S.Y.A.W.A.L

Syawal ada sebulan. Tapi aidilfitri satu hari sahaja okeh. Sila jangan macam nak beraya sebulan penuh. Hihihihi. Aidiladha yang empat hari tu sambut ala kadar pula. Mentang-mentanglah tak puasa sebulan. Terbalik kuang daaaaah.

Aku bercakap kena atas hidung aku juga ni.

Oh! Tak ada bezanya beraya di Kuala Lumpur atau Kelantan atau Terengganu (dalam erti kata lain kampunglah kan?). Dan perbezaan tentang kegembiraan Syawal hanyalah pada faktor usia. Raya tersangatlah meriah ketika zaman kecil. Bila sudah menginjak ke alam dewasa, raya atau tidak, perasaannya hanyalah kepada satu hari yang ada sambutan istemewa padanya.

Pun begitu. Nikmatnya raya adalah anugerah. Gembira atau tidaknya kita pada anugerah aidlfitri ini mungkin tidak sama jika mahu dibandingkan dengan perasaan mereka yang serba kekurangan. Oleh itu, syukur harus lebih. Sekurang-kurangnya raya kita, perut masih kenyang, badan masih berbaju baru. Jika tidak barupun, masih ada pakaian.

Ayah emak pernah bercerita zaman mereka susah kecil-kecil dahulu. Hari yang boleh makan daging hanyalah pada hari perkahwinan. Orang susah hanya merasa mewah makanan pada hari perayaan. Kita? Nak makan Pizza? Mc D? KFC?  Apa lagi?

Telefon aje.

Nak merungut apa lagi?

Semalam ada istimewa sikitlah beraya di sini. Ayah bawa jumpa kakak angkat dan suaminya. Suami kakak angkat dia merangkap abang angkat emak aku. Semualah berangkat. Oh. Angkat-angkat ni lah menyatukan emak ayah aku. Abang angkat emak aku jumpakan adik angkat isterinya dengan adik angkat dia. Maka berkahwinlah mereka dan lahirlah adik beradik aku. Hihihihihi.

Ada faedah berangkat-angkat ni kan. Dapat bertemu jodoh. Hihihihi. Tak mengapalah. Aku tak suka angkat-angkat ni. Pantang. 😛

Dan semalam dapat ilmu baru bila beraya dekat rumah ustaz ayah. Ustaz Ahmad Burhan. Sangat lemah lembut. Setiap tahun antara rumah wajib pergi, rumah ustaz inilah. Keluar cerita macam-maca tapi yang macam-macam itu, yang ni paling menarik.

Berkebetulan ada ceramah dari ustaz dari Indonesia yang memakai serban dekat TV,

“Ayah, panjangkan ekor serban dia,”
“La.. pakai serban ni ada tertib dia. Kalau kat asia ada adat, ada maksud dia,”
“Apanya?”
“Kalau nampak orang pakai serban tak ada ekor tu, biasanya orang tahfiz,”
“Kalau kat mesir, dia pakai kopiah merah dengan serban putih. Tu tanda dia tahfiz,”
“Oooo. Lagi?”
“Kalau pakai ekor kontot macam ayah ni, maknanya anak murid. Orang baru belajar. Mu’tadin. Kalau panjang, maksudnya dia ahli Feqah. Kalau tanya bab-bab hukum ni, Insyallah dia boleh jawab. Kalau yang jenis pakai serban biar atas bahu macam selendang tu, dia orang-orang tasawuf. Kalau tengok akhlak dia, cantik je,””
“Iye?”
“Tapi tak ramai tahu sangat dah sekarang ni. Adat. Ramai lupa. Tak tahu. Macam adat-adat yang lainlah,”

Kan? Macam pakai baju melayu. Kalau sampin (macam ni ke eja?) pakai kat luar, orang dah kahwin. Kalau biar baju melayu kat luar, bujang.

Padan aku suka tengok orang pakai baju melayu kat luar ni. Nampak comel.

Hiks!

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 21, 2009.

2 Respons to “S.Y.A.W.A.L”

  1. ske tgk gak org pkai samping kat dalam..bju mlayu kat luar..
    macho seyh..=b

  2. Ada maksud tu.. hahahahha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: