P* bertukar P??!

Percayakah kamu kepada keajaiban?Senyap!Percaya tak?

Senyap! Tidak tahu untuk berkata apa. Ingin menjawab tidak, bimbang tersalah tafsir. Ingin menjawab ya, terkadang hati ingin menafikan.

P* ke P ????!

Ketika result lulus gagal keluar, satu subjek anatomi dan fisiologi untuk manusia saya mendapat P* yang bermaksud lulus bersyarat. P* ini juga menyebabkan hidup saya tidak keruan. Dan, saya mengukir diari hati saya dalam blog kerdil ini. Seharian juga saya menangis. Seharian juga saya kesedihan memandang ibu ayah saya. Bagaimana ingin beritahu mereka? Bagaimana juga harus saya pujuk hati yang kerap kali gagal dalam berusaha. Gagal lagi! Gagal juga!

Saya mengambil keputusan tidak memberitahu mereka. Biarlah. Biarlah menjadi rahsia dahulu. Tidak mahu melihat ibu saya risau. Sekalipun ayat yang bakal dia keluarkan lebih memujuk saya, tapi emak juga bukan ‘penipu’ yang baik. Sama seperti saya. Riak wajahnya lengakap memberitahu saya hatinya sedang berkata apa. Masih ingat saya ketika berada pada zaman kejatuhan asasi tanpa saya mampu untuk bangkit semula,

“tak tahu dah apa nak jadi ngan kimia ni. Dah putus asa rasa. Matematik lagi,”

Dan saya menangis tanpa tertahan. Ketika itu saya mencabut uban emak. Saya boleh menangis tanpa dia tahu, Cuma saya harus menjaga suara.

“Tak apa usaha lagi,”

“Tak reti nak usaha dah. Silap kot masuk asasi ni. Kalau gagal angah ingat nak ambil STPM la. Setahun rugi ni biarlah,”

“Jangan berhenti dulu, buat sampai habis. Kalau gagal juga, kita fikir cara lain masa tu,”

Terus saya menangis tanpa berselindung. (Sekarang pun air mata saya mengalir mengenangkan itu)

“Angah dah letih macam ni, bidang sains ni bukan jalan terbaik kot,”

Makin menggila saya menangis.
“Angah janganlah cakap macam tu. Kalau angah sedih, mak lagi sedih. Usaha dulu,”

Itu emak saya. Emak saya satunya di dunia. Alhamdulillah. Sem dua saya berazam lagi. Positifnya saya disitu. Mudah jatuh, mudah juga bangkit. Saya usaha juga. Tak kiralah kalau gagal lagi. Saya hanya ingin emak ayah saya gembira itu sahaja. Kalau di ikutkan, ini bukan pilihan hati saya pun. Saya cenderung ke bidang sastera. Tapi kalau ini pilihan emak ayah saya, saya akan mula mencipta cinta tidak kira apa sekalipun benda itu. Dan kini, saya boleh tersenyum melihatkan emak ayah saya tersenyum saat menghantar saya ke USM. Bidang kesihatan pilihannya. Ayah tidak mahukan saya ke bidang perubatan. Katanya perubatan tidak sesuai untuk saya. Saya yang hanya boleh tumpukan satu benda untuk satu masa. Tidak boleh dua.

Kata ayah lagi, wanita dunianya di rumah. Kalau mendapat pekerjaan terbaik, itu bonus. Ayah tahu kalau saya masuki bidang itu, barangkali saya hanya ada satu pilihan kelak, keluarga atau kerjaya. Sebagaimana dunia wanita adalah keluarganya, Saya akur. Dan saya mengerti buruk baik diri saya. Nasihat ayah nasihat yang terbaik! Saya akui itu.

Sampai sekarang saya akan bertanyakan itu ini untuk mendapat pedoman. Bimbang. Bimbang tersalah langkah, tersilap atur.

 

Berbalik pada P*. Setelah mengetahui kegagalan tiada sudah itu, setelah keluar berseorangan menenang perasaan. Akhirnya, mencuri masa berjoging. Lama tinggalkan tabiat baik ini. Bukan ketiadaan rehat, tapi nafsu malas menguasai segala. Tidak sampai 10 minit pun saya berlari, (sedangkan selama ini saya menamatkan jogging hampir 2km itu selama 17 minit sahaja), saya sudah hampir diserang asthma.Ini mengejutkan saya! Sekalipun penyakit kronik ini selalu melawat, tapi bukan ketika saya berjogging! Bukan! Saya sangat terkejut. Makna apakah itu. Makin kronik yang pastinya. Kenapa jadi begini? Sekali lagi, seolah satu kegagalan lain datang bertandang. Dek kerana inhaler saya tidak bawa (memang sengaja tidak bawa, tapi sekarang kemana-mana saya perlu wajibkan diri membawa ‘buah hati’ ini), saya sekadar berjalan kosong. Basket ball yang selalu saya lantunkan sambil berlari, saya peluk erat. Sesekali saya tekan dada kerana saya terasa ingin muntah.

 

 

 

 

 

 ::teman setia ketika berjogging::

 ::buah hati tersayang! Ada dua lagi dalam simpanan::

 Pernah satu ketika dulu, doktor membekalkan saya 3 inhaler dan disuruh letak di mana-mana saya selalu berada. (masa tu dah ada 3, tambah lagi 3 jadi 6. Doii~) Akhirnya, 5 expired! Sekarang lagi teruk, kalau sudah perlu ke hospital, steroid pula perlu diambil bersama segala jenis warna-warni ubat. Aduhai~ Pembaziran nyata! Dan masa ini saya di tingkatan 1..(saya akan postkan cerita ini bila lapang mengapa sampai 3 inhaler, cerita paling gila melanda saya ketika semuda itu!)

Dan tadi, penantian untuk full result keluar. Tiada nafsu untuk meneliti pun, tapi saya tetap memasukkan angka giliran. Nah!!!! Ajaibnya di situ. P* menyatakan lulus bersyarat bertukar hanya P bermakna lulus. Terkejut!! Allah masih membantu saya. Saya tidak tersangka keajaiban itu! Ingin menangis tapi rakan sebilik melihat bersama. Memang keajaiban yang membahagiakan sekalipun ada dua subjek tidak mencapai target sebenar. Tidak apalah, hanaya tergelincir sedikit dari landasan.

Allah amat mengerti kesedihan hati namun terus memilih menjaga hati emak ayah, Allah juga memahami bagaimana saya berjalan tanpa tujuan seorang itu dan Allah juga tetap mengetahui saat hati saya berkata itu ini, memujuk begitu begini!

 

 

Terima kasih Ya ALLAH untuk nikmatmu ini!!

Dan saya terfikir. Allah hanya bergurau meletakkan P* sebelum memberitahu yang lain. Tapi saya terus tergadah memilih terjatuh sementara. Pernahkah dia menutup pintu nikmat, saat saya berjaya dan melupakan DIA? Tidak pernah! Langsung tidak pernah…

T-I-D-A-K!!
Ampunkan daku. Insan lemah, hina, jahil, lupa lalai,leka…(infinity of negatives T-T)
Sekalipun sahabat yang lain, keputusannya jauh lebih baik. Tapi keajaiban ini menutup segalanya! Segala-galanya! Ini diri saya, ini keputusan saya, ini takdir saya dan ini usaha saya! Saya redha dan selalu belajar untuk redha!
25 MEI lepas. Hari lahir ayah saya yang ke-46! Semoga semalam, hari ini, esok dan selamanya ayah dilimpahi berkat, inayah dan dalam redhaNYA selalu! Amiin~

 ::ayah saya yang paling handsome!!::

 

p/s:elok dapat result, terus telefon emak. Seperti biasa, ucapan tahniah..(sekalipun result saya pernah ciput, tahniah tidak pernah lekang). Sempat saya demand hadiah dari ayah..hehehehe! ( external hardisc kah??hee~)

~ oleh INFINITY di Mei 26, 2008.

6 Respons to “P* bertukar P??!”

  1. If some one wants expert view concerning blogging
    and site-building afterward i recommend him/her to pay
    a visit this website, Keep up the pleasant work.

  2. I am actually glad to glance at this website posts which consists of tons of useful information, thanks for providing these kinds of information.

  3. They are sponsored websites so the results of the search word.

    After the feasts, the plates would have absorbed the gravy or sauces and remnants of
    the feast would be embedded into the soft dough.
    Try just a little experimenting and come up with
    some HCG recipes all by yourself.

  4. Hi there! Do you know if they make any plugins to protect against hackers?
    I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard on.

    Any suggestions?

  5. Excellent site you have here but I was wanting to know if you knew of any community forums that cover the same topics talked about in
    this article? I’d really like to be a part of group
    where I can get comments from other knowledgeable people that
    share the same interest. If you have any suggestions, please let me know.
    Appreciate it!

  6. Wonderful article! That is the type of information that should be shared across
    the internet. Disgrace on the seek engines for now not positioning this submit higher!

    Come on over and talk over with my site . Thank you =)

Tinggalkan komen