Ini Aku. Kan?

I still have readers here. The visitors keep increasing. I don’t know why people still come here but I come here too. Today.

There was one day, my friend asked me….

I write to express not to impress. I read all the entries during 2009 today.

4 tahun dah. 4 tahun. Bukan kejap. Bukan lama sangat. Aku rasa macam aku baru jadi freshie semalam yang kena marah dengan abang fasi sebab aku duduk masa orang lain semua beratur. Oh dia marah salah orang sebab akhirnya dia minta maaf balik dengan aku.

Aku masih ingat the first day yang aku rasa abang fasi ni gila baik oh padanlah dia baik sebab dia pegang jawatan exco kebajikan. Aku vote dia okay untuk anugerah amenda entah. Tu sebab dia buat baik dengan aku bagi panadol dan air mineral yang entah mana dia amik. Sebab malam tu aku demam dan muntah sebab kena dengar semua fasi membebel rasa-nak-sepak-sorang-sorang. Oh, rupa-rupanya fasi ni dia adik pada aku.

4 tahun lepas aku tak ada idea ape benda audiologi ni. Yang aku tahu kos ni kat Kelantan dan aim aku nak duduk Kelantan. iIm duduk Kelantan yang sangat tak senonoh dan akhirnya tak berakhir dengan apa yang mahu.

Tak apa. Aku jumpa banyak budak kacak lagi smart dekat sini. So, worthlah aku datang sini.

Aku sepatutnya cari kerja sekarang bila almost semua kawan kawan aku dah kerja pun. Dan aku tak ada perasaan pun. Especially towards audiology ni. Impian aku nak jumpa pediatric cases, tolong as much as I could, bla bla bla.

Entah. Energi tu dah hilang.

Aku rasa macam mana aku selesai di sini. Hakikatnya, aku tak.

4 tahun. 4 tahun.

Antara impian yang aku tulis dalam senarai impian impian, aku harap aku nak dapat naik satu pentas yang sama pada masa yang sama dengan my bestfriend. Well, Allah knows best.

Aku tak tahu aku ni manusia jenis apa, tapi sekarang aku tak terasa ingin pun naik stage tu. Kenapa kalau grad kena naik stage pakai jubah pakai topi tu? Kenapa mesti macam tu.

Kalaulah aku ni jenis tak consider, aku rasa aku tak pergi. Tapi, kalaulah dengan naik stage dan mak ayah aku akan happy that one of their daughters yang gila susah nak besarkan dengan perangai, dengan sakit, dengan feel dengan itu dengan ini, she made it! Kalau lah dengan naik stage ni buat mak ayah aku senyum dan gembira dan bangga.

Then, why not?

Sometimes, hidup ni bukan apa yang kita nak. Bukan apa yang kita harapkan. Tapi dengan kehendak dan kasih sayang orang orang disekeliling kita, kita rasa apa yang kita tak nak tu lah apa yang kita perlukan.

Kalau nak diikutkan perasaan, aku lebih kepada arts. Aku nak jadi penulis. Pembaca berita. Wartawan. Penerbit. Dan sekarang, sungguh kalau aku diberi peluang ulang balik masa, adakah aku nak apa yang aku impikan?

Tak.

Ini yang aku nak.

Jalan ni yang terbaik. Paling baik. Sebaik baiknya.

Kawan aku cakap, benda benda yang jadi pada aku sometimes unbelievable. You know, kita bukannya kuat sangat. Tapi kita akan jadi incredibly kuat sebab menjadi kuat hanyalah satu satunya pilihan yang tinggal.

Adakah kalau masa boleh diulang, aku akan minta untuk tidak cedera? Untuk tidak ada balance disorder? Untuk tidak diserang asthma dengan kerap? Untuk tidak dipasang dua skru didalam lutut. Untuk tidak di warded? Untuk tidak perlu ke fisioterapi? Untuk tidak menunggu? Untuk tidak ditukar topik research?

Kalau masa diulang, aku nak tak supaya tak alami segala sukar yang dah aku lalui?

Tak. Aku pilih untuk hadap dan hadam semua ni. This is my life. This is it.

So bila aku baca balik semua jurnal kehidupan aku dalam blog ni, apa aim aku sebenarnya menulis? Aku nak raih simpati orang baca?

Tak.

Aku nak kejar nuffnang?

Hell no.

Aku nak jadi famous?

Banyak benda lagi aku boleh buat dengan kudrat yang ada untuk ke arah itu.

Aku pathetic?

Sometimes.

Aku menulis sebab kalau satu hari nanti aku nak kenang balik semua hadiah tuhan untuk aku. Aku boleh kesini. Aku boleh baca dan kenang semula setiap satu. Kau tahukan kita selalu lupa, tapi bila ada benda trigger, kita boleh recall satu satu. Cepat je mengalir semula dalam memori. Satu satu. Satu satu.

Kita mungkin senyum atau kita mungkin berair mata. Tapi perasaan tu, sekurang-kurang ada. Dan dengan perasaan itu, kita hidup. Dan kita rasa manusia. Tapi untuk dapat perasaan itu, kena ada benda trigger.

Dan this journals, my life journals, the diarisenja…

Is my trigerring factors and I love it.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 23, 2011.

2 Respons to “Ini Aku. Kan?”

  1. Salam,
    Semoga menjadi kuat-sekuat-kuatnya..sedih pla bila baca entri ni, ya kita slalu menjadi kuat bila tiada pilihankan?i’ll pray for you dear. Kita punya perangai yang sama, suka menulis, jadi wartawan or smthing else yang related ngn bidang penulisan ni, dan saya juga suka perasan baca blog sendiri, kemudian gelak dan senyum2 sendiri sambil mengingat dan memutar masa itu dalam kepala..sooo niceeee..suka sgt2, btl ckp awak kita mudah lupa…untuk awak, moga sembuh dgn usaha dan takdir Allah k..

    • Thanks, for still coming here. 🙂

      Yeah, kadang kala apa yang kita mahu, bukan apa yang kita perlu. Thanks for the du’a. Keep on writing kalau dengan menulis buat kita rasa selesa. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: