Tipikal

Saya gadis tipikal. Kamu, mungkin tidak. Kadang-kala saya bukan gadis tipikal. Kamu pula lelaki tipikal. Kamu berhajat mahu melihat sejauh mana kelemahan saya. Disebabkan saya tipikal, kamu nampak itu. Tapi disebabkan saya juga bukan gadis tipikal, kamu gigit jarilah.

Saya bukan jenis tunjuk hati saya yang kamu kamu (dua kali kamu tu, sila faham) dah kerat 14 lepas tu titiskan limau biar jadi extra pedih. Saya boleh senyum. Saya macam lepak je seolah-olah merayu kembali dan sepertinya masih mengharap macam gadis tak tahu malu. Kan saya dah kata, saya hardly lose. Tapi bila saya dah give up, saya terus sujud minta kental hati terus degil keras macam batu tak bagi sesiapa harapan. It does happen and it’s me.

Tapi percayalah. Bila saya kata sayang, kamu buat perkara membencikan pun saya sayang. Regardless jantina dan jenis hubungan. Saya jenis macam lelaki. Payah kata sayang. Tapi, jelas terang nyata lagi bersuluh saya macam lelaki juga, Actions is worth than talk. But, I need both. Gila demand. Hahahhaa.

Saya memanglah tak senonoh. Tapi saya pemaaf. Saya tak kisah minta maaf dan memberi maaf. OK. Saya sedang angkat bakul. Orang kata boleh bagi maaf tapi parutnya tetap kekal. Tapi saya lain. Sekurang-kurangnya sampai hari ini. Esok esok saya tak tahulah. Bila saya dah maaf, kemaafan saya macam serum penanggal parut  yang jelas mahupun sembunyi. Tapi, awas. Serum ni jangan di trigger. Kalau di trigger, dia akan keluar balik semua parut-parut lama. Tapi, Alhamdulillah dia berulang. Kalau saya maafkan semula, dia akan hilang kembali seperti asal.

Pelik bukan? Hey! Manusia berbeza!

Saya mudah suka orang dan saya mudah juga berburuk sangka. Oh. Lelaki lelaki yang saya tunjuk minat tu, percayalah saya suka anda! Tapi.. err.. Dr. Fadzilah Kamsah kata, orang lahir bulan 3 kelam kabut dalam memilih pasangan. Saya rasa macam saya dalam golongan tu lah. Sebab saya mudah jatuh hati. Hahahhaha, Pengakuan tak boleh blah kan? Pergh!

Tapi setakat ni lah, minat minat ni biasalah. Tu tanda saya normal. Tu tanda saya tipikal insan juga.

Jadi tolonglah jangan buat group ramai-ramai dalam bilik bung bang bung bang kata saya syok kamu. Kamu mungkin betul dan saya tak cakap salah. Tapi janganlah over sampai buat statement bagai kamu tak boleh terima saya. Kamu jerk, tahu! Bukannya saya sujud pada kamu menangis-nangis sambil buat muka sepuluh sen, oh tolonglah terima saya.

Cinta saya pada Allah dan Rasulnya dan ibubapa melebihi kamu walaupun saya kerap ingkar dengan suruhanNYA dan sunahnya dan arahan mak ayah. Kamu bukan siapa siapa selagi kamu bukan siapa siapa. Fahamlah ya.

Orang teraniaya doa makbul. Definisi makbul sila faham. Kadang-kadang bukan sama dengan kita harapkan tapi diatur cantik sampai boleh sengih-sengih sampai telinga tanda puas hati.

Tadi saya mahu belik tiket pulang USM. Sampai sana.

“Ayah, tak nak beli sekaranglah,”
“Kenapa?”
“Nak fikir dululah berapa lama nak ponteng lagi,”

Saya tidak perlulah tulis bebelan yang panjang-panjang dari ayah dan adik yang super duper ikut disiplin sekolah. Kalau ada kakak saya, lagilah kena tahan telinga. Mereka obey pada rule sedangkan saya rules breaker. Mak senyap je malas layan. Sekolah pernah telefon mak ayah masa saya suka suki buat peraturan macam saya jadi tuan punya sekolah. Saya peduli apa. Ya, saya tak makan saman.

Heh. Saya nak tengok late night movie, Rebound kat TV3 lah. Join sama meh! Pastu kita bangun pukul 12 tengahari sama-sama. Gila tak?

Saya tak ada idea menulis entry tapi itulah saya bila pegang papan kekunci. Laju aja. Saya baca semula, saya rasa saya faham apa saya tak faham kerana entry ini tiba-tiba keluar ikut flow hati. Jadi nama entry ini, Entry Sedetik. Perghh!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 19, 2009.

12 Respons to “Tipikal”

  1. Entry Sedetik? tapi bukankah tajuknya “Tipikal”? ish.. ish.. ish..

  2. haha. huda, aku nk lempang laju2, boleh?
    comel woh tulis mcm ni.

  3. menyakitkan hati betol “si dia” yg perasan kamu mnt dia.. tolonglah! rs mcm nak basuh dengan clorox je dia tu…pastu sterika pastu clorox balik pastu berus ngan berus dawai besi tandas pastu…heh! mmg nyata sy geram dia bung bang bung bang kamu dlm lmn sosial itu. mahu muntah baca!

  4. Err… lepak-lepak sudey. Hahhahahahah 😛

  5. Nana: Pergh! Pasni aku nak menulis guna saya macam nilah. Nanti jadi comel..! Hihihih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: