Kepala Hotak Kau! [2]

Hari ini ada Year End Sale untuk J Card member. Pengguna Jusco tegarlah kira. Sesiapa yang biasa pergi Jusco Balakong, kamu tahulah jalan nak keluar ke jalan besar ada selekoh.

Weh! Aku tahulah ada banyak diskaun up to 80 percent tapi agak agaklah! Aku tak kisah kau nak pergi membeli belah bagai. Aku pergi juga. Tapi silalah jadi manusia berakal yang kau letakkan akal di kepala bukan di kaki. Ambik nak.

Serius Jusco gila ramai. Aku pening dan dah rasa macam migrain aku duk say hello, I’m coming baby! So, aku pergi lepak kedai buku buang duit beli diari. Pergh! Tempat paling ramai manusia adalah di tempat tas tangan yang sale dia cut off up to 80 percent. Gila. Aku ingat nak tibai gak satu beg besar buat gi kuliah. Aku rasa aku nak jatuh cinta dengan warna putihlah. OK. Identiti nak tukarlah katakan.

RM 4O after 80 percent off. Standard akulah kan. Tengok zip. Tengok cara jahit. Tengok poket. Huh! Tali tak tahan. berat sikit ni, putus. So babailah beg cantik. (Mata aku je cantik sebab beg tu tak ada orang pegang pun).

Masa nak balik, baaaanyak kereta stuck dekat selekoh. Sana hon sini hon. Ayah tengok depan. Padanlah. Ada trailer tersangkut sebab kebodohan orang-orang yang nak bershopping sakan parking kereta kat selekoh. Memang bullshitlah kan! Ayah turun kereta nak setel da problem dan aku mestilah nak join sama. Ya lah. Kalau takat hon aja, tak dapat lalu pun sampai paginya.

I still can remember how the co-driver look at me with his pale face. This Indian guy was really pale. Aku serius tak boleh tengok muka kesian. AKu senang sedih. 😦 Mahu tak cuak. Orang duk hon and he was trying damn hard untuk lepaskan trailer panjang sebesar alam dari selekoh yang ada kereta-kereta gila yang diparking bukan pada tempatnya. Eh. Zalimlah tu kan? Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Ayah suruh kereta belakang trailer undur sebab nak suruh trailer undur juga. Kereta undur but again this bullshit person belakang kereta buat bodoh tak mengundur juga. Dia buat bodoh lepak tak undur kereta. Kereta yang ayah suruh undur ingat kereta belakang dia mengundur juga. Sekali.

Bam!

Nasib tak rosak ke apa. Ni lah yang dikatakan bodoh sombong. Bukan nak menyelesaikan masalah. Bodoh tak reti diajar! Ambik nak!

Memang habis lipat pusing tolak dah trailer tu cuba. Nak lalu dan tak calarkan 4 biji kereta kiri kanan yang penuhkan jalan. Kau bayangkanlah macam mana trailer panjang nak jalan bengkok kalau jalan tu disempitkan lagi? Ada sekali sampai dia naik atas devider jalan cuba buat pusingan.

Aku perasan ada seorang budak perempuan ni buat movie guna handphone. Kalau niat dia buat movie tak salahkan trailer tu tak apa. Tapi kalau dia nak report, dia memang dangkal!

Sudahnya. Kereta hon memang gila-gila. Barisan kereta pun dah makin panjang ke belakang. Ayah suruh jalan je. Aku pun memang suruh jalan je. Nasiblah. Nak buat macam mana lagi. Memang terang-terang kereta-kereta yang park kat tepi tu salah. Kakitangan keselamatan Jusco baru datang beramai-ramai. Tapi tak boleh buat apa.

Finally, Zaassssss!

Trailer terpaksa jalan sebab lalulintas makin sesak. Maka bergeserlah kereta. Bercalarlah. Dan jatuhlah bumper belakang. Sorry tu say.

Siapa suruh cerdik sangat park kereta dekat selekoh?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 23, 2009.

3 Respons to “Kepala Hotak Kau! [2]”

  1. eh, aku taktau apa tu J card bagai.
    tapi dh tau la.. aku tny budak opis aku, sbb ada gak kat blog lain org citer apsal j card.

    haha. kesian aku.

    ye, aku naif.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: