Bijaksana Bijaksini

Tajuk hajatnya nak buat entri panjang. Kita tengok sampai hujung macam mana.

Dulu masa kecil-kecil, aku banyak fikir. Sampai sekarang pun. Tapi masa kecil pemikiran hanyalah pada surface sahaja. Tiada amodal perception. Amodal? Neuropsycho? Argh!

Masa kecil, aku hanya tahu makan cikedis/jajan/makanan ringan tak elok dan merbahaya untuk kesihatan. Merbahaya dan berbahaya ada beza tak? Aku lupa. Ya, aku pentingkan tatabahasa. Bahasa itu indah dan aku bukan manusia yang suka merosakkan bahasa walaupun aku selalu merojakkanya.

Rumah aku semacam ada pengharaman untuk makan makanan ringan begini. Ayah hanya perlu jeling sahaja untuk bagi faham apa yang boleh apa yang tidak. Aku kepala batulah tapi. Kerana itu, aku selalu menyorokkan benda-bend ayang tak patut dimakan dalam baju dan lari masuk bilik untuk makan.

Selalu juga aku buat. Tak selalu sebab aku selalu tak ada duit. Huuu~

Jangan tak tahu aku kenal maggi dan makan maggi masa tingkatan satu. Bila masuk asrama, macam-macam jajan aku kenal dan beli dan of courselah makan kalau dah beli. Hiii. Kalau mak beli barang dapur dan ada maggi, ayah akan masak special maggi tu tanpa guna perencahnya. Ya, ayah sangat menitikberatkan kesihatan.

Cuma masa kecil, bila aku beli jajan aku baca isi kandungan makanan.

…. Mengandungi perisa dan sayuran yang dibenarkan/mengandungi ekstrak sayuran/seumpamanya.

Tak percaya? Cek jajan kau sekarang.

Jadi aku berfikir dan mempersoalkan kenapa tak boleh makan? Ada sayur! Aku tak baca perkataan ‘perisa’ itu dan dah tentu aku tak tanya ayah aku macam selalu. Nak mati kantoi ke? Hahahha.

Lihat kecerdikan zaman tidak sempurna akal pemikiran.

Dan sekarang buat aku terfikir lebih lagi. Aku baru beli air tin mangga mengandungi nata de coco. Dekat tin tu tertulis jelas, tiada pemanis tiruan, mengandungi vitamin A, C dan E. Boleh percaya ke? Rasa yang manis dan nata de coco dan kepekatan rasa mangga tidak asli.

Lihat! Kematangan merubah pemikiran aku untuk percaya apa yang bagus dan apa yang tidak sihat. Apa yang tipu dan apa yang benar. Apa yang berkaitan dengan penipuan kerana pengiklanan dan kebenaran lalu kerugian.

Dunia.

Adakah aku akan buang air tin yang baru satu pertiga aku minum demi pemikiran yang memberitahu aku iklan konon berkhasiat itu menipu? Adakah jika aku berkata tak mengapa bahawa ini adalah kali terakhir bermakna selepas ini aku sedar lalu tidak lagi membeli air-air atau makanan-makanan seumpama itu? Adakah aku akan melakukan sejujurnya.

Tidak. Memang tidak.

Aku rasa kau pun sama.

Jadi ada bezakah pengetahun tidak cerdik masa kecil dengan ilmu kau tahu setelah kononnya matang?

Tiada beza. Bodoh tetap sama cuma dalam cara berbeza. Bodoh kerana tidak tahu dan jahil kerana tidak mahu peduli dengan pengetahuan.

Kan aku dah kata aku tak reti menulis pendek.

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 10, 2009.

2 Respons to “Bijaksana Bijaksini”

  1. aku suka makan ais krim pop, pastu kena bebel dgn ayah aku,
    masa keberadaan nya di sisi aku, dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: