Kan?

Tak ada, aku lama dah perasan tapi hari ni rasa nak menulis perihal ini. Oh, sebelum tu.. tahniah pada Wandai kerana menulis semula. Rindu eh nak baca tulisan sinis kau. 🙂

Aku rasa aku dah macam hidup satu zaman yang serba canggih yang dah tak ada alasan langsung kalau orang tanya kau, kau pergi mana lalu kau buat alasan aku tak sempat jumpa kau nak bagitahu. Atau kalau pensyarah tanya sila submit assigment awak pada minggu depan melalui apa jua cara dan kau pula jawab maaf doktor saya demam semalam. Atau kalau kau janji dengan teamwork kau untuk discuss pelajaran kau buat alasan tak tahu pun ada discussion?

Memang haruslah aku hampuk kau!

Contoh.

“Assalamualaikum. Ni siapa?”
“Bla bla bla,”
“Aa? Apa-apalah,” (Ni sebab aku tak dengar dia sebut apa sebenarnya). “Dekat poster tulis sila hubungi nombor ni tapi tak tulis nama. Macam mana tu? Tak kisahlah, nak tanya ni.. bla bla bla,”
“Saya kat luar ni. Emel ada tak?

Haruskah aku menjawab tidak? Adakah logik tidak ada kalau kau sangat aktif ber faceboook-ing? Atau adakah sangat logik tidak ada bila kau aku dan dia adalah pelajar yang pastinya setiap orang wajib samada kau nak atau tak, kau aktif atau tidak, telah kau disediakan satu akaun emel rasmi dari universiti dan berpuluh-puluh emel tidak rasmi yang kau reka dengan nama iluvyou@yahoo.com, atau youlovemetak@gmail.com, atau sayasangatcantiktau@live.com, atau babybluemanja@entahapaapa.com atau apa-apalah. Weh. Emel ni tak wujud. Kalau tak percaya hantarlah benda. Kalau berbalas kau considerlah diri kau lucky macam kau jumpa surat dalam botol kaca terapung tengah lautan yang membawa berita putera raja kacak tengah cari seorang isteri. Sesiapa yang jumpa tak kisahlah kau hodoh ke kau buruk ke, kalau kau jumpa, kaulah lucky tu. Kau.. gila panjang explain hanya nak jawab logik ke tak ada.

“Ada,”
“Mesej saya. Nanti saya hantar,”
“Malam ni boleh tak?”
“Ye la. Saya kat luar ni,”
“Tau,”

Bukti aku tahu dia kat luar? Apa kes kalau kau cakap dengan aku ada suara-suara kat belakang kalau tak salah siap ada bunyi motor lagi. Kalau aku pasang sistem GPS paling canggih, aku siapa boleh tahu kau kat kilometer mana. Koman koman aku boleh spot kau kat McB tak pun DVillage. Kalau lelaki port menarik tak lain, Cotek la.

Mana sangatlah tempat lepak budak USM.

Oh. Aku bukan nak kata the most popular place by USMsians. Huaaa! Tak menarik pun.

Aku nak bagitahu ini. Lepak gila kan nak bagi info hanya dengan sesaat je. Kau bagi alamat emel, kalau line internet laju tahap kau tak tekan lagi dah keluar website.. ting! Sampai maklumat kat aku. Kalau dulu. Pukul 11 tunggu depan pintu pagar dekat tangga library sebelah tandas paling hampir dengan meja batu tu, saya datang bawa file ni. Sila jangan lambat atau menyorok sampai saya tak jumpa awak sebab saya ada lecture lepas tu.

Haruslah kalau kau tak betul-betul on time berjam-jamlah kau kena tunggu semula demi satu ayat je kadang-kadang. Telefon tak ada. Kalau ada public phone buat apa. Kau nak telefon siapa kalau masa tu telefon bimbit tahap harga macam laptop sebiji tak masuk maintenance (top up) bulan-bulan yang anak tauke emas je mampu pakai? Tak guna juga kalau dia pakai orang lain tak pakai. Kau boleh update dia kat mana kalau datang lewat dengan telefon dia. Dia nak update kau? Pakai sistem burung merpati?

Sekarang. Petik jari je beb!

See?
Agak-agak nak bagi alasan lagi?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 7, 2010.

2 Respons to “Kan?”

  1. no excuse…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: