Kagum?

Aku nak ingatkan kau satu benda kalau, kalau, kalaulah kau rasa kau nak puji aku kerana menjadi pelajar yang sangat proaktif dan inovatif dan sensitif eh, tu positif ke? Aku nak pesan awal-awal kalau kau teruja dan sangat wow, budak ini memang hebat menelaah  dan menelan lalu menghadam segala patah kata yang keluar dari mulut lecturernya.

Aku nak pesan, kau tak payahlah kagum atau teruja tengok kepala aku tak angkat memandang ke lain selain dari buku. Oh, atau kau rasa kagum bila kau tengok aku sentiasa pandang lecturer kemudian salin sesuatu, pandang lecturer lagi dan salin sesuatu lagi dan perkara yang sama berlaku berulang kali. Tangan aku tak terlepas dari pen dan mata aku tak terlepas dari pensyarah dan nota.

Aku kelihatan sungguh dedikasi. Aku kelihatan seperti pelajar yang akan memegang tampuk keputusan empat rata, atau four flat sepanjang masa yang tak pernah berlaku dalam kehidupan realiti apatah lagi mimpi. Mimpi pun tak berani aku bayangkan untuk dapatkan empat rata idaman pelajar alam buana masa kini, okay! Ingat! Aku tidak serajin itu!

Apa yang kau lihat dan kelihatan dalam diri aku ketika pembelajaran dalam  kelas, bukanlah seorang anak murid yang hebat dengan menulis setiap butir kata ilmu yang pensyarahnya keluarkan.

Tapi…



Ini yang aku lakukan! Aku terlalu mengantuk untuk bertahan!


p/s: Ada rasa nak kagum lagi? Eh. Ada orang kagum ke?
Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 9, 2010.

12 Respons to “Kagum?”

  1. eh..sama lah… saya suka lukis pokok kelapa di tepi muara sungai je.. xtau lukis gambar orang… seriusly, melukis gambar pemandangan itu mudah sikit berbanding lukis gambar benda hidup.. mungkin xberkat kot.. 🙂

    melukis time cikgu atau lect atau kaunselor ajar…hmmm pernah kena baling dengan kapur tu..heheeh sebab kuang ajar…hihihi

    tapi, ustaz kat sekolah selalu puji saya ni baik dekat membe saya dan keluarga saya… hmmm… xtau la betul ke tak.. yang hakikatnya.. saya memang jahat sikit,ada kala sifat kurang ajar tu ada dan berlagak….

    any advises?

    • Tak berkat? Saya tak suka sangat lukis gambar pemandangan sebab akhirnya lukisan itu akan masuk tong sampah kerana terlalu hodoh. Saya hanya suka lukis benda hidup, terutamanya potret.

      Okay. Kita terbalik di situ. Heee.

      Masa sekolah dulu pernah kena tunjuk depan satu kelas sebab buku latihan, muka depan kerja sekolah bahagian belakang buku lukisan. Hahhahahahahhahah. Ala, takat baling kapur je Fadzli. Saya bediri atas kerusi, jemur tengah panas, kena sebat, sebut je, semua saya pernah rasa.

      Saya tak pernah kena puji. Ustaz kena report dekat mak ayah saya ada sebab anak dia ni masyallah, murid paling tak akan ikut disiplin sekolah. Huhuhuhu.

      Fadzli berlagak? Memang pun. Hahahhaa. Anda minta nasihat pada orang yang salahlah Fadzli. Huuu

      p/s: Balas komen dah macam boleh buat entry baru.

  2. salam…

    tau xpe…

    heheh masa sekolah bila saya nak buat, perkara pertama saya fikir. kalau saya buat jahat..ia akan melibatkan parents saya… so, xjadi la buat.. kalau ia tak libatkan… xpe..hehehe

    mereka tak bersalah kot untuk dihukum….

    ….hidup is not easy…

    • Awak tak duduk asrama, awak tak faham betapa gilaaaaaaaaaaaaaaanya peraturan yang tak masuk akal. Hahhahahaha.

      Saya budak nakal, bukan jahat. Nakal nakal saya pun sekolah gunakan khidmat saya juga. Hahhahaha. Jahat tak ayat. 😛

  3. aku tak reti melukis. best nya kalau reti.

  4. lukisan ni kalo msuk exam boleh la A-…tp kalo paper yg lecturer tu ajar x tau laa…
    p/s:nampak mcm Prof Din je…

    • Hhahahhahahahha. Kalau lecturer yang ajar tahu ini anak murid dia buat, mati I. Hahhahahahaha.

      Err… bukan Prof Din. Dulu dah pernah lukis, dan dah bagi pun. Hehehheh

  5. hahaha. Jadi owh muka org. Nak tgk lukisan sy x?

    eh, kak huda dah tgk. fine. boleh kompius bukit ke atap rumah dan kalau hidup xseronok, boleh tgk lukisan tu utk gelak-ketawa. Sangat weird and huduh!

  6. oh.. saya kagum!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: