err..!

Sebenarnya, sampai saat ni, saya tidaklah tahu apa itu tag. Namun terbaca di pensel tumpul..hee~ seronok blog ni. betul! Hmm, lama tak terbaca dek berkerja, tiba-tiba bila terbaca, terperasa ada nama diari senja yang di tag. Hahaha. Tengah-tengah boring ni..buatlah!

Nicknames. err..banyaklah sangat. Paling terbaru, Kak Hu..dari Huda, dipendekkan jadi Hudz..kini tinggal Hu sahaja. Pemalas sungguh mereka. Hahahaha. (namun nama paling lembut pernah saya terima..’da’) Selebihnya, normal!

Aku seorang yang…

mudah stress : dalam mencuba memujuk diri untuk bertenang, itu sendiri pun sebenarnya mengundang stress. Aduhai!

suka tersenyum: sebab saya rasa sangat suka tengok muka yang tersenyum. Dengan senyuman juga, saya rasa kuat. Tapi kalau saya tidak tersenyum, maka adalah makna-makna tertentu. huu!

sukakan bayi: yang ni mungkin normal bagi seorang gadis. Tapi, kalau sayalah, bayi sangat naif! Dan menenagkan, tangisan mereka sahaja cukup menghiburkan!

artistic: walaubagaimanapun, terlekat di bidang sains. Saya suka melukis, mewarna, menulis, mencipat lirik dan seumpamanya. Artistic bukan??!

pencinta: segalanya yang layak dicintai. haa..masih juga mencari cinta! hahahaa..mengarut!

Apa yang istimewa tentang orang teristimewa anda?

Buat masa ini, manusia terpenting, teristimewa adalah emak ayah saya. Kerana merekalah, seorang insan istimewa boleh menulis menceritakan segalanya hari ini. Kerana keistimewaan mereka, lahirlah saya yang istimewa..=)

Makanan dan minuman kegemaran anda?

Kalau masa kecik-kecik dulu..selalu cakap mee goreng and air milo. Dan sampai ke besar itulah kesukaan saya, namun sekarang. Mungkin tidak. Banyak sungguh penyakit menyerang, maka jawapannya, makan yang boleh dimakan itulah terpaksa menjadi kegemaran! Mungkin ubat juga ‘makanan kegemaran’? -_-“

minuman? masih MILO! satu lagi..kopi radix..hahaha!

Warna.

Semestinya hijau. Sehingga saya digelar bawang hijau! Tegoklah bilik, baju dan segala peralatan saya. Dan anda akan dapat meneka warna apa yang meaksudkan saya. Hahahah!

Lagu kegemaran.

Remeiromen- konayuki dan sangatsu. Buat masa ini, inilah lagu yang saya ulang-ulang dengar. Ini lagu tema One Litre Of Tears…lagu ni bagi semangat kepada saya yang sedang menunggu keputusan ujian darah. Risau.

Siapa yang buatkan aku tertawa?

Tulisan dari blog Pensel Tumpul. Dari Mr. Azrul Joned. Hahahah!

Sikap yang membuatkan aku stress?

Saya mudah sangat stress. Jadi no komen.

3 benda yang mesti ada dalam beg aku:

Inhaler..(pastinya inilah paling penting!) Handphone atau MP3..(orang penting la katakan..hehe) Duit..(apa lagi boleh kata?)

Kali terakhir menangis.

Baru je tadi. I’m a crybaby!

Perkara paling lucu dalam hidup.

ada ke? Entah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: