Pure Anger

Oh. Sebelum tu.

“Kak, ambillah nombor mana-mana,”
“Okay,”

Mata screening all the numbers. 0318 macam best. Birthday. Percaya kata hati. Aku cakap dengan kau betul-betul ni. Benda pertama adalah dari hati, yang lain-lain tu nafsu je. Hahahaha.

“I’ll take this,”

Okay aku menang nombor bertuah dan aku rasa gila cool bila nombor disebutkan aku tengok buku, eh nombor aku! Hahahhahahahahhahahahha.

Over excited-lah weh selalu tak bertuah.

Aku suka kanvas langit. Aku pernah bercita-cita untuk tidur tengah padang sambil tengok langit. Biru dia semacam. Semacam yang seronok. Oh. Tak ada kena mengena dengan pure anger.

Aku rasa aku pernah bagitahu aku tak suka kalau nak bershopping beramai-ramai sebab aku akan menyusahkan orang sebab aku fikir banyak jadi ambil masa. Tapi kalau nak bersantai haruslah aku tak suka sorang-sorang. So tadi aku pergi Nirwana dengan mp3 separuh tinggi volume dan dunia aku adalah aku dan muzik yang aku tak ambil pusing sangat apa benda lagu tengan berkumandang pun.

Dan aku biasanya akan bawa short list benda aku nak. Aku jenis bapa akulah gamaknya. Keluar sekali tapi sekali beli banyak. So, again jejak je Nirwana aku keluarkan senarai. Aku tak suka sangat benda bertukar macam kalau aku dah guna benda tu dan aku suka dan sesuai macam jangan haraplah aku nak cuba yang lain. Kalau aku cuba pun, tak lama aku balik semula.

Tadi aku straight ke tempat aku dah tahu apa aku nak. Ya. Aku suka barangan baby so aku cari Carry Junior warna biru bau ceri. The moment aku pegang,

“Dik, kak tengok muka adik ni teruk. Mata bergelang hitam, ni ha jeragat ni tak bagus,”

Aku dalam hati, wht the h*ll lah kan. Tapi relek lagi. Muka pandang tapi aku rasa kalau Dr Lightman tengok, wajib dia kata ada sinis dan bengang.

“Meh sini akak tunjuk produk ni. Adik pakai 3 minggu gerenti hilang,”

Aku pandang tepat dalam mata dia. Kau siapa nak gerenti gerenti? Ingat aku tak usaha? Kau ingat aku tak sedar diri ke mata aku ni macam mata orang sakit? Aku consult doktor okay. Aku even selalu risau mata aku yang macam mata panda, well doktor said it’s because jam biologikal tidur aku selalu ralat, aku resdung, stress and other else that well contribute pada mata panda aku ni. Ingat aku tak kisah? Tapi kalau aku berjaya kawal segala yang menyumbang tu, I’ll get better or at least fine enough.

Aku selalu ingat ayah aku cakap ni, kalau semua produk kurus tu menjadi, tak adalah orang gemuk atas dunia ni. Effort beb. Effort!

Aku tak adalah marah sebab dia kata mata aku tak sihat ke apa. Bukan orang pertama pun dia tu and in fact aku lagi suka orang tegur. Itu maknanya something wrong somewhere. Macam Izza tiba-tiba tegur mata aku macam tak tidur seminggu, aku try recall why she said like that sebab mesti ada yang berubah sebab dia concern tiba-tiba dan nah, aku menangis semalam sampai tertidur.

So konklusinya aku tak kisah kena tegur tu!

Yang aku kisah,

“Akak bukan nak cakap apalah dik, kalau tak jaga ni memang muka adik teruk. Ramai pelanggan akak pakai ni, semua jadi,”

I was keep on looking dalam mata dia walaupun dia dah letak produk dalam tangan aku.

“How much?”
“RM 41.30,”
“Kalau saya nak, saya datang ok,”

Keep on looking.

“Kalau adik nak murah ada je. Tapi produk lain,”

See? Dia really maksudkan ayat dia nak tolong aku atau dia nak jual produk dia? Of course lah nombor dua dah nama pun peniaga. Tapi, heh! Kalau kat oversea mahu dah aku bagitahu kau ni ada skill meniaga ke tak? Nak je aku bagitahu kang aku sue kau kang memalukan aku dekat public. Tak pun aku jumpa manager kau, heh ni ke jenis peniaga kau guna nak bagi impression pasal produk kau?

Serius aku berangin. Berapa kali aku tarik nafas nak kawal anger aku. Kalau aku buat kan, tak berasap periuk nasi. Dah jatuh zalim.

Aku senyum.

“Tak apalah. Nati kalau saya nak, saya datang,
“Orang cakap ni tak dengar. Kalau teruk lagi muka tu baru tahu,”

Whattttttttt?

Aku pandang lagi dan aku senyum lagi. Hati aku ni, macam manalah melayu nak maju. Attitude tak ada. Nak beli tak nak beli, hak aku. Kau. Tugas kau. Amanah kau. Cari pelanggan. Use your soft spoken language yet attractive to get clients/buyers/customers! Kalau tak reti, belajar. Cari ilmu. Cuba. Put effort. Grrr!

Aku senyum je lagi. Baik tak aku tak meletup?

Kebetulan mandian Carrie Junior yang aku nak beli atas rak yang sama. Aku ambil mandian yang dah biasa aku guna tu.

“Adik nak yang tu ke? Yang tu mahal sikit,”

Again! What the he*l.

“Tu lah. Mahal. Saya tak mampu,”

Aku blah dengan kesabaran untuk dua keadaan. Pertama sebab tolongah, dah berbotol-botol aku pakai akak oi. Janganlah underestimate orang. Mentang-mentang aku pakai selipar jepun, mata berbelang muka selekeh pula tu tak beli produk kau yang mahal gila RM 41.30 tu. Haih. Lagipun, bukannya tahap ribu raban pun aku nak beli. Aku pun belajar lagi. Bukan businesswoman gaji tahap boleh baling baling duit kat udara.

Kedua. Tak pasal-pasal aku beli shower lain yang aku tak tahulah aku berkenan ke tak. Ya. Aku tak ambil pusing pun haruman dia. Yang aku tahu agak-agak yang paling murah. Bukan sebab murah, sebab tak ada sebab. Bior le.

p/s: Tolonglah dalami betul-betul bidang kau ceburi sebab kalau sepuluh kali aku jumpa orang macam ni memang mulut aku akan jadi cili api. Aku rasa orang lain pun sama.

p/s/s: Tak baik tau. Allah marah.

p/s/s/s: Kalaulah macam ni attitude. Percayalah, sesiapapun tak akan maju.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 23, 2010.

6 Respons to “Pure Anger”

  1. it is hard when people putuskan sesuatu yg mandatori tanpa terlebih dulu memahami what contributes to it.

    pernah alami jg…u r not alone~

  2. Jalan-jalan kembali kat blog awk nih~

    Hahaha. Sye ignore je akak-akak yg keje kat section yg jual shampoo2, facial cleanser tu. Mmg rimas kalo kte nak beli sesuatu, pastu die tunjuk benda lain plak.

    “I can choose on my own okay!”

    • Hahahah. Ridhwan kawan Afiq? Kan? What a small world. Hiii. Boleh pursue degree sik? Eh, kitak sarawakian, leh lah ajar kamek kelakar sarawak. 😀

      Yeah. Kepada kakak semua, If I need you, I’ll call you right? 🙂

      • Afiq yg mne satu? Afiq Sahari ke Afiq Radzuan?

        InsyaAllah kamek dapat pursue degree. Alang abis diploma lok!

        Bolehx3. Sik susah kelakar swak, nangga, kitak dah kelakar dah. Haha.

        Absolutely. “Mengaco jak eh!” 😛

  3. Afiq Radzuan. 🙂

    Sik susah kitak padah? Kamek kena buat satu kamus sigit (betul sik untuk 1?) buku vocab untuk bahasa sarawak tok. Hahahhahaa.

    Kitak belajar tahun berapa tok?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: