oblongata yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan , tekanan darah seolah mengarahkan saya melelapkan mata. Aduhai! Thalamus pula, a major relay station between the sense of da cortex. (Memang entry yang tidak menarik, bosan dan beku untuk dibaca, selamatlah membuang masa. heee~) owh, hampur trelupa anatomi pons yang sedikit terbonjol hampir dibahagian brainstem. Hmm..disinilah pusat kawalan vital process seperti fungsi cardiovascular (CVS) atau berkenaan jantung  yang terlibat dalam koordinasi pergerakan mata dan keseimbangan. (Begitulah barangkali ayat selepas ditranslate..huu~ saya bukan translator yang baik -_-“)

Hmm..selamat membuang masa disini! Doakan saya perform untuk performance brain reserach esok ya! Hampir 90 percent saya tidak mahu ke PPMS! Tolong saya, kebuntuan!!!!!!!!!!!!!!

p/s:mamat zargus itu memang tidak reti bahasa, semalam pukul 0600 sudah menelefon saya. Mujur tak pukul 3 seperti biasa. Mau berasap..hmm~ tengok hsri ini pula. Bagus juga kalau dia mengacau pukul 6 lagi, saya kena bertolak pukul 7. Awalnyaaaaaa..wawawaaa!!! T-T

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 15, 2008.

4 Respons to “OTAK=BRAIN=BLUR..”

  1. […] untuk ke Kampar weekend first week sem bermula untuk brainetwork. Cerita sebelumnya di sini, sini, sini, sini dan […]

  2. hehehe… bagus tul la… org awam tengok pun terkedu… anyway ringkasan yg bagus…. bolehla paham sket2… ini baru audiologist… kalau doc betul mcm kawan saya tu .. mcm2 nak kena hafal agaknya… bahasa latin lak tu…ishx3

    • Masa ni taip sebab kena jaga pameran. Menulis apa yang kita faham salah satu strategi bagus untuk menghafal selain daripada mengajar. Hihihihihi.
      Memang tak berniat jadi doc. Tak rajin nak membaca eh. -____-”

      Hahhahahahah!

  3. […] macam wow!, hari-hari masih ada orang tersesat masuk sini untuk sesetengah entri terutama entry otak ini, dan entri jiwang […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: