sekadar cerita

Assalamualaikum..

*mood mengeluh*

Semakin banyak hari bertangguh + semakin banyak ingin diceritakan = semakin malas!

Hee~ alasan semata..opps sebelum, sekadar peringat untuk diriku yang comel. ;-p

Assigments..
1. Transkripsi Bahasa (Cik (semakin menghampiri puan) niza sayam)
2. En. K.E (lupa apa dah tajuk)
3. err…bilik kedap ke apa entah (Dr. Rosdan..Dr Normani)
4. Dan lain-lain yang tidak diketahui (nampak sangat tak studi lagi) haish!

Baru pulang dari konvex. Perkara paling malas meng’up load’ gambar. Jadi silalah ke blog budak ini. Tengok gambar-gambar disitu.

Convex

Well, semakin banyak merantau, maka makin banyak pengalaman. macam tu ke? Ye kot. Otoscope yang aku tak pernah pegang, kini aku terpaksa survive menggunakannya. Melihat telinga-telinga manusia. err..err..er… Tuning fork, yang aku belajar sehari sebelum dengan lecturer plus dr. kesayangan aku, Prof Din Suhami..juga terpaksa berfikir cepat menganalisis kemungkinan penyakit yang mungkin dihidapi visitors. Walaupun begitu, segalanya masih ‘screening’ dan lebih banyak perkataan ‘mungkin’ digunakan. Yela, kitorang pun tak leh memandai, kitorang pun tak graduate lagi..hehehe macamlah kalau dah graduate boleh jadi bijak bestari!

Pure Tone Audiometry test. hoho..buat dalam mini klinik konon. Suara luar yang kuat tembus hampir 99.9 percent masuk. Jadi? Test apakah itu? Weii, kan dah cakap ‘screening’! Suke ati laaa! Tak kesahlah. Walaupun banyak komen visitors suruh buat kat bilik lebih sunyi..hehehe, apa nak buat. Bilik kena share. Mana boleh tamak-tamak cik adik abang whoi..hehehe~

Segalanya menarik, tapi kalau dah penat..lunyai! Semua pun muka sposen. Terutamanya aku! Mulalah main game kat situ. Pergi kumpul segala macam bookmarks dari setesen lain. Buat koleksi. Menariknya, aku dapat tengok gegendang telinga infection, terkoyak, embedded wax..err..err.. abnormal weber test..bla..blaa.. fuih..memang real depan mata woo. Bangga sikit-sikit. Pegang otoscope ala-ala gaya doktor gitu. Walaupun ada je senior medic seolah mempertikaikan tugas aku sebagai bakal audiologis dengan ENT. Gasak koranglah, aku pedulik apa. Patient journey of life much more important! (I felt already the worst thing when the title ‘patient’ used..given to me! im not going to repeat the same stupid thing!)

huk alos! memang hati aku kat kelantan. Sepanjang disana, tak habis aku count bila nak balik Kelantan. Bayangkan aku ke Penang yang jauh beribu batu, tapi aku terlupa untuk qasar jamak yang dibenarkan…-_-” memang hati di kelantan! But, last day aku cam sedih. Tapi hilang terus bila sampai kelantan. Teruk betul!

Seminar Audiologis

Aku kena balik awal. Jadi, bersama rakan audio yang lain kami pulang awal sehari. Esoknya aku ke seminar audiologis by Prof. Dr. Freeman merangkap bekas supervisor Prof. Din zaman dulu kala. (Diorang sekarang agaknya main dengan turtle dekat Pulau Perhentian. Dengki..dengki…) Hee~ teringat aya Dr. Din dengan turtlenya. Well, seminar tu best! Pada aku sangat best! Aku tidak mengantuk. Cuma kekadang sedikit lost concentration. Tapi, biasalah..aku kan manusia normal. =)

Keseluruhannya aku suka. Dapat jam free..hehehe. Erk! Fail aku koyak dia tak ganti-ganti pun. Menyampah. huu~ dah seletep pun. Err..melalut sudah!

Ada satu benda berlaku semasa aku terlost concentration. Aku perhatikan ada seekor binatang sangat kecik merayap diatas buku aku. Sebesar titik je. Aku perhati (err..dari dulu aku suka perhati semut dan binatang seumpanya berjalan). Sedang aku perhati, aku terfikir. Aku besar, senang je nak bunuh dia. Tapi, untuk kematangan sekarang…aku akan selamatkan. Cukuplah aku kejam ketika kecil-kecil dahulu. Bayangkan apa je tangan boleh buat. Tetapi, tangan kerdil ini boleh membunuh..binatang kecil dengan mudah..

bagaimana apabila perkara kecil menjadi besar pada mereka… fikirkanlah

apa-apalah. itulah aku…sekecil benda pun aku suka fikir. sebab tu aku mudah stress!

MRI

Tadi..MRI (Medical Resonance Imaging)

Well..full result tak keluar lagi. Tapi menurut Dr., insyallah normal. Dan, aku assume normal. Jadi, secara roughly nya..aku ada vestibular disorder. Tak mengapa.

Dr. Zu ada bagi ubat Betaserc, apakebenda aku tak sure. Yang pasti untuk penyakit aku. Kata Dr. Zu ubat tu mahal. Well, kos MRI pun dah cecah seribu..Allah bantu aku dengan memegang title pelajar USM, dan dia tolong aku dengan bertemu Dr. Zu. Sekalipun DIA berikan ujian tanda sayang, DIA masih memudahkan. Indah bukan perancangan teliti tuhan?

Dan MRI, fuh..letih amat! Aku duduk dalam terowong dekat sejam. Tak boleh bergerak. Bunyi pulak, amatlah bising. Perancangan aku untuk tidur dalam terowong tu tergendala sebab bunyi bising. Tapi, aku rasa aku macam tertidur kejap. Entahlah. Dengan tangan yang bercucuk jarum..ades! Aku ingat ke duduk dalam terowong je. Rupanya kena ber’inject’ la bagai. Hoho…=P

Dear Heart,

Sick is a GIFT,
Proving that..peoples surrounded you,
love,
care,
and
willing to help..

Therefore,
It’s really ok to be sick

and please my dear heart

PLEASE,

don’t have any regrets!

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Ogos 20, 2008.

3 Respons to “sekadar cerita”

  1. erk..
    kne tambah gmbr ni! (,^^)v

    “Segalanya menarik, tapi kalau dah penat..lunyai! Semua pun muka sposen. Mulalah main game kat situ.”
    yeh. tumblebug. iggle. tumblebug. iggle. ngahaha :p

    hahaha..izzahsakinah sudah tukar nama ka?? muahaha..~ (tambah..tambah, jangan tak tambah!)

  2. salam ziarah..=]

    sila2..add ya..=)

  3. Remarkable! Its genuinely remarkable post,
    I have got much clear idea concerning from this post.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: