Meet Me!

Well. Here you go! Rasa macam malas gila nak tulis entry lately. Tapi, kalau photographer, dia abadikan kisah dalam kepingan gambar (eh, keping ke? Macamlah diorang cuci gambar tu!), kalau aku, aku nak abadikan dalam penulisanlah kot. Rasa besar eh. Hahhaha.

I have many friends to be called BESTFriend-s. Yang macam berkawan sampai syurga. Amiin. Semoga masuk syurga. Salah satunya the TBS (Team Best Student-lah sangat. Team asyik kena sebat kat sekolah adalah!). Fathia Farhana, call her Thia datang melawat aku.

Chemical engineering UM punya student, pergi praktikal dekat Kerteh ke Paka. Lupa. Ala, tempat gas asli, minyak hitam, minyak tar, minyak atar je bukan. Dan juga bukan bijih timah aku rasa. Datang sebab aku sakit tapi memang cun sakit sakit ajak aku lepak KBMall.

Waktu aku tulis blog ni, dia tengah tidur. Dulu masa sekolah, satu bantal, satu selimut. Mandian kau mandian aku. Syampu kau syampu aku. Ubat gigi kau ubat gigi aku. Berus gigi je tak. Almari pun satu. Tapi lepas tu kena tarik sebab almari besar gila over besar pada orang lain. Ceh.

Aku macam sayu pulak dia nak balik esok walau malam tadi dia buat gila sampai aku rasa janganlah aku mati malam ni.

Janji dengan aku 1030 pagi siap suruh aku sewa kereta bagai. Fine. Kau cakap last minute lepas tu kereta tak ada terpaksa aku minta pinjam kereta Azah.

Dari 1030 kau datang 330 petang. Dah memang genetik lambat, lambat juga. Hahahhahahahah.

Kenapa kau tak bagitahu kau tak reti dan tak ingat dan tak mahir bawa kereta MANUAL!!!!

“Thia, kau pakai gear berapa naik bukit ni?”
“Dua,”
“Tengkorak kau. Naik bukit tinggi macam ni gear satu ngoi!”

Pastu mulalah nak cuak bila kereta mengundur. Akulah yang pucat sambil berdoa tolonglah jangan ada kereta over laju kat belakang. Aku trauma lepas aku bawa kereta langgar orang okay!

“Tukar gear sekarang boleh?”
“Mana boleh dah separuh jalan ni,”

Of courselah talian hayat butang kecemasan benda paling utama nak switch on. Syukur. Tak ada kereta kat belakang dan buat balik semula sebiji macam cara kau ujian bukit dengan JPJ. Ada seorang lagi perempuan yang tak lepas bukit tadi (bukan bukit. Jalan nak parking kat KBMall tu ha).  Dan aku rasa nak sepak sorang sorang yang gelakkan dia. Itu tidak lawak okay!

Kau bayangkanlah muka aku yang memang senang gabra bila tiap kali lampu merah enjin mati. (Almostlah. Over-lah pula kalau cakap setiap kali). Akulah orang yang berdoa semoga setiap kali ada taffic light keajaiban berlaku dia tak bertukar jadi merah. Tapi sebaliknya yang terjadi. Memang cun.

Haruslah ada yang hon hon. Wuu. Dan wajib lelaki lah kan yang over. Kalau aku nak take over drive aku pun hailaweyh lama tak sentuh stereng pulak tu kaki kanan masih berskru berbesi. Aku siap cakap kalau tiba-tiba JPJ tahan tanya mana sticker ‘P’ kereta ni, kata kereta aku (walhal kereta Azah). Aku dah ada lesen besar (ececeh)yang tak berguna  tapi aku cedera (ececeh sekali lagi) jadi kau kena take over. Penipu besar adalah nak cover line.

Aku faham kenapa lelaki suka rendah rendahkan perempuan bawa kereta. Termasuklah bapak aku kadang kadang (ceh!). Tapi nak buat macam mana. Skills kurang. Time time emergency ni lah nak gilap weh.

“Huda nak balik USM macam mana?”
“Kau berani nak U-turn depan tu?”
“Aku okay je?”
“Aku rasa kau tak okay. Jalan jauhlah. Nak U-turn kau kena cepat. Kereta laju. Sat gi mati enjin tengah jalan, akulah yang kena hentam dulu. Aku tak kahwin lagi ni,”
“Aku yakin,”
“Kau traffic light pun sedut sedut lagi berani nak buat U-turn time kereta macam kilat. Lalu staright je la,”

Aku. Ye. Aku. Aku mengaku aku ada masalah dengan kebijaksanaan spatial. Aku sangat susah nak ingat jalan. Aku lagi cuak bila Thia tak ingat jalan juga sebab KB dah berubah! Dahlah malam. Mata aku bukannya sihat sangat pandangan tajam bila malam. Silau tahap eh kat depan tu tulis apa sangat tinggi! Tapi malam ni aku jadi ingat jalan ke KB sampai aku sesat. Inilah yang dikatakan memori kekal masa panjang kerana satu tragedi. 🙂

Aku tak tahulah mana Thia drive bila dia keep on tanya aku nak belok kiri ke kanan (dan dia dah terbalik mana kiri mana kanan sampai aku kena tunjuk pakai tangan). Aku hanya pesan keep driving sebab aku tak nak enjin berhenti  tengah jalan lagi bila kau break kau tak mahir kawal minyak dan clutch. Huu. Kau memang gila, Thia.

Kau bayanglah bila tekan brek sikit aku kena cakap, tukar gear satu. Balance minyak dan clutch. Minyak tekan lebih tak apa biarlah bunyi bising janji enjin tak mati, clutch tu penting lepas perlahan perlahan. Ger ready, lampu merah. Kena tanya pula eh kau neutralkan gear ke? Masuk satu sekarang, kereta nak jalan, sat gi orang hon belakang. Woh! Jangan persoalkan teori dalam kepala otak aku. Aku hebat teori. Praktis? Euwww!

Tapi. Bila dah tak ingat jalan dan aku keep kata just drive! I’ll figure out later, akuterus nampak signboard Pengkalan Chepa pastu tiba tiba Pasir Puteh lepas tu lagi jauh Rantau Panjang. Lagi cuak tiba tiba jalan gelap gelita macam masuk hutan. Gila nak menangis aku! Cuakkkkkkk.

Tapi aku cakap, sesat tak apa. Dalam Kelantan lagi. Jangan mati kereta tengah jalan, sudaaaaaaaaaaaaaaaaah.

Nasib ada orang teman aku sms time aku macam nak putus nyawa ketakutan. Azah lagi mahu kata cool apa. Adeh. Yang sorang bagi nasihat punya bernas tapi time aku takut ni lantaklah bernas tu. Aku dah tak boleh fikir. Yang aku tahu aku nak sampai USM dan baring atas katil keras empuk. Hahahahahha.

Tapi Thia! Aku salute dengan kemahiran cool kau dan relaxkan aku yang dah macam mayat dalam kereta. Muka hitam jadi putih. Tangan sejuk macam ais. Badan shaking macam shaker. Eh?

Kau memang kawan aku yang kalau kau nak buat kau layaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan aja. Aku tetap sayang kau! Terima kasih kemas katil aku. Aku wish kau cuti lama sikit atau kau datang bila aku dah jalan normal jadi satu KBMall tak akan pandang aku macam alien dan buat tak tahu hanya pilihan yang ada! Tsk tsk.

Selain keluarga, kawanlah manusia yang boleh diharap. Namun kawan itu ada bahagian bahagiannya. DAN, AKU SAYANG SEMUA KAWAN KAWAN AKU walaupun aku selalu buat benda yang kawan tak suka. Itulah kawan. Kan?

Aku sedih tengok muka kau tidur malam ni Thia. Aku kalau boleh nak balik zaman yang weh Huda, kau nak kuih apa ni? Aku nak selit masuk. Cover aku, dhobitoh (pengawas) kat depan. Ya! Kita tak reti beratur dekat kantin. 😦

p/s: KB tu Kota Bharu. Bukan Kedai Buku. 😛
p/s/s: KBMall tadi buat cuak seh. Dia buka alarm tutup escalator. Aku yang tengah berada atas escalator terus pandang bumbung. Oh janganlah ada kereta merempuh. Cuak. Cuak. Cuak.  ‘
p/s/s/s: Dapat makanan time lapar adalah heaven! Yo! Terima kasih! Aku tak tahulah dia tahu ke tak aku terima kasih kat dia. Hahhahahahaha. (Ayat poyo).

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mac 6, 2010.

10 Respons to “Meet Me!”

  1. Tapi, kalau photographer, dia abadikan kisah dalam kepingan gambar (eh, keping ke? Macamlah diorang cuci gambar tu!)

    aku cuci je.

  2. wehh…gila best korg berGILA2!
    bila nk jln2 lg??
    ak rindu nk jln KB dgn sek2 kito..
    wlaupn bce je cte mu ni aku tetap rse kecuakn ny klu mekya bwk kete..
    mek ya mmg gila!
    hahaha~

  3. salam…

    mmm.. dia xperasan la kamu thanx kat dia… xpe saya dh bgtau… 😛

  4. salam…

    dia jawab apa? dia kata, xboleh bagitau kak Hud.. biarlah rahsia.. hihihih..

  5. hahaha…aku maner ader giler..aku bwk slow2 jet ea..
    takat mati enjin beberapa 2nds..xdekla cuak sgt..sket2 jer…
    haha..kempunan ku nk bli bju swimming kt kb..xdek plop dijual..
    aku memg driver yg mantaappppppppppp..thumbs up tok aku..hoho
    kepada pemberi sate..trimas3…

    • Euwww! Aku kempunan gak nak dapat wallet eh purse eh wallet ke dari mu. Hahahhahahhahhahahahhahahhaa. Weh! Nanti reramai datang Kelantan lah weh. MU kan kaya. Kakhkahkah. Bawa 40-60 km/jam. Sedut pula tu. Memang gilllllll….!

      Hahahhahaa. Mahu berterima kasih jua? Muahahhaa. 😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: