Pizza dan Kek Keladi

“Ngah nak pergi Jusco tak?”

Terpisat-pisat.

“Apa? Tak nak kot,”
“Kalau tak nak pergi, mak malas nak tinggalkan duit,”

Ah?!

“Nak!”

Sambung tidur.

Oh, hari sabtu mak ayah aku memang tak ada pagi-pagi. Diorang pergi kelas mengaji dekat darul Quran, Bangi. Dulu pergi kelas juga, sambung belajar. Mak aku bayar untuk exam, tapi tak masuk. Dia kata dia takut banyak tak baca lagi. Aku pun rasa gitu, jadi cikgu lagi, kelas, exam, tanda kertas, report segala bagai benda. Belum masuk hal-hal surirumah lagi, masak, basuh kain, kemas rumah..bla..bla..bla.

Jadi mak aku belajar tanpa exam. Ayah aku masuk exam tapi aku tak tahu resultnya. Aku rasa OK, sebab dia kata lulus.  Well, aku tahu diorang belajar just nak belajar bukan exam. Mak ayah aku kata, biarlah anak-anak yang belajar tinggi. Hidup kitorang panjang lagi, hidup mak ayah aku dah nak rehat, tak fikir benda rumit-rumit, tenang.

So, sekarang diorang masuk kelas mengaji. Ayah aku, entah berapa tok guru dia khatam. Ada sekali, dalam setahun dua guru terus dia belajar. Bagus untuk dia, tak bagus untuk aku. OK, sebab aku malas. Dulu masa tunggu result SPM ayah aku suruh mengaji dengan dia, biar khatam dengan dia. Sikit punya sakit hati, nak habis baca bismillah pun 10 minit. Harkat tak kena, panjang tak cukup, makhraj tak sempurna. Oh! Nak habis satu pipi Al Quran, satu jam. Pernah aku menangis, sebab tak reti nak bunyi huruf-huruf dalam Quran macam dia nak. Sah-sahlah aku tak menangis depan dia, akukan ego. Hee~

Ayah aku..ayah aku..

Tapi bagus juga, kurang-kurang aku baca Quran OK. Kurang-kurang aku boleh mengajar kalau orang bertanya. Bukan semua sekolah agama. Bagus juga, sebab aku banyak soal. In fact, masa sekolah dulu pun banyak musykilah. Cikgu aku kalau aku tanya lebih-lebih, ada sesetengah tegur aku balik.

“Tak apa, tak masuk exam,”

Erk! Aku belajar untuk exam ke? Jadi ayah aku tempat rujuk. Kalau ayah aku tak boleh jawab, dia simpan soalan untuk ditanya pada yang tahu. Macam dulu hingga sekarang, dia belajar dengan Dr Harun Din. Pernah sekali bab solat ketika musafir dibincangkan dalam kelas Dr Harun Din sebab aku tanya. Semua yang aku tak faham aku tanya ayah sampai ayah aku tak dapat jawab. Iyalah, aku sekolah jauh dan selalu musafir. Bila aku tengok kawan-kawan aku solat qasar jamak pelik, aku jadi musykil. Alhamdulillah, aku boleh sampaikan dan aku tahu apa yang aku buat. Nak terima atau tidak, belakang kira.

Kadang-kadang ayah aku telefon mufti untuk bertanya. Kalau aku bagi penerangan, Insyallah maknanya aku tahu. Kalau aku tak tahu, aku tanya ayah aku.

Well, kelas mengaji ni, aku rasa mak aku memang nak belajar mengaji, aku rasa ayah aku sebab tarannum kot. Setiap kali ada rancangan mari bertarannum, aku panas hati. AKu nak dengar ustaz, ayah aku pun sama naik bertarannum. Hehhehehe. Suara ayah aku sedap, macam aku. Yang ni, aku perasan.

Oh, aku tak suka bertarannum sangat. AKu suka orang mengaji dengan lagu sendiri. Sayu. Sedap nak dengar.

“Woi, bangunlah! Kata nak pergi Jusco?!”

Oh! Kakak aku bising. Aku malaslah pula. Konon nak buat pizza dan kek keladi. Ayah aku suka. Aku bercadang buat sebab hari lahir dia Isnin ni. Tapi aku macam malas. Plus, pukul 1 kena pergi rumah saudara anak dia cukur jambul. (Jambul eh nama dia?) Malas aku shopping kejap-kejap ni.

Sudahnya tak pergi. RM 50 atas meja tak berusik.

“Long, petang karang boleh?”
“Kalau mak tinggal kereta,”

Nak harapkan aku bawa kereta? Sia-sia ada lesen. Oh, sebab kakak aku balik, tu yang aku beria nak masak.

Perjalanan ke majlis cukur jambul.

“Hah Long, bila nak kahwin?”

Bab-bab ni lemah benar aku. Aku senyap malas layan. Terima kasih kepada earphone yang rosak. Kalau tak, aku sumbat aje telinga.

“Baru 24,”
“Eh, ayah dulu dah nak masuk anak dua dah,” (Aku le tu)
“Ada jodoh, adalah tu,”
“Bukan perlu besar-besar, mahal-mahal, mewah-mewah. Cukup yang wajib, ikut kemampuan, sudahlah. Nak cari ni redha Allah, nak ikut sunah nabi, bukan nak buat besar suruh orang puji,”

Oh!

“Ada kat tempat ayah tu, 45 tahun tak kahwin lagi. Pegawai. Kerja kat nuklear apa entah. Dia tak memilih pun, lelaki takut nak masuk,”
“Mahu tak takut. Dengar jawatan pun ngeri. Kadang-kadang perempuan ni OK, lelaki yang tak berani. penakut. Kadang-kadang buat sambil lewa. Simpanan pun tak ada. Takkan nak kahwin dengan orang gitu. Silap-silap kita tanggung dia,”
“Sebab tu kena doa. Cari yang sekufu. Minta Allah jodohkan dengan yang terbaik,”

Dan oh! Lagi. Bla. Bla. Bla. Standard aku, senyap.

“Kalau dapat cucu lelaki, boleh ayah ajar sembelih ayam, lembu. Boleh teman ayah pergi masjid, ayah ajar azan. Boleh main, berkebun petang-petang. Insyallah kalau panjang umur,”

Oh lagi, lagi dan lagi! Kakak aku gelak-gelak. Agaknya sebab kitorang tak ada adik beradik lelaki. Kot.

“Ayah, masa balik singgah jusco,”
“Nak buat apa?”
“Pizza dengan kek keladi,”

Aah. Aku nak masak sebab hari lahir ayah aku yang aku tak tahu ke berapa. Dia lahir tahun 1962. Sama dengan mak aku cuma mak aku muda beberapa hari. Aku membeli dengan kakak aku. Ada term aku tak tahu apa, aku garu kepala. Ada aku skip je assuming tak apa kot kalau tak ada dalam resipi. Kalau aku rasa penting, dengan muka tak malu aku tanya orang tengah cari bahan masakan kat situ. Rajin sangat masuk dapur. Macam tulah. -_-“

Balik. Mak dan kakak aku bincang-bincang. Bab kahwin lagilah tu. Adoyai.

Maka selepas itu aku dan kakak aku bertungkus lumus masak ikut resepi. First time try resipi. Sebab keladi tak ada, maka jadilah kek pisang. Dan sebab terlebih yis, doh pizza aku macam tak best. Pertama kali cuba, lazimlah kalau gagal. Kan?

“Along, kita masak yang best lain kalilah,”

Tak adalah masakan hari lahir bapa aku tadi.  Yang ada pizza hampeh dah tinggal 1/4 je lagi, dan kek pisang ganti keladi. Hehehehe.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 24, 2009.

Satu Respons to “Pizza dan Kek Keladi”

  1. kawen cepat. dapat anak cepat. ayah dah tak sabar nak ajar cucu dia tarannum tuh. hehehe..

    Kau carikan mamat mesir kat aku soranglah gitu.. hahhahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: