Cantiklah Sangat

Ya. Aku tak peduli hari ni cuti sebab Kelantan berjaya masuk final atau cuti sebab Kelantan kalah. Aku tak peduli dua dua pun. Cuti atau tidak, hari ini aku tetap ada peperiksaan nak dijawab.

Yang buat aku geram kerana hari ini cuti adalah.. jeng jeng jeng.. macam biasa bila exam aku akan keluar lima belas minit sebelum peperiksaan bermula. Cari nahas. Tapi itulah aku. Kalau boleh, aku terus nak masuk dan duduk menjawab. Tak nak tilik sikit pun nota.

Tapi hari ini.

Aku berjalan, jam lagi 7 minit. Erk! Pagar utama tutup! Cuti punya pasal. Relaks. Pandang hospital. Lalu ikut hospital boleh. Takpelah masuk dewan tepat tepat pukul 9 pun. Jalan sampai hospital, Masyallah! Tutup juga.

Uuuu. Cuak sikit. Tapi relaks lagi. Pandang padang. Wallaweyh. Nak kena patah balik kalau lalu pandang. Kerling jam tangan. Dua kali sakit hati. Jam aku memang cepat.. masalahnya aku tak pernah tahu dia cepat berapa minit. Jadi secara logik aku tak tahu aku dah lewat berapa minit. Bongok je aku duk zikir. Bila sedar diri, tukar Astaghfirullah. Lepas tu bila stokin basah sebab padang berair tukar jadi shit pulak. Huda.. Huda.

Jalan macam tak cukup tanah. Tapi aku still cover cun. Kalau tak sebab ACL putus ni, dah lama aku panjat pagar. Rawr! Makan budak! Jalan lagi. Laju lagi. 9.10 pagi.

Kau sakit hati tak dewan peperiksaan tak buka lagi?

Aku mula nak bengang gak sebab buat letih aku cuak jalan laju-laju. Tapi bila fikir balik, berkat Dhuha, Allah tolong aku. Insaf.

Makan tadi.

“Kak Hud, apsal kau tak guna kad matrik masuk pagar. Kan ada scanner?’
“Ada eh?”

Beng.. ong!

Advertisements

~ oleh INFINITY di November 8, 2009.

4 Respons to “Cantiklah Sangat”

  1. k.hud..k.hud…kd mtrik ada buat hiasan mcantekkan purse..ehhehehe..

  2. Aku gantung pakai tali. Tak pernah letak dalam ops wallet.. okeh. Hihihi

  3. salam ziarah

  4. Terima Kasih 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: