Nowhere to Run

Aku sangat bagus dalam menghabiskan buku cerita, dan sangat tidak bagus dalam menghabiskan nota kuliah. hebatkan? Hihihi.

Sebelum balik beraya, aku pinjam dua buku dekat library. First, 5 people you’ll meet in heaven and second Nowhere to Run.

Dua-dua sangat masyuk. Sangat cool. Sangat membuatkan aku terfikirlah signifikannya di mana. Inilah yang membezakan novel melayu dan inggeris. Aku tak boleh baca novel melayu kerana dua alasan, pertama, penuh dengan tulisan. Baik baca komik. Hiii. Yang kedua, sebabnya cinta semata. Bukan tak boleh cinta, boleh. Tapi janganlah dominan sangat.

Masalahnya, dalam novel melayu, lelaki sungguh mulia. Ada ke macam itu alam realitinya?

Aku bukan pandai pun bahasa orang putih ni yang gila nak baca novel negara sana. Tapi pedulilah. Kalau tak tahu perkataan dan rasa malas nak buka kamus, gasaklah perkataan tu. Yang penting main point dapat. Hihihi.

5 people you’ll meet in heaven, walaupun cerita tu tak berapalah nak logiknya, tapi serius memotivasikan. Cerita perihal lima orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam alasan kepada kematian kau atau kematian yang lima orang tu.

Kau akan terfikir betapa hidup ini hanya permainan. Hanya asbab kepada kehidupan yang lain. Atau hanya alasan kepada kematian. Unik. Menarik. Khayal.

Yang kedua, yang menjadikan raya aku atas katil menghadap buku cerita. Selain dari berFB, layan tetamu, buat replika rokok dan tengok TV.

Nowhere to Run.

Masa tahun satu dulu, ada jualan buku dekat foyer PPSP. Alang-alang kelas sepuluh minit nak start, lepak kejap. Mata tertancap pada satu buku ini. Alasan tertarik, cover dia gambar seorang budak comel bermata biru penuh sayu.

“Every night I slept with a knife under my pillow, ready to defend my little family. Finally we were in court, my five-year-old girl about to give evidence against her brutal attacker. Surely he would be convicted and then we could go back to a normal life.

How wrong I was. Here in the courtroom we were fighting for justice; very soon we’d be fighting for our lives…”

~ A gripping true story of tragedy and redemption by Judy Westwater.

Masa tu memang gila nak beli sebiji. RM40. Affrodable lagi that time. Berkira-kira datang balik lepas kelas, tapi standardlah time nak. Habislah. Itulah. Inilah.

Sabar.

Tapi serius nak tahu ending. Punyalah aku nak baca and mencari-cari, sampailah tahun tiga ni terjumpa dekat library! Yehaaaaa!

Sekarang baru terbaca sembilan chapter terawal. Itupun menganga tak sabar nak ke ending. Tapi raya-raya ni, banyak hal kat tengah-tengah.

Sembilan chapter pertama buat aku terfikir, apakah harga dan nilai seorang isteri?

“Where do you go when there’s nowhere left to hide?”

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 22, 2009.

2 Respons to “Nowhere to Run”

  1. 5 people u meet in heaven.. kena baca jugak tuesday with morrie! best sgt2

  2. Library ada tak buku tu Naim? Kena cari ni! Dah baca 5 people tu eh? Best kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: