Cool Kan?

Ya. Walaupun aku tak bercalon lagi, aku tetap nak pergi Kursus Kahwin. Hahhahaha. Tapi, setiap kali aku nak pergi, setiap kali itulah kelas pensyarah jemputan buat hujung minggu. Memang aku tak cukup umur lagi le. Eh, Azah, kita pergi lain kali lah jawabnya. Kalaulah ada lain kali. Hehhehehe.

Hujung dua tiga minggu lepas, aku pun dah lupa, macam biasalah kan kalau ada kelas hujung minggu. Dan biasalah kos kami ni tak cukup pensyarah, jadi pensyarah kena pinjam sini situ sana sini.

Kelas kaunseling untuk populasi khas. Masa dalam kelas tu, adalah satu sesi di mana kau perlu tulis segala kebaikan kau dalam bulatan kecil. 10 hari aku tak pegang pen rasa kekok gila nak menulis hari tu. Jadi kau abaikan tulisan dalam bulatan kecil itu. Tulisan aku cantik, hari tu je hodoh. Hehehhee. Bajet. Oh abaikan juga kalau kau nak termuntah baca yang positif positif dalam tu.

Kalau lecturer suruh tulis yang negaaaaaatif, banyaklah yang terisi. Mesti kau angguk angguk kepala. Hehehhe.

Lepas pada sesi memuji diri sendiri, sesi orang lain pula kena memuji diri kau. Haa.. yang bulatan dekat luar tu, orang lain puji aku. Kita tolak je lah kalau puji tu main-main atau betul betul atau tipu tipu. Hehehehe.

Kalau kau tak nak baca setiap satu tak apa sebab tak penting pun, tapi kau baca yang aku highlight kuning tu. Sekarang, fokus mata kat situ. Kalau tak nampak, kau besarkanlah dengan klik kat gambar tu.


Kau klik kat gambar tu dan tengoklah kat tulisan yang aku highlightkan warna kuning.

Kaki baru pun positif ke? Apa punya pengomen. Hahahhaa. Aku punyalah cuba trace tulisan siapa tapi tak dapat recall, SPEEDIO baik mengaku! Hahahhaa.

Pertama kali aku masuk kelas, mereka hanya berkata;

“Cool gila Kak Huda, macam Faizal Tahir!”
“Wuiyooo.. macam transformerlah!”
“Pheeewit. Huda jadi Robocop,”

Hampaaaaaaaaaaaaaas! Hahahhahaa.


p/s: punyalah aku kena upload kat blogspot dulu lepas tu tepek kat wordpress. Huh!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 9, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: