YM-ing

Manusia senang serabutkan? So do I. Nasib klinik tak ada petang, bolehlah duduk diam-diam dalam bilik, fikir. Aku rasa frontal lobe aku ni ha dah berat tak seimbang.

Dalam banyak-banyak benda, ortopediklah paling menyerabutkan. 23 tahun dah aku ni. 23 dah. Boleh tak kalau aku jadi berdikari dan besar dan dewasa? Apa-apalah. Nak tulis ni pun tatap berpuluh minit.

Okay. Tak ada idea.

Dan tak pasal-pasal tangan aku gatal klik salah seorang dari 83 yang tengah online. Nama bajet nak rahsia. Tapi, orang baikkan. Etika. Etika. Etika. Hahahaha.

“Tak faham sebab kamu pun tak faham menghargai pengorbanan orang lain. Izinkanlah orang lain berkorban untuk kita sebab itulah erti tali silaturrahim,”

Ambil nak secepuk atas dahi. Muka aku mula dah berkerut sepanjang hari. Berlari hari ni tak berhenti sebab otak berfungsi bukan pada gerakan kaki. Otak tak sempat nak bagi tahu paru-paru, oit relaks dulu, inhaler dahlah tak bawa. Otak duduk fokus ayat ni macam dadah buat aku lupa, eh aku tengah berlari? Aku ni jenis kalau dah tersentuh otak mulalah nak buat ulang tayang sampai aku pun tak tahu bila siaran nak padam. Dalam pada masa itu, haruslah entah macam-macam aku fikir. Buruk baik. Pro kontra. Betul salah. Benar ralat.

Bukan. Bukan macam tu. Ayat tu duk menari-nari. Makin serabut. Haih. Susahkan mahu berubah? 😦

Tapi, betul juga. Aku pasti akan buat yang sama kalau hati aku lembut lagi masa aku jadi ibu. Kan? Huarghhhh!

Orang tak faham atau aku yang payah difahami pun begitu aku tahu aku tidak mahu anak aku punya perasaan dan pemikiran sama macam aku. Serius.

Komplikated.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Februari 3, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: