Tidurlah Dunia

Kau percaya setiap kali kau nak berbuat sesuatu hati kau sebenarnya dah bagitahu sesuatu juga. Tapi, kau abaikan. Bila kau buat sesuatu yang lain atau sesuatu sebagaimana kau fikirkan dan berakhir dengan salah, mulalah kau terfikirkan.. padanlah kau tak nak buat begini begini atau begitu begitu.

Ini bukan deja vu atau jama vu. OK. Aku tak tahu eja. Tapi aku baru rasa ni tadi. Banyak kali dah sebenarnya.

Mula-mula aku rasa cool manusia yang insomniac. Manusia yang ada masalah tidur. Senang cerita, manusia yang tidak boleh tidur. Aku rasa cool sebab instead of 6 jam masa yang aku rasa kononnya bazir tidur, dapat guna untuk benda lain. 6 jam tu weh. Mungkin lebih.

Hey. Manusia bukan mesin!

Sedangkan laptop Acer pun terbakar kalau guna berjam-jam tanpa dicut off kan electrical supply. Walhal hanya berapa kilowatt per jam je pun. Itu baru laptop.

OK. Kau kata laptop manusia buat. Benda manusia buat akan ada ketidaksempurnaanya. Akan ada ralat. Fine by then. Aku tak nafi.

Tapi wiring system dalam complex brain system kau tu mahu rehat juga. Kau ingat percikan sinaps setiap neuron agar diaktifkan tak lelah ke? Apa kau ingat kalau kau tak fikir apa-apa otak kau tak buat kerja? Apa kau ingat masa kau tidur, otak ikut rehat. Kalau macam tu. Esok pagi kau buka mata baru kau tahu terkulat-kulat jumpa alam lain.

Masa kau tidur tulah otak berkerja juga. Pastikan kau bernafas masa tidur dengan irama yang sama cuma lambat-lambat agar otak kau dapat penuh oksigen untuk esok hari. Masa kau tidurlah memori-memori kau masuk dalam sistem fail mana nak buang mana nak simpan. Masa kau tidurlah semua vital organ nak berehat kejap.

Pagi perut banyak kerja sebab kau mengunyah tak henti. Tengahari otak banyak kerja sebab kau tengok movie yang macam-macam. Petang jantung pulak berdegup cepat sebab kau berlari laju nak hambat pasar malam takut lauk habis. Dah tu macam mana?

Nak harapkan kau bangun qiam? Jauhlah panggang dari api. Tak  macam semangat kau nak qiam tu sama macam kau nak pergi shopping kan?

Bagilah masa rehat juga.

Kau nak jadi pembunuh atau jadi manusia split personaliti atau apa sahaja hanya sebab kau insmoniac yang kau rasa cool 6 jam tak tidur boleh dapat masa extra baca buku jadi kau pasti akan jadi student paling top di dunia? Kawan. Tidurlah. Mujur kau masih punya nikmat tidur. Kalau kau imsomniac baru kau tahu yang tak dapat tidur ni tak cool. Percayalah.

Malam Allah cipta untuk tidur. Err.. ni azam tahun baru ke?

Heh. Selamat malam dunia bagi mereka yang meraikan malam. Dunia belah sana yang tengah siang. Sila bekerja bagai tak akan mati selamanya. Dalam pada itu, silalah ingat Allah macam kau nak mati sekejap lagi.

Mana tahu, ayat terakhir ni sebelum noktah, kau dah pejam mata?

Aku minta maaf kalau buat dosa. Kau harus juga berbuat yang sama. Ajal kita, kita tak tahu.

Sekali lagi. Selamat malam dunia!





p/s: Jangalah over tidur macam sebulan kau sambut siang lepas tu nak balas dendam sebulan tidur tak bangun-bangun dah.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Januari 2, 2010.

2 Respons to “Tidurlah Dunia”

  1. ..selamat malam k.hud..tidurlah sayang~ 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: