Johor Bharu

Baru sampai rumah terus online dengan harapan orang yang aku nantikan emelnya muncul. Keciwa.

Tanjung Langsat dan Taman entah apa lupa yang jalan-jalan dekat rumah dia penuh dengan nama buah. Sesatlah jugak nak cari Pulasann, Tembikai, Manggis segala bagai. Huu~

Ramai saudara mara, sepupu saja dekat berpuluh. Time ada keraian atau kemalangan macam ni lah baru nak jumpa saudara jauh dekat. Tapi agak sedihlah sebab budak-budak yang cute masa kecil-kecil dulu semua dah besar. Nasib ada yang baru lahir dan bakal dilahirkan. Berguna juga cuti aku balik kampung. Huu.

Pertama kali aku tengok baby lima bulan tidur sangat lasak. Dari pukul 12 malam sampai 6 pagi esok, Ain berjaya buat pusingan 360 darjah dalam kelambu. Kalau tak ada kelambu mahu terperosok bawah meja berguling-guling. Hahhaa.

Ada pantai dan aku boleh nampak Singapura dari pantai tu. Aku lupa apakah nama gerangan pantai pelabuhan kat Tg Langsat tu. Angin sangat kuat dan semestinya sangat seronok melayan perasaan. Tapi dengan sepupu-sepupu yang tarik aku kiri kanan nak tunjuk itu ini, main itu ini, tanya itu ini.. tak lamalah perasaan dapat dilayan.

Elok begitu.

Oh. Kan betul kalau nak tulis bahasa sms jangan ringkas sangat. Contoh.

“K. Ani (mak aku), nnt dh smp psr gdg call la. oghe (orang dalam bahas surat) g ambik”

Dan aku yang bacakan sms cakap ini,

“Cik Pah kata dah sampai pasar gedang cakap ngan dia,”

Pasir Gudang dah jadi Pasar Gedang. Haruslah satu kereta ketawa. Adeh.

Tok ayah kena stroke. Half of the body macam dead tapi syukur percakapan masih sempurna. Maknanya Broca’s and Wernicke’s area tak terlibat. Aku teringat 12 saraf kranial dalam neurological examinations tapi macam takut lak nak apply. Aku rasa kalau aku nak buat, atuk aku OK je. Tapi itulah.

Macam mana best kat tempat orang, tempat sendiri tetap syurga. Baru dua hari aku dah nak balik. Tak bolehlah berlama-lama di mana-mana yang bukan rumah sendiri. Empuk tilam orang, empuk lagi lembek aku. Wangi bantal orang. wangi lagi loyie yang 4 tahun tak basuh. Hahahhahaha.

Pantai sangat seronok. Tiba-tiba je.

Eh, masa balik dekal stesen minyak SHELL, ada budak pakai baju tulis ni

“Imperfect knowledge is worse than ignorance,”

Betul ke?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Disember 13, 2009.

8 Respons to “Johor Bharu”

  1. totally that boy is WRONG and WRONG!

    we need both knowledge n skills.

    • Janganlah marah. Budak tu dlam 5 tahun baru. Mak dia yang pakaikan baju tu. Hihi. Macam mana Azizi tahu budak tu lelaki? Ada kat situ ke masa ni? Hihihihi.

      Tu lah. Masa terbaca banyak fikir, betul ke..?

  2. “Imperfect knowledge is worse than ignorance,” – i think its the other way around… i read somewhere i think lah..

  3. imperfect knowledge mmg la worse, but ignorance is much worse, y? its about attitude.. kalau imperfect knowledge tapi ada attitude yg bagus dia akan sentiasa cuba melengkapkan diri ngan knowledge, sentiasa peka ngan perkembangan terkini.. ilmu kan sentiasa berkembang… tu yg teknologi skrg semakin maju.. tapi kalau ada sikap ignorance.. dia buat tak kisah sebab diri dah pandai dan tak perlu update… kan bahaya tu..

    • Sebenarnya saya fikir betul bila ayah explain. Hahahha. Ilmu tak lengkap lagi teruk dari tak kisah/jahil. Kalau ilmu tak lengkap lebih kurang faham separuh jalan lebih kurang cerdik bodoh, orang cerdik dan bodoh susah diajar dan jadi bodoh sombong. Yang satu lagi jahil. Orang jahil bodoh boleh diajar.. dan kalau yang imperfect khowledge ni, kalau dia praktiskan tak ke naya. Orang bodoh sombong dalam agama jahil murakat maksudnya dua kali bodoh. Satu, bodoh tak faham. Dua, bodoh tak boleh diajar.
      Explained by~ Ayah Huda

  4. ohh.. i think it depends on situasi and perspektif …ape yg Ayah Huda ckp tu ada betul…
    sbg cth: doktor biasa dan doktor pakar kan berbeza.
    seorang mmg ahli dan seorang mmg sgt ahli..

    but pada satu keadaan yg lain bila doktor biasa tu always make reference and suruh dapatkan other opinion from other doctor so risiko pada pesakit tu dapat dikurangkan.

    dan bila doktor pakar tu disebabkan terlalu taksub dgn ilmunya dan ignore pendapat org lain.. then there’s a chance the patient
    in higher risk… maklumat tak sepenuhnya sampai disebabkan sikap ignorance tersebut…

    perlu diingat… ilmu Allah ni tersangat lah luas… byk mana sgtlah yg boleh manusia kuasai…

    so i guess it depend on the situation how u describe that phrase..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: