Hidup Berkeluarga

Aku serius rasa nak makan buah hari ini. Berkebetulan pasar malam, dan aku jalan sorang-sorang bertemankan mp3 menjadikan dunia aku hanyut dalam menganalisis manusia dan makanan dalam keriuhan pasar malam.

Macam-macam buah aku nak makan. Tapi kerana jangka hayat buah tidaklah terlalu lama sebelum sempat aku habiskan, jadi aku beli buah yang aku kira tahan lama. Mata kucing (kenapa mata kucing?) dan limau kecil comel yang boleh aku makan secara santai. Eh? Ada ke makan santai?

“Kak, sekilo berapa?”
“7 ya (ringgit) dik,”
“Cuba letak sekilo,

Dia letak. Pergh. Banyak OK. Sebilik berdua. Dah kalau dia nurse, lagilah susah nak jumpa.

“Setengah kilolah. Limau?”
“4 ya,”
“OK. Limau sekali,”

Dia tolong pilihkan.

“Tak apa. Biar saya pilih sendiri,”

Ini bukan riak. Ini dinamakan ajaran yang aku dapat bila aku jalan-jalan pilih ikan, sayur, buah, almari dan segala benda dengan ayah aku. Semua benda nak tilik. Dan antara yang aku ingat macam mana nak pilih sayur bagus, ikan segar dan buah elok, manis, cun dan sedap.

Serius. Aku jenis banyak tanya. Contoh.

“Angah, kalau nak beli rambutan, beli yang rambut rambut dia warna hijau,”
“Kenapa kena pilih macam tu?”
“Sebab isi dia tak melekat, manis dan lambat berair,”
“Mana ayah tahu?”
“Ayah dah selalu belilah. Ni kalau nak beli limau, beli yang kulit dia dengan isi dah tak melekat,”
“Kenapa?”
“Manis. Isi dia pun banyak air,”
“Mana ayah tahu?”
“Dah selalu beli,”

OK. Itu satu contoh yang dialog tegar, mana ________ tahu?

Entah. Aku rasa aku sukakan penegasan kot. Ayah aku macam ayah-ayah orang lain. Suka bercerita. Oh. Ada beza. Kalau orang lain selalu kata pergi main jauh jauh sebab ni hal orang besar. Ayah mak aku tak pernah buat macam tu. Ayah kata, kalau kita pisahkan perihal orang tua dan anak, nanti bila anak besar, dia tak tahu jenis jenis masalah dan cara nak selesaikan.

Kalau dulu aku dengar je. Yang faham jadi curios nak tahu. Yang tak faham telan dan dengar. Aku tak tahu kenapa, aku mesti pujuk hati nanti dah besar aku akan tahu. Kalau tak puas hati, silalah ayah aku kena bersabar sebab soalan aku akan meleret-leret sampai aku pun dah tak tahu nak tanya apa. Kira dah sampai tahap max lah kefahaman.

Eh. Nak cerita pasal buahlah.

Dekat rumah, orang yang kena basuh buah atau sayur (sayur ni kalau ada ulat sekian terima kasih) adalah aku. Aku mesti penuhkan sinki dengan air dan letakkan sesudu garam (selalunya lebih sebab aku rasa garam murah dan segala kuman akan mati cepat. Hahhaha) dan rendam basuh bilas terus susun elok elok ala-ala chef dalam bekas buah.

Haruslah orang yang melantak dulu adalah aku lepas tu mak akan tegur, ingat orang belakang. Bila banyak, tak ada orang nak jamah gila-gila, tapi bila sikit mulalah nak berebut tarik muka segala bagai macam buah tulah yang terakhir atas dunia. Haih. Bila aku dah besar, aku tak apa nak makan banyak sebab aku duduk jauh balik sekali sekala. Hahahhaa. Ambil kesempatan tak?

Jadi tadi aku balik basuh buah sorang-sorang dalam toilet yang sinki tak boleh takung air dan tak ada garam dan tak ada penyejat dan tak ada bekas buah tangkai rotan macam kat rumah.

Aku susun elok-elok dalam pinggan letak atas meja.

Masa aku taip ni, aku tengok buah limau dan mata kucing penuh dalam pinggan. Tak ada siapa nak berebut dengan aku. Aku tak payah bangun pagi esok kecewa tengok bekas buah tinggal sikit sebab orang lain dah makan dulu. Iyalah. Dah aku punya, walaupun aku kata kalau Kak Huda tak ada, apa ada atas meja tu makan je, diorang mesti minta izin juga. Macam mana aku letak atas meja, macam tu jugalah aku nampak esok pagi. Kat rumah siapa merajuk, makanan habis juga. Jadi kau lapar dan merajuk, atau kau kenyang tahan rajuk. Itu aja pilihan.

Sebab tu aku tak tahu macam mana perasaan merajuk. Tapi aku rasa seronok kot.

Aku tenung lagi bekas buah. Siapa kata hidup single seronok?

Meski hidup berkeluarga lebih mencabar, tapi percayalah bila kau balik ada orang nak senyum, ada anak tolong buka stokin dan bawa keluar segala cerita dekat sekolah dan ada kenangan kau tambah hari demi hari, tak terbayang perasaan itu.

Macam sekarang. Aku tengok buah aku dah rindu mak ayah adik kakak.

Kau tak rasa sesuatu ke kalau ada orang rindu kau?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 16, 2010.

9 Respons to “Hidup Berkeluarga”

  1. tu la….sape kate idup single seronok….huhu…mati kutu ade la kot..xdpt cakap ngan sape2..xbleh gaduh2..haha..itu kan mceriakan kehidupan~

  2. ..smart!!!~

  3. dah sampai seru la tu….. hehehe (ingat tak prof. Din tanya dulu??)

  4. lain macam je bunyi ayat last tu…hehe

  5. “Kau tak rasa sesuatu ke kalau ada orang rindu kau?”

    ~ sometimes i’m a jerk. so, when people say that they miss me or they really appreciate my presence, i’ll feel like a twinge in my chest, like butterflies fluttering in my heart [not in my stomach] hehe. 🙂 it makes me think that i’m not a real jerk after all.

  6. CikF: Tahu tak apa. Macam hidup depan laptop je. Haih!

    Haida: Kacak! Hahhahahha.

    Bakti: Err.. tak ada kena mengena pasal tu kot entry ni. Hiii.

    Amad: Ni Amad mana eh? Lain macam? Apa yang lain?

    Hida: Yo! Manusia kan saling memerlukan! Rasa macam penting je kalau orang ingat. Wuhuuuu!

  7. ak post-grad usmkk..

    • Haruskah daku menjawab begitu bila orang bertanya, “Ni Huda mana?”
      “Oh, saya Huda budak USM?”

      Haruskah?

      Silalah jawab dengan ;ebih realistik supaya bila daku terjumpa di tengah jalan tidaklah daku buat macam eh, siapa kau?

      Hahahahahhahahahhahahahha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: