Gigit Kasut?

Aku memang susah nak percaya pantang larang. Serius. Pada aku, pantang larang adalah perkara yang berlaku secara kebetulan. Kemudian dibesar-besarkan dan dijadikan ikutan.

OK. Walaupun aku tak percaya, itu tidak bermakna aku tak terima pantang larang ni. Ada sesetengah pantang larang aku guna pakai jika ada bukti saintifik yang menguatkan.

Kali ini aku mempercayai satu pantang larang yang tiada strong evidence which I’ve still try to create one scientific excuse based on my personal thought. Dan juga men’tidak apa’kan hati sendiri. Tak tahu kenapa aku macam susah nak terima.

Sombong.

Aku beli kasut baru. Sandal lama tercabut masa shooting. Ganas. Aku tak beli sandal sebab tak ada sandal yang aku berkenan kat KL sana. Aku tak tahulah apa jenis kasut, selipar, sandal zaman sekarang. Aku dah nampak macam kesemua design kembali pada zaman batu semula. Zaman ortodoks. Kuno.

Rambu rambai. Tebal kalah bata. Tinggi kalah KLCC. Apa ke jenis. -_-“

Aku punya sandal kena ada tali kat belakang. Psst.. sebab kalau tak ada tali, mesti punyalah tercabut masa jalan. OK, yang ini pelik. Aku suka sandal lelaki. Pada aku cool dan cantik walaupun gila berat. Aku rasa sangat stylo kalau aku pakai. Tapi, kau tahulah saiz kasut lelaki. Paling kecil agaknya paling besar aku. Satu hal juga, kalau aku nak beli kasut macam itu, aku kena guna duit sendiri. Memang mak ayah aku tak berkenan. Tak berkenan maknanya tak supportlah dari sudut kewangan. Huu~

Erk!

Tak kisahlah kalau kasut feminin pun, janji selamat duit aku. Muahahaha!

Kawan aku ada bagitahu, kasut baru kena gigit dulu hujung dia. Gigit dulu sebelum dia ‘gigit’ kita. AKu gelak-gelak aja. Pada aku, kasut tu ketat, lalu bergesel dengan kulit dan melecet. Itu logik. Ada kena mengena ke gigit kasut tu dengan prevent melecet? Memang sah-sah aku tak percaya.

Cuma sekarang, aku kena terima.

Kasut aku beli, longgar. Bukan exactly longgar tapi memang saiz kaki aku macam selalu. Hari pertama aku pakai, aku rasa pedih sikit. Hmm~ melecet. Ini yang aku tak gemar ni. Tapi, hanya sebelah kaki. Kiri. Tak pelik pun, badan manusia memang berbeza saiz bagi setiap pasang anggota bukan? Itu logik. Tangan kanan dan tangan kiri sebenarnya berbeza saiz. Setahu aku kanan lebih besar. Tapi yang melecet kaki kiri aku.

Mungkin aku berbeza. Kiri aku lebih besar. Barangkali.

Hari kedua pakai, ini melampau! Sakit! AKu terfikir pantang larang itu. Perlu atau tidak aku ikut? Mari berfikir secara saintifik. Bila kita gigit kasut, kita bagi pressure. Kasut akan kemik sedikit. Apabila kemik, possibility bergesel berkurang, dan kulit akan berada dalam zon separa selamat untuk melecet. Ok, kasut baru biasanya masih tegang. Apabila selalu pakai, terdedah pada haba maka yang tegang akan kembali kendur. Macam orang muda jadi tualah. So, masa tu, size kasut bukan lagi saiz kasut asal tetapi bertambah sedikit dari yang asal. Jadi, tak peliklah kaki tidak melecet lagi.

Lalu aku gigit juga kasut tu sedikit semalam tanpa rela. Harap tak sakit esok. Kalau tak, tersadailah kasut ni.  T_T

Ajaib, hari ini aku selamat dari jalan dan sakit.

Pantang larang yang betul atau personal thought aku boleh diterima? Atau ada alasan lain?

Cerita lain, aku tak tahu kenapa dalam toliet kiub aku ada seekor katak yang sangat setia bermukim dekat sinki. Serius. Dari katak tu kecil sampai remaja, dia tetap kat situ. Bezanya, kadang-kadang aku nampat kat cermin, kadang-kadang kat paip air, kadang-kadang dekat sinki. Badan dia kurus kering. Ada masa aku upload gambar katak tu.

“Sya, katak tu tak bosan ke duduk situ? Tak ada kawan. Bila hujan dia dengar tak? Mesti dia tak buat bising lepas hujan macam kawan-kawan katak dia yang lain kan? Dia makan apa dalam toliet ni?”
“Semut kot. Tak pun apa-apa serangga lalu lalang,”
“Eh?”

Dulu aku boleh terima, cuma sekarang aku pelik. Dah lama sangat, adalah dekat dari aku masuk sem sampai hari ini. Kalau ada semut pun, pupus dah untuk dia jadikan makanan. Kalau ada serangga lalu lalang pun berapa banyak je.

Tapi itulah, rezeki setiap satunya telah dijanjikan. Kan? Setiap orang, dan binatang dan hidupan, ada rezeki masing-masing. 

Sekarang, kalau aku nak gosok gigi aku mesti cari katak tu kalau tak jumpa. Dah jadi tak takut aku dengan katak. Tapi memang dia ada kat situ. Kadang-kadang dia munculkan diri dan menjauh kalau aku buka air. Kalau aku bangun pukul 4 pagi sekalipun, aku rasa ada teman kat toilet.

Kadang-kadang aku bertanya je dia tak lapar ke. Walaupun aku tahu dia tak dapat menjawab soalan aku, tapi aku percaya dia faham walaupun dia hanya seekor katak, binatang. Aku rasa dia pandang mata aku tu dah bagi jawapan.

Nampak macam bodohkan?

Hahaha.

Aku percayakan binatang.

Aku fikir lepas cuti seminggu ni mesti dia menghilang. Sebab dia bosan tak ada orang. Agaknya dia anggap orang ni kawan-kawan dia dah. Tapi bila aku balik. Aku basuh muka, uiks, katak tu masih di situ.

Agaknya tu bukan katak kot?

Aku terfikir satu benda. Kalau aku cium katak tu, dia akan menjelma jadi putera raja tak?

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 4, 2009.

7 Respons to “Gigit Kasut?”

  1. aku pun selalu fikir, bilik ada katak dlm bilik air, nnt dia jadik org yg hensem, ntah kenapa kita terfikir benda yg sama. tapi, ia menarik, bukan??

    dan, aku pun akan gigit kasut. sebab, sama lah, aku ada pengalaman. bila x gigit, ia mengigit kakiku (melecet). bila dh gigit kasut, ia tak melecet.

    tapi aku bukan lah kata ia perlu dipercayai. sekadar, gembira atas kebetulan yg menarik.

    hahaha. Kadang-kadang kita akan buat benda tak masuk akal bila keadaan desperate kan. Hihihi. Kita banyak persamaan nampaknya. Huu~

  2. aku percaya pada pantang larang…
    sbb mungkin ada hikmah sebaliknya…kita pun tak tahu kan…
    pasal gigit kasut yang kaum perempuan la….
    huhuhuhuhuhu
    satu pantang larang yang sampai sekarang aku pegang….
    “jangan menyapu bila hari perayaan” sbb ada peristiwa yang memang aku tak boleh lupa sampai aku mati!!!!!

    Wah! Menarik tu! Ceritalah…

  3. aku dh perasan lama dah yg kita ni byk persamaan…

    wah! Hebat nana!

  4. mna bagus?
    1.gigit kasut?
    2.cium katak?

    pilihan di tgn anda..
    selamat memilih..

    aku pun tak tau!! hahahah

  5. hahahahahhaa…..
    bahaya hang ni..kasut pun hang gigit..

    ape nak dikato..hihi

  6. khud, hati2 gigit kasut tu..nanti tak pasal2 terlekat gigi kat kasut tu baru tau…muahaha

    hihihi=)

  7. err…serius ke huda gigit kasut? yang dah pakai eh? macammana gigit? sory sebab hida x pernah tahu pasal gigit kasut ni..hehe.

    gigit kat belakang. Dekat tumit tu. hehehe. Seriuslah ni =P

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: