Eid Will Be Coming

Aku tak nak ucap lagi. Kita tunggu malam ni okeh? Dia kena tunggu bila betul-betul dah dekat baru ucap. Baru syiokkk. Setiap tahun zaman sekolah dulu-dulu menghantar kad raya time 15 Ramadhan. Time seronok bila berbundle-budle campak dalam post box. Dan berbubdle-bundle balasannya. Sekarang berbundle-bundle untuk lecturer ajelah. Nak mengharap singgah ke pejabat pos tu tidaklah. Memang tak sempat. Asal lalu, pejabat pos tak buka lagi, asal balik pejabat pos dah tutup. Kalau masuk klinik, memang tak nampak dunia.

Sadis sungguh.

Bila balik rumah memang jarang nak buka laptop. Guna komputer rumah. Lepas tu satu rumah hangin dengan aku. Hihihihihi. Biasalah manusia. Nak hok depan mata je. 😛

Oh. Perihal Umar.

Terima kasih pada yang memuji dan maaflah pada ada yang bertanya kenapa ending dia agak pelik. Cerita tu actually panjang sikit pada yang dipublished. Saya ngeri dengan komen-komen. Huhuhuhu. Ada unsur cinta sangat ke??! Tapi kenapa dengan cinta? Salah ke?

Walaupun aku tak bercinta lagi dan walaupun kau membenci cinta, janganlah kot kondem cinta antara manusia tu. -_-“

Pedulilah. Asal niat aku bukan begitu. 🙂 Bak kata Dr. Yusri, “Tak apa saya sedang berpuasa hari ini,”

Dr., hiii.. saya tak berniat sengaja jatuhkan folder patient tu 😛

Oh! Cuti raya ni kami sekeluarga tidak pulang ke kampung, Terengganu dan Kelanran gara-gara kakak saya di HKL sinun tak bercuti. Eh, cuti tapi seciput je. OK. Sila terima hakikat jika ada ahli keluarga anda berada dalam sektor kesihatan yang cutinya seciput sahaja. Kupik. Hihihih. Tapi dah biasa anyway. Beraya kat KL pun OK je. Boleh main masak-masak tengah jalan raya.

Takpun boleh merasa raya di Indonesia, tak pun Nepal, tak pun Bangladesh. Tak pun Myanmar. Huuu~

OK. Tunggulah ucapan raya aku. Macam biasa setiap malam raya yang bertuah akan mendapat ucapan khas dari aku. Yang bertuah tu… ehemmm.. silalah faham. Hiii 🙂

Selamat menyambut Ramadhan terakhir tahun ini. Macam confirm raya je esok.

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 19, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: