Kan?

Serius dah lama tak update. Kejam aku kat blog ni. Hari ni modified gigi lagi. Entah bilalah boleh buka. Sudah tidak sabar! Oh, sekarang dah study week yang cun sebab otak aku masih kosong. Wallaweyh!

Semalam ada forum Love is Cinta. Aku ni bukan rajin sangat berforum bagai. Serius. Kebetulan Syafiq minta tolong untuk idea movie maka aku pun joinlah yang esoknya menghadiahkan aku presentation slide siap pukul 2 petang dan masa present pukul 2.30 petang. Gila cool tak? Nasib presentation relax konon cool lagi. Hihihi.

Macam biasalah kan kalau movie ada aku dan Syafiq, semua last minute. Aku tak bersalah. Aku tak boleh tolong sebab aku ada kelas and kuiz. Dan kali ni ada tambahan tukang kerja baru. Ain! And thanks tu Itah and few others for helping.

Movie siap 15 minutes sebelum tayang. Cantik lagi! Asalnya aku nak pergi dengar je. Sekali cek dekat teknikal, baru tahu tak  siap movie lagi. Aku dah lah mudah menggelabah. Apa lagi. Pucat.

Tapi syukran tak terhingga pada Itah kerana dialognya,

“Tak apa. Kalau Allah takdirkan movie tu siap and boleh tayang, Insyallah,”

Sejuk sikit hati walaupun ada bunyi bunyi kata, “Tapi kena usaha!”

Aku ni malas nak dengar forum bab-bab cinta ni. Dulu ke sekarang ke. Sama je. Anyway, sudahnya tak dengar forum tu. Sedih. Tapi Alhamdullillah juga sebab bila dengar ada part kena atas batang hidung dan syukur ada jalannya.

Terutamanya stages ketika bercinta. Pointnya;

1. Istikharah minta petunjuk.
2. Istikharah dan bagitahu
3. Istikharah dan bersedia mental fizikal
4. Istikharah dan jumpa keluarga

Dan seterusnya.

Rasanya tinggal lagi yang ke empat je. 🙂

Ayat yang paling menyentuh,

“Cinta jangan dilayan, tapi jika hadir, jangan dilawan,”

Insyallah. Permudahkanlah Ya Allah.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Oktober 27, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: