Nostalgia Cinta

Saya ada burung pipit,
Satu hari jatuh sakit,
Saya fikir nyamuk gigit,
Rupa-rupa kena sepit.

Di sebuah kampung tepi gunung,
Penduduknya bahagia,
Tinggal seorang tukang kebun,
Yang bernama oh Aminah.

Oh Aminah Oh Aminah,
Oh Aminah kawanku,
Muka cantik macam itik ,
Oh Aminah kawanku.

Ini adalah sebuah lagu bermelodi tapi aku kurang ingat seperti apa.

Hahahahhahaha. Tajuk nak ada cinta. Bajet 23 tahun harus mulakan sesuatu yang tipu. Biar hidung mancung walaupun tak mungkin akan sepanjang Pinocchio. Sila jangan tiru, itu bukan sesuatu yang patut diikuti apatah lagi dijadikan amalan seharian.

Tak ada apa. Past few weeks, Ika, Aimi and I keep on recalling all the nostalgic memories during our childhood. We’re having big time to be appreciated as well as big laugh that’ll never fade I guess. Dari satu lagu ke satu lagu ke satu permainan ke segala-galanya zaman pukul 4 petang dah buat muka sememeh depan mak nak main kat luar walaupun matahari membuntang panas.

Aku rasa kau pun sama.

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari.

Ingat lagi buat tali untuk main dengan getah? Semakin banyak getah dalam satu ikatan semakin berkualitilah tali tu sebab bila ayus bunyi dia fuhhhh!

A, E, I , O, U,
Namakan, 10 jenis,
Iaitu,
Jenis basikal,
Bla bla bla.

Oh! Aku rasa kalau aku main sekarang permainan ni, mulalah aku nak buat namakan benda pelik pelik. Jenis kimia misalnya?

Sep sep sep,
Tum tum tum,
Air pasang malam surut pukul 5,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi pantai,
Itik bertelur ayam menentas,
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit-jerit,
Naik keretapi singgah Kuala Lumpur,
Dapat bini comel terselit bawah dapur,
Kek kek kek,
Kuih bangkit,
Siapa ketawa dia kenaaaaaaaaaaaaaaaaaa…
CUBIT!!!

Sebab tu aku rasa zaman aku dan mungkin zaman kau kita semua badan halus halus sebab setiap petang berlari bagai tak ingat dunia. Kalau main sorok-sorok, semua jenis hantu pasti akan keluar nak menakutkan. Kalau main mak-mak, semua nak jadi mak. Kalau main masak-masak, semua nak masak pasir hari tu. Kalau main kejar-kejar tak ada yang nak jadi tukang kejarnya. Penat woo nak menghambat orang.

Jang..jang jaluk jaluk itik jaluk ayam
Berapa lubang kancil, seratus lima puluh,
Panggil cik gayah makan sireh pulut merah
Cik Lela junjung..cek lela junjung.. cik lela jun…jung!

“Kau nak buah apa?”

Aku tilik dunia. Aku lihat kanak- kanak kini, PS2 dan saluran DISNEY lebih menambat hati dari terik panas manja petang dan ketawa beramai-ramai. Aku sendiri. Aku sendiri terasa hilangnya sejam depan laptop dan hilangnya sejam berlari sakan di jalan tar depan rumah membawa banyak perbezaan pada emosi dan perasaan.

Macam mana aku cuba nafi, aku tahu siapalah aku nak menipu diri. Lebih gembira duduk depan laptop dari berjalan bersama dengan adik ke pasar malam yang selama ni aku hanya jadi tukang kirim. Aku tipu. Aku gembira sekejap. Kau pun. Tapi kita selalu terlepas pandang nilai bersama yang berharga dengan kegembiraan sendiri.

Tapi bukan sesuatu yang mudah mengubah semula. Aku rindu rumah. Aku rindu zaman menunggu 4 petang minta izin dengan mak nak keluar main tapi mak kata pukul 5. Sejam membilang saat-saat bilah jam menunjukkan angka lima. Aku rindu bila semua orang berkumpul depan rumah aku tunggu permainan apa aku nak sebut untuk dimainkan hari ini. Aku rindu kesemua yang aku hilang dan yang tinggal hanya kenangan yang takkan berulang.

Aku rasa kau pun sama bukan?

Masih ingat ni semua?
Aku rindu.

p/s: Aku harap generasi anak aku akan ada kehidupan yang sihat sejahtera dan gembira yang boleh diimbas semula masa tua.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 20, 2010.

4 Respons to “Nostalgia Cinta”

  1. gembiranya waktu kecik dulu…agenda ptg mesti terisi. nak main ape, nak nyanyi lagu ape. patu cop watak2. mcm saya nak..(hahaha gn saye dolu2…suci jer…kalo guna aku mesti cakap “ayah saya ckp kan, kalo guna aku tak baik. bagi tahu ayah kalo awak gn! bahaha) watak jadi anak, mak, ayah…

    oh bahagia.

  2. true2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: