Forever

Kami pernah satu sekolah.

Saya selalu lepak kelas dia, tapi saya serius tak pernah nampak dia. Saya selalu pergi tidur kelas dia bila kelas saya ada cikgu, tapi saya tak pernah tahu dia. Saya kawan dengan kawan-kawan dia yang merupakan kawan sekelas saya, tapi tak pernah pula saya terserempak dengan dia. Dia kenal saya, tapi saya tak boleh recall sedikit pun wajah dia masa sekolah dulu.

Masa saya berda di tahun 1, pun saya tak pernah peduli pasal dia. Entah. Saya tak tahu kenapa saya lepak je masa tahun satu tak sibuk sibuk nak kenal kawan sekelas. Saya tak ingat bila saya mula rapat dengan dia. Oh! Saya ingat, masa Convex. Pameran Konvo USM. Kami sebilik. Masa tu saya terasa mahu bercerita jadi saya cerita dengan dia.

Saya mudah baik dengan orang kalau orang tolong saya. Saya tak suka kacang apatah lagi kacang lupakan kulit. Hii.

Masa saya sakit, dialah orang yang selalu teman saya jumpa segala doktor, tunggu saya makan tengahari, bawakan saya pergi dapatkan injection masa dekat nak exam bila saya dapat keracunan makanan teruk. Dia teman saya bermalam dekat hospital yang esoknya saya kena bedah. Mak cik depan katil saya kejut tahajud dinihari sebelum masuk dewan bedah. Dia tolong kejutkan saya tapi saya bukan pergi tahajud. Saya sambung tidur dekat surau. Mengantuk okayyy.

Dia belikan saya makanan best bila saya tak lalu makan makanan hospital. Dia belikan saya bubur walau dua suap lepas tu saya muntah. Dia layan je saya bercakap 24 jam tanpa henti. Perjalanan pergi balik Kubang Kerian-Besut-Kubang Kerian tak berhenti borak sampai lupa saya nak beli keropok lekor dan air kelapa tengah jalan. Mengidam eh.

Dia lembut. Saya tak pernah nampak dia marah tapi saya tahu bila dia susah hati. Saya boleh baca. Serius. Saya boleh baca. Dia tahu saya pemarah, cepat melenting, nak serba sempurna, cerewet dan semua yang negatif. Saya suka bila dia terima saya. Oleh itu, saya lepak je bila dia lambat datang, potong kertas tak sama bentuk dan kekemasan macam saya nak, campak duit suka suka hati, dan semualah yang lain-lain.

Saya sekecil-kecil benda nampak. Dia, heh, tak kisah sangat. Contradiction.

Saya segan pergi rumah orang. Tapi saya tak kisah lepak rumah dia. Adik adik adik adik adik (dia ada lima adik ke?) dah macam adik saya dah. Terutamanya yang bongsu. Saya tengok sejak mata dia sepet lagi 24 hari kelahiran sampailah sekarang selalu Kak Huda, ni gapo? Ni sapo? Ya buleh nyanyi. Kak Huda makan ike kakak beli deh dan macam macam.

Oh saya suka masa dia asyik tiru bila saya kata Yaya, bunyi lembu macam mana? Moooo. Itik? Quek quek. Kambing? Mbeeeekkkkk. Ayam? Kukokokokokokkkkk!

Oh! Ingat budak dalam video untukmu Palastin? Itulah Yaya. Ni dia. Yaya dah tinggi okeh. Dah tinggi. Dan banyak cakap.

Dia tolong mak saya carikan bilik kosong depan hospital bila saya kena halau keluar hospital dan penempatan rumah tetamu dah penuh. Adeh. Tak adalah halau. Hahahhaa. Masa tu sangatllah nak muntah, nak tidur nak pejam mata je bila kaki denyut denyut. Malam esoknya, dia ambil saya pergi dewan bila saya bertegas nak turut serta malam penutup SKSPM.

Weh, vest Kak Huda mana? Buat harta lak! 😛

Saya mungkin tak biasa mengucapkan selamat hari lahir. Saya juga tak biasa diucapkan selamat hari lahir. Tapi untuk dia,

HAPPY 22nd BIRTHDAY, SITI FATIMAH AZZAHRA ZAINUDDIN!

Thanks for being such a wonderful friend. May Allah helps you in any difficulties and never end our strong bond till Jannah! Insyallah.

Selamat Hari lahir. Saya dah terlambat sehari, tapi saya tak lupa. 🙂

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 28, 2010.

5 Respons to “Forever”

  1. Amat bertuah mereka yg mempunyai sahabat sebegini… 🙂

  2. khud!!terharunya..tq khud..=)

  3. eh,xingt jwb..haha..aah..ade je vest.mhl vest tu..sbb tu nk wat harta.hee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: