Hectic Day

Umar’s updated here.

Ini account google talk kakak aku. Kitorang berborak throuh google talk TALK. Hihihihihi. terima kasih Streamyx Zone!! Yang paling membencikan adalah bila adik aku ambil alih chat yang menaip saat aku berborak dengan kakak aku berchatting menggunakan suara. Dia memang poyo kan? Berdengki aja kerja. Hihihih.

Click on the picture to enlarge.

Well anyway, tak kisahlah. Yang aku nak cerita hari ini, kisah semalam.

Selalunya selepas kelas, aku akan tertidur sebelum berbuka dan kemudiannya bertarawikh. Kelmarin, selepas terawikh ada meeting healthex dah habis kalau tak silap sekitar 11.30 malam.

Sampai bilik uruskan kedatangan Exco Grafik MPI ke bilik, siaplah dalam pukul 12.30 am. Mulut dah menguap-nguap. Disebabkan dalam to-do-list aku ada satu benda tak siap, kemas loker sekemas-kemasnya, maka aku mengemaslah. Tengok jam 1.05 pagi. Mata dah hilang mengantuk. Tak boleh jadi ni.

Kemas beg untuk jadual esok. Konon macam teratur je hidup. Selesai dan mata masih tidak mengantuk. Esok, observe ORL/ENT dan selalunya sesi ORL ni habis 2.30 petang. Esok juga ada kelas Hearing Aids bermula 2.30 petang juga. oh mata, tidurlah.

Kerling jam 2.oo pagi tak sedar bila tertidur. Rasa tak selesa, terbangun. Tengok jam semula, 4.30 pagi? 2 jam setengah je tidur? Dan tak boleh tidur sampai sudahnya.

Bangun, buat apa yang patut di awal pagi, bersahur dan mata terkelip-kelip. Aduhai.

ORL/ENT

Macam biasa je cuma kali ini ada medical students dan Dr. Yusri. Oh! Tapi tak kisahlah, sebab ada pelajar medikal jadi aku bolehlah lega. Hihihi. Semak senarai pesakit, mak aiiii… 15 orang? Itu tak campur yang on the spot punya kes. Lembik aku kelas petang ni dengan bekalan 2 jam tidur.

Third last patient.

“This patient’s hearing seems to be better than her audiogram. I expect she can get better. Who wants to repeat the PTA? Huda?”

Aaaa?

“Huda boleh?”
“Ooo.. aaa. Boleh,”

Muka blur blur kucing. Dah pukul 1.45 petang beb. Logiklah nak blurr pun kan. But then, it’s a command, duty. Hihihi. Aku nak kata buat kerja cermat tu, tidaklah. Tapi aku ni perangai satu, nak kerja semua perfect. So aku test dekat telinga aku dulu. Kalau ditanya keyakinan aku terhadap result pesakit yang aku dapat, at least aku yakin dengan apa yang aku buat. I’ve done the biological callibration part.

Well, anyway, aku ada keburukan juga. Aku gelabah dan kalut. Perangai buruk juga, aku set each session should be done at certain time. If I fail to complete at the time as it supposed to be, I consider me myself gagal. Satu lagi, I need to complete at the very short time, doctors are waiting.

That’s bothering me. Aku tidak suka menunggu dan ditunggu. Aku tak selesa!

And. It’s killing me too. Oh! How?

Semua gelabah-gelabah itu menyebabkan assesments aku masih berjalan sempurna cuma muka yang pucat dan suara akan menjadi kucing sekucing kucingnya. Muka aku memang bukan muka menipu. Apa yang aku rasa, itulah muka akan tunjuk. Gelabah aku bermula bila ada satu part aku terlupa nak tekan mana, luckily En. Yusman was there to help me. He was trying to help me and reducing my gelabah. Anyhow, that’s me. I am trying every now and then to make it better and still no improvement. Haih.

Semakin teruk bila aku hafal semua teori dan di sebabkan gelabah ini teori aku masih dalam kepala tetapi aku perlukan konsultansi seseorang. You know when orang lain maybe maksudkan lain, dan kau faham lain tapi kau tahu itu salah sebab teori sangat tersusun cantik dalam kepala otak kau tapi sebab kau gelabah kau still melakukan perkara yang disebutkan seseorang itu yang kau tahu salah dan kau tetap ikut?????

Sangat panjang ayat. Fewh!

That’s what I felt. Bila Aisyah cakap ini “Releklah Kak Huda. Kita tahun 3. Tahun 3 tak apa buat salah. Salah adalah dimaafkan. Ni pertama kali kita masuk klinikkan,” AKu rasa aku boleh OK. Tapi, tidak!

Emosilah aku ni. Aku tak rasa bersalah sangat time ni as aku masih yakin. Bila aku bawa result masuk,

“Dr. Yusri nah. Saya tak tahu betul tak diagnosis saya tu,”
“Awak confident?”
“Yup!”
“See Prof. Din. Audiogram ni better bla.. bla.. bla..,”

Tapi bila tiba-tiba Prof. Din buat konklusi that maybe patient will benefit with hearing aids alone rather than CROS due to my result, aku rasa lain macam. Serius seratus peratus aku yakin kecuali yang satu itu. This time aku discuss semula. Tak kisahlah kalau keyakinan aku dipertikaikan, patient is the most important thing sekarang.

“Tak pe. Try discuss dengan Dr Normani regarding this,”
“I know the theories. I know how to do it. Tapi..”
“It’s OK buat silap,”
“Silap dibuat bila tak tahu. Bila tahu? This is the silliest silly mistake I’ve did! “

Down. Tapi, everything happen, happens for reasons. I learn what will happen if wrong diagnosis made. I learn what will happen if management taken with wrong diagnosis. I can imagine how patient will suffer based on wrong management given. I learn on how one wrong result will influence patient’s life. I learn that my mistakes are not my mistakes anymore. It involves many things! Many people. Many hearts. Many!

Please be careful, Huda. Don’t repeat it again. It’s OK to do mistakes. it shows the sign of learning. But please don’t repeat too much. It’s not the only you will suffer.  It’s them.

2.30 pm.
Hearing aids class.
Not in good mood.
Very tired.

Sejam aku tersengguk sengguk. Serius. Aku bukan nak bangga tapi jarang aku mengantuk dalam kelas. Kalau aku letih, aku hanya hilang tumpuan, bukan sleepy. Masa sekolah dulu, aku juara mengantuk dalam kelas. Agaknya dah dicover masa sekolah dulu, jarang aku mengantuk dalam kelas sekarang.

Semalam itu tidak berlaku. Memang kepala aku swing ke sana sini. Aku adalah budak baik yang duduk baris depat dalam kelas. Kelas aku ada 12 orang je pun. Aku rasa Dr Normani pun pelik aku tak aktif dalam kelas hari tu. Bukan takat tak aktif, suara aku tak keluar sepatah pun.

Ada sekali aku niat concentrate! Jangan mengantuk! Yes, berjaya! Kemudian pen aku jatuh dan aku tersedar. Cis! AKu concentrate dalam mimpi rupanya! Aku boleh hilang mengantuk kalau dapat proper lelap. 5 minit pun jadilah. Jadi dalam hati aku, tolonglah Dr. Normani. Rest for at least five minutes. Lama juga aku berdoa dan akhirnya,

“OK. We’ll take a break fr 10 minutes,”

10? Selalu lima je. Apakah kerana muka aku sangat buruk disebabkan mengantuk?

Habis je ayat bertuah tu, aku dah tak peduli. Elok aku letak kepala atas meja, aku dah ke alam lain. Cantik tak perangai bila kelas bermula semula, aku menonong pergi tandas?

Alhamdulillah. Selepas tidur dan mandi basuh muka, konsentrasi bertambah. Maaflah Dr. Saya sangat letih mentally and physically yesterday. Sangat-sangat. Tapi saya tak faham kenapa apa yang Dr. ajar macam masuk dalam mimpi saya. Saya tak tahu juga kenapa saya boleh jawab soalan bila ditanya. Apa daaa.

Huda’s back in the class! Poyo!

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 15, 2009.

4 Respons to “Hectic Day”

  1. bagus nye huda..agak kuat mental.. i myself have to be strong juga start this time onwrds.. tp still x ley layan nafsu tido n malas lg.. hurm!!! hudda nanti ajar audiogram ek.. time posting orl tu x smpt blaja…

  2. Tak adalah kuat pun Naim. Tapi things had happen, what else can we do? Sedih tu sedihlah, tapi sampai bila? 🙂

    Boleh je. Korang ajelah yang bizi memanjang. Hihihih. Tak sempat belajar gi mana eh? Ponteng ke. huahuahua

  3. weh, kakak aku tak penah chat dgn aku weh.
    sms ada la.

    tapi aku selalu marah dia, sebab dia selalu tulis singkatan2 yg aku tak paham.

    pastu aku je kena kol dia. haha. merungut.

    ya, aku teruk.

  4. Mujurlah kakak aku tak singkat-singkat sangat. hihihihi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: