Huih!

Hari ini hari yang tak best dan best, Err?

Tak Best

Bangun lewat. Tengok jam dan jerit. Waaa! Saya ada appointment ortopedik! Jerit dulu sebab ada kelas pukul 8 pastu baru jerit ada appointment. Tapi biasalah orang tengah bercutikan. Hehehhe. Gunakan sepenuhnya. Kau datang, kau rajin. Kau tak datang, tak salah. 😛

Pergilah ortopedik. Oh. Mula-mula borak kemudian masa memeriksa kaki. Lately muscle kaki aku sokmolah nak contract. Sangat sakit woo. Pernah tak kau berjingkit pastu tiba-tiba rasa kaki melengkung. Cramp lah kot istilahnya. Haa. Ni muscle aku. Cun kan? Lagi lagi kalau time kelas. Huh.

Jadi lagi sedih bila dua hari Jumaat Sabtu, sesi terapi jadi sesi terapi kurangkan adhesion. Woo. Sakit dia sampai Jumaat Sabtu telan pain killer. Kaki tidak boleh pijak. Sadis. Tapi haruslah konsert Hafiz Hamidun aku jejak.

Melalut.

“Sedih saya. Berpeluh peluh saya dalam OT, tapi muscle awak lembik macam ni lagi,”

Aku? Aku rasa sedih sebab aku rasa sedih. Dah sedih. Nak buat macam mana.

“Tak apa Dr. 3 minggu lagi saya janji, saya boleh buat 3 benda tu,”

Mari mencabar diri 3 minggu lagi aku jejak ortopedik, kaki aku cun. Boleh?


Best

“Ni kenapa pakai tongkat lagi?”
“Fisioterapis tak kasi tak pakai. Bahaya,”
“Tak payah jalan pakai tongkat dah. Kata saya kata tak payah,”
“Knee brace?”
“Tak payah juga,”
“Betul tak payah? Saya tongkat tak apa lagi. Kalau tak ada knee brace ni, tak yakin juga,”
“Tak payah. Biar cepat sikit sihat,”
“Okay. Saya gembira je tak payah pakai dua benda ni,”
“Tapi kena hati hatilah. Jangan bagi jatuh,”

Pulak. Tapi memang aku sangat happy sebab tak payah pakai dua benda merimaskan ini. Knee brace yang berat dan topang yang alien. Hee.

Tapi rasa macam lawaklah bila otot tak kuat lagi mahu buat lagak ngeri berjalan. Setiap langkah nak ambil mesti cakap dalam hati, minddset. Mindset. Mindset. Mindset!! Walaupun kura-kura jalan lagi cepat dari aku, tapi aku rasa cool sebab setiap langkah adalah thriller. Tidak boleh tak boleh. Kau jalan, dan tak jatuh. Atau kau jalan, jatuh dan skru tercabut. Lagi cun, masuk dewan bedah balik.

Nak?

Errrr. Tak apalah. Tak sanggup aku nak jumpa sesiapa yang posting ortopedik lepas ni. Lagi lagi muka aku kenal.

Sambil tunggu doktor panggil, aku duduk sebelah makcik cina. Samada aku yang peramah, atau dia yang peramah.

“Mek maghi bakpo?”
Jupo Dr. Kaki urat putus keno skru semula,”
“Ooo. Lamo dok ko tunggu?”
“Dok eh. Baru jah. Bakpo. Mokcik lamo doh ko tunggu?”
“Dari pukul 8. Ni pukul 11 tok panggil lagi,”
“Bla bla bla,”
“Bla bla bla. Mek umur berapo?”
“23 baru (baru?) mok cik,”
“Nikoh doh?”

(Dengan ucapan aku terlalu tuakah?)

“Dok lah. Ngaji to abih lagi,”
“Tak po. Buleh cari doh. Tak payoh cari hok muko come. Cari hok rajin,”
“Err.. Come pun esok luso tuo jugok. Biarlah. Perabih hok ngaji ni dulu,”
“Betul. Tapi mek kenolah cari. Ingat. Mek budok baik. (Baik ke?) Cari hok baik jugoklah, hok rajin deh,”

Aku pandang muka makcik cina depan aku. Nak kata dia promote anak dia, dia bagitahu semua dah besar, dah kahwin. Tapi muka tua dia serius sambil senyum. Aku jadi musykil. Muka aku tua sangat ke? Hahahaha. Aku nampak ada doktor muda (aku rasa mudalah kot) keluar dari klinik.

“Macam doktor tu boleh? Doktor kalau tok rajin, tok buleh jadi doktor. Hahahahahhahaa,”

(Punyalah aku ketawa melawak).

“Pade mek. Ho.. bulehlah. Kalu tok kijo besar pun tak po. Asal rajin, hormat oghe,”
” Tak po. Habis ngaji ni saya caghi oghe ghajin. Tapi takut oghe rajin tok sei ko sayo lah. Hehehhee,”

Erk!

Lepas tu aku minta diri pergi toilet. Eh. Aku memang nak pergi toilet okay. Bila aku duduk balik, nasib dia buka cerita pasal aku kena jaga makan sebab ada parut jahitan nanti gatal, pantang larang yang aku tak pernah nak ikut, dan sakit tulang, dan sakit pendengaran, dan sakit tua, dan sakit cancer.

Fuh! Kalau dia buka cerita kahwin lagi. Aku nak buat buat pengsan.


p/s: Kalau orang agama lain sambil tunggu doktor habiskan masa senggang boleh saling menasihati, mengapa tidak kita?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 15, 2010.

2 Respons to “Huih!”

  1. bt0l2. org agama lain leh isi msa lapang ngan bg nasihat.

    sadly, kita isi msa lapang ngan bg0ssip..
    nisah pn sme.
    T_T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: