Memoir

Oh, aku nak bercerita memori yang tak best. And, its gonna be a looooong story. Nampak tak tanda ‘x’ kat sudut atas belah kanan? Kalau rasa tak sanggup nak baca atau bosan, click je tanda tu. Aku tak peduli.

Zaman sekolah dulu, aku and the gang jenis budak nakal comel. Hahhaha. Gila perasan. Rela menyorok dalam loker sempit demi tak nak pergi thobur (perhimpunan). Rela memerap dalam tandas sejam demi nak skip prep (study malam). Rela berbuka puasa dengan maggi semata-mata tak nak turun masjid. Haih.

Rindu.

Rindu buat nakal. Aku rasa kalau jadi budak baik macam tak ada life masa sekolah. Macam tak ada kenangan gila di luar normal untuk diketawakan sama-sama. Ini pendapat akulah. Aku nakal, bukan jahat ok.

Tak percaya?

Aku ponteng kelas pun, aku wakil khat sekolah. Aku tak pergi prep pun, beberapa persembahan sekolah cikgu harapkan kami (mewakili kawan-kawan aku jugalah ni). Aku buat dajal sekalipun, aku tak pernah terfikir nak melakukan perkara luar dari norma agama.

Remaja. Biasalah.

Aku pernah hantar surat layang sebab aku tak puas hati dengan pemilihan pengawas sekolah. Serius. Ni masa aku form 2. Gila ganas. Bukan aku je OK tak puas hati. Tak percaya? Surat layang aku tulis tu disokong oleh dua orang guru. Hahahhaa. Cuma dah nama layang, tak ada tandatanganlah kan.

Baru aku tahu satu hari ada mesyuarat tergempar antara guru nak kenalpasti tulisan siapa dari surat layang tu. Haru. Setiap guru kena cek setiap tulisan anak murid diorang adakah sama atau tidak. Seminggu juga. Hari Ahad, minggu depannya, cikgu disiplin terpacak depan pintu kelas aku.

“Saya nak jumpa Huda,”

Kelas senyap. Standardlah kan kalau guru disiplin lalu, sah-sah kelas jadi sepi.

“Huda lil muttaqin bukan Huda lil ‘alamin,”

Oh. Kelas aku ada dua Huda. Kira macam Huda da Angel dan Huda da Devil. Aku yang Devil le, takkan angel. Itu gelaran untuk aku.

Ustazah Feqah aku pandang sengih-sengih. Aku berdebar tapi konon cool. Bangun.

“Saya Huda lilmuttaqin,”

Kalau aku tak perkenalkan diri pun, cikgu disiplin dah tahu. Saja nak buat baik dan berhati mulia. Pigiiiiidah!

Masuk bilik disiplin. Hangin aku ada ketua pengawas. Aku tak suka ketua pengawas lelaki sorang ni. Semua pengawas lelaki perempuan pun jarang ada yang masuk dengan aku. Adillah kan. Aku tak boleh gi ngan diorang and vice versa.  Hipokrito. Devil and angel lah weh. Menyumpah-nyumpah juga aku dalam hati bila kena bertiga dalam bilik disiplin sempit dan aku seorang perempuan. Nasib aku kecil lagi dan aku consider aku budak muda yang comel. Hahahhaha.

Taubat aku menggigil dan sejuk. Dan yang pelik dalam hati aku tak takut  sebab salah tapi berdebar sebab nak cakap apa, bahkan dah macam-macam ayat aku reka nak keluarkan kes tak puas hati.

Hihihihi.

Sebab aku shaking dan a bit menggeletar, dah tentu aku nak tutup kelemahan aku, maka aku bersila atas kerusi (aku memang kaki bersila atas kerusi tak kira mana. Tengok aku kat dewan kuliahlah. Klasik).

Aku tak ingat sepenuhnya ayat-ayat aku tapi yang obvious still termaktub tegar dalam minda aku. Contohnya,

“Awak dah meletakkan taraf guruf serendah tapak kaki awak tahu tak?”

Erk. Yang ni serius aku tak faham celah mana.

“Saya tak fikir macam tu. Kalau ustaz nak rasa macam tu, saya tak boleh nak halang. Saya hormat guru-guru saya tapi saya tak fahamlah kenapa ustaz nak fikir macam tu,”

“OK tak apa. Kenapa awak hantar surat ni?”
“Laaa. Dah nama pun tak puas hati,”
“Tak bernama pulak tu,”
“Ustaz, dah nama pun surat layang,”

Aduhlah weyh. Aku mengigil tapi aku menjawab. Kurengkan?

“Apa yang awak tak puas hati sangat ni?”
” Ustaz tak bagi pelajar perempuan pakai kasut bertali, ustaz cakap menyerupai lelaki. Pengawas tak apa pulak? Macam mana tu? Dahlah saya ni baru beli kasut, dua pasang lagi. Lainlah kalau ustaz nak belikan lain. Semua murid kena berhimpun kena jerit-jerit pergi tempat perhimpunan, pengawas yang konon jaga kantin boleh siap beli air milo? Apa kes?”
“Awak tak pergi perhimpunan ke yang tahu pengawas beli air milo,”
“Dah nama pun budak degilkan ustaz? Sorrilah, pengawas tu saya jerkah balik,”

Oh, pengawas tu buat muka cuak. Aku rasa dia menangis.

“Ustaz pilih pengawas ikut tradisi keturunan. Bukan saya je cakap, ni ada beberapa cikgu yang cakap sama. Anak cikgu dapat jadi pengawas. Ni kalau dah jadi pengawas, tengok salasilah, abang pengawas, kakak abang pengawas, abang atas abang pengawas? Apa kes? Kalau perangai OK tak apa juga. Ni depan cikgu kacinglah lengan baju, belakang cikgu?”

Aku bukan nak jadi pengawas OK yang aku cakap macam ni. Mintak simpang.

Ustaz pandang aku macam nak makan. Tapi frankly speaking, aku cakap ada evidence OK. Aku bahkan tahu macam mana pemilihan pengawas, saringan dan kalau ada temuduga soalan apa ditanya. Serius aku tahu. Macam mana aku tahu tu korang tak payahlah tahu. Kalau tak pecah masuk bilik disiplin pelajar tu macam tak sahlah kan. Hahahhahahah.

Aku bukanlah kejam sangat. Tapi pincang depan mata aku lepas tu orang lain sanjung-sanjung yang baik tak nampak yang buruk ni buat aku hangin. Aku tak kisah nak pandang aku buruk, sebab dah memang aku teruk. Yang baik macam pijak semut tak mati walhal macam siot je yang aku tak tahan!

Of courselah aku tak tahan kalau sikit-sikit,

“Syuhh, akak. Ustaz tengah bagi tazkirah tu,”

Kerja dia duk syuh sana syuh sini. Dia dengar tak? Lepas tu masuk line belakang sama naik mengumpat budak itu budak ini dengan pengawas lain. What the heck?

OK. Bukan semua. Macam bukan semua budak nakal ni jahatlah juga.

Aah. Aku reveal semua dekat cikgu disiplin. Hahahhaa. Ustaz nak call PK HEM. Nasib dia ada dekat jabatan, maka selamatlah aku!

Tapi rupanya tidak. Aku bakal kena brainwash dengan cikgu disiplin perempuan lain yang memang gila kaw bahasa dia. Cuak gak. Ustaz cakap, perempuan sama perempuan baru jalan. Aku dah mula nak memercik peluh. Hihihih. Aku manusia biasa OK. Ada takut.

Jeng jeng jeng!!!!!

Maka bermulalah episod!

“Hah awak Huda. Buat salah apa pulak ni?”
“Err… tu. Surat tu,”

Macam nak kena makan aku ditenung sambil sambil cikgu baca balik surat.

“Ayat sedap. Eh, awak kan juara syarahan hari tu? Ke naib johan?”
“Naib johan,”
“Buat sendiri teks?”
“Aah,”
“Mak cikgu BM ke? Ke ayah?”

Dalam hati apa punya soalan ni?

Serius aku cakap sesi konon brainwash almost 80 percent pasal penulisan aku. Bila dah akhir barulah,

“Awak ni macam baling batu sembunyi tangan bila buat macam ni,”
“Tapi saya dah tunjuk dah tangan saya yang baling batu,”

Barulah aku kena kaunseling tapi penuh lemah lembut. Sikit-sikit je sinis. Serius. Hhahahahahhahahaha! Mesti bengan gustaz kan sebab dia ingat aku kena gila gila punya. AKu kan budak baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaik!

Aku tahu aku outspoken sampai orang tak suka. Aku outspoken bertempat OK. Aku outspoken jadi aku nampak jahat. Aku lagi tak faham sikap orang cakap belakang jadi kemuliaannya terserlah tapi percayalah things wouldn’t be any better kalau cakap belakang.

In fact it can worsen the situation. Trust me.

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 19, 2009.

3 Respons to “Memoir”

  1. haha. aku tak suka pengawas jugak.

  2. oh, hida pun pernak hantar surat layang gak. kena panggil gak. tapi bukan dengan cikgu. dengan senior2 and halaqah se’batch’. huhu. nostalgia of a memoir.

  3. Nana: Percayalah. Ramai tak suka. Hahhahahaha.
    Hida: Kes apakah? Hida kena buat blog gak ni. hihihihi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: