Antara Cinta dan Suka

Semalam aku berchatting dengan salah seorang rakan online, mai ain.
Kerana post aku pasal Mohfiz, aku mungkin berpeluang berjumpa dengan mereka yang mengenali Mohfiz.
Mungkinlah.

hudamustaffar87 : memang lama sgt cr mohfiz
mai ain : blank bile fon tak de ni
mai ain : huhuhu
hudamustaffar87 : cne hilang?
mai ain : akak suke dia eh?
hudamustaffar87 : suka
mai ain : erm…ade org masuk umah
hudamustaffar87 : tapi bukan cinta
hudamustaffar87 : lorr

mai ain : lain ke?
hudamustaffar87 : lainlah
hudamustaffar87 : mase tu akak budak lagi
hudamustaffar87 : dia abg

hudamustaffar87 : memang idola
mai ain : idola smpai skarang?
hudamustaffar87 : utk khat
hudamustaffar87 : yup

mai ain : akak sayang die?
hudamustaffar87 : terasa kehilangan

Aku pernah membaca salah satu post kenalan aku dunia siber, Wandai, berkenaan post sebegini. Well, aku bukan orang terbaik untuk menceritakan, mengomen bahkan memberi idea. Cuma, entah. Hari ini aku terasa ingin menulis berkenaan ini.

Suka pada definisi aku samalah seperti satu perasaan kagum pada sesuatu atau seseorang. Suka pada aku, seperti kau melihatkan sesuatu kemudian sesuatu itu bertepatan dengan kehendak kau. Seperti kalau kau ingin membeli laptop, kau memang sukakan laptop hitam dan papan kekuncinya turut hitam. Kata kau, itu stylo. Lalu sedang kau berjalan, kau terjumpakan laptop HP dan kau memang berkenan dengan segala bagai designnya. Itu suka. Suka dimana sesuatu itu memenuhi ciri-ciri yang engkau mahu.

Ambil manusia sebagai contoh. Kau merupakan salah seorang kakitangan untuk satu projek. Kau perlu bekerjasama dalam satu kumpulan. Kau seorang yang tegas dan tidak suka kegagalan. Kau juga seorang yang bekerja keras. Tiba-tiba dalam kumpulan engkau itu ada seorang lelaki. Dia kacak pada mata kau. Dia tegas, berpakaian sopan, bersuara lantang, cekap berkerja lalu kau mula memerhatikan dia. Itu suka. Suka bila dia bertepatan dengan apa yang kau rasa bagus.

Namun cinta membawa pengertian lain pada aku.

Cinta pada aku, kita mengambil contoh laptop yang sama. Laptop itu usang dan layak ditukarganti. Kau, bahkan punyai laptop yang lebih bagus sebagai gantian. Tapi kau masih menggunakan laptop tua itu. Pada kau, ada satu kekuatan bila bekerja dengan laptop itu. Walau macam mana rosak, kau akan terus betulkan. Ada satu perasaan aneh bila kau menggunakannya. Lihat, kau setia. Kerana cinta biarpun laptop itu hanya di tongsampahkan layaknya.

Seperti manusia juga. Cinta pada aku, bila kau mula mengenal dia kerana dirinya. Bukan apa yang dia ada atau bagaimana kacak mukanya. Kau bukan mengagumi dia, tapi kau ingin melakukan sesuatu untuk dikagumi bersama. Kau juga selalu ingin melihat dia selamat dan menjaga dia. Cinta juga, kau bukan ingin memiliki dia bagi satu tempoh yang temporari. Kau ingin dia tahu kau selalu doakan dia dalam kondisi yang bagus walau tanpa kau luahkan.

Dan kau rela persetankan keperluan kau.

Itu cinta. Pada aku.

Namun, apapun definisinya. Cinta pada tuhan yang satu adalah terbaik dalam mendapatkan cinta duniawi apatah lagi ukhrawi. Mengapakah?

Aku pernah berborak pasal ini dengan ahli bilikku yang lepas, Hadiah. Aku menyutujui katanya. Suka dan cinta ni satu perasaan Allah bagi. Walau macam mana kita bersumpah cinta, bersaksikan bulan untuk setia, berkalamkan janji akan selalu bersama, jangan terlalu yakin. Perasaan suka benci, cinta dendam ini, Allah yang bagi. Sampai satu masa, bila DIA nak tarik, mungkin kau akan mengatakan ini,

“Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan dia,”

Jelas bukan. Cinta atau suka, keduanya boleh mengundang benci.

Seperti laptop yang sangat kau cintai. Satu hari, sedang kau bertungkus lumus menyiapkan tesis hidup mati, tesis masa depan, tiba-tiba laptop hang. Melenyapkan segala data masa depan kau. Engkau bukan sekadar lupa segala rasa azimat terhadap laptop itu, engkau lalu lemparkan kedalam tong sampah. Sebelum itu kau hentak-hantakkan ke lantai protes tanda benci!

Seperti juga, lelaki yang kau sanjungi, lelaki yang kau cintai. Hanya dia engkau ingin membina masa depan, dipalingkan hatinya dari mencintai engkau. Dia mula berubah bukan setakat rasa cinta, dia berubah segalanya. Engkau hanya memerhati. Dengan cinta yang kau pegang, kau yakin dia akan kembali semula. Namun, bila rasa itu sudah ditarik DIA dalam hati salah seorang dari kamu, dalam kes ini dia, kau menangis meraung. Kau mula mempersoalkan janji, setia, cinta dan segala bagai kata. Mengapakah kamu berubah?

Kalau kau tanya aku. Aku hanya ada satu jawapan. Rasa itu sudah dilenyapkan.

Bukan salah dia dan juga bukan salah kau. Juga bukan salah yang maha pencipta. Segala yang berlaku ada alasan tersendiri. Kau atau aku atau dia mungkin tidak akan mengerti. Belum mengerti atau tidak akan pernah mengerti. Namun yakinlah, perancangan tuhan itu ada janji tersendiri.

Seperti Arwah Mohfiz, kerana aku terlalu suka pada dia, aku mengagumi dia, aku bawa segala kenangan. Bila aku tahu dia sudah bertemu ilahi, aku sangat terasa kehilangan. Tapi kerana sehingga penghujung aku suka dia, rasa suka itu memegang hati aku untuk teruskan sedekah padanya. Dan pastinya rasa suka itu DIA yang hadiahkan. Rasa suka ini juga perlu kita berikan untuk sekalian manusia yang mendampingi kita ketika masih hidup. Kerana bila tamat kontrak kita di dunia, rasa suka itu mendorong manusia yang kita tinggalkan untuk selalu mengingati kita.

Cinta juga perlu. Cinta pada Allah dan Rasulullah, selamatlah kita. Cinta pada agama, simbol kekuatan teguh pengorbanan. Cinta ibu ayah, tanda kasih tiada penghujung. Cinta adik beradik, tanda ikatan berkekalan. Cinta sahabat, cinta separuh kita.

Cita atau suka, walau berbeza definisinya, walau berlainan perasaannya. Keduanya anugerah DIA. Hargailah setiap satunya.

Ya Allah,
Kiranya satu hari nanti aku jatuh cinta,
Biarkan cinta aku padanya keranaMU,
Dan biarkanlah cinta dia padaku,  jua hanya keranaMU.

Peganglah hati kami.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 11, 2008.

6 Respons to “Antara Cinta dan Suka”

  1. 🙂

    =)

  2. cinta dan suka..tetap juga berisiko mengundang benci sesama diri..
    apakah?

    apakah apanya?

  3. well said.

    sangat2 stuju denganapa yang ditulis. kalau suka disamakan dengan cinta,…naya! ramainya lelaki yang pasti saya cintai…

    samalah kita. Hahahhah

  4. […] Dari bulan April rasa langsung dah tak update. Tadi tengok statistik semua macam kagum ada lagi pautan ke blog ni. Tapi dia punya menjunam tu memang satu macamlah. Hahhaha. Lagi macam wow!, hari-hari masih ada orang tersesat masuk sini untuk sesetengah entri terutama entry otak ini, dan entri jiwang ini. […]

  5. btul 2 sumenye dtg dri pencipta

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: