Terbocor Rahsia

Tag dari En. Jull. 🙂

Hari ini hari Isnin. Hari ini ada klinik ORL dan kelas Hearing Aids. Pasti aku ketiduran petang karang. Terima kasih MPP untuk majlis berbuka. Aku tak perlu menapak ke bazarlah begitu. Hihihih.

Share
Today at 5:56 am
Jawablah soalan dibawah sesuka hati anda.
Dah jawab, tag lagi orang yea.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Makan sahur. Eh, silap. Minum sahur.

2. 2 jam yang lalu?
Terbongkang tidur di atas katillah.

3. Minggu lepas?
Berbuka puasa bersama Prof. Din. Yeay!

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?
a. Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.
b. Insan bernama kekasih. (Jiwang tahap puaka).
c. Konayuki dan seangkatan. (One litre of tears).

5. 3 binatang yang anda tak suka?
a. Kucing Blok B. (Mereka suka kejar aku dan konon gigit. Asal gerak je kejar. -_-“)
b. Ulats
c. Sebenarnya hampir semualah. Bukan tak suka, takut. Aku bukan Fauna smart okeh.

6. 5 fakta tentang anda?
a. Saya comel.
b. Saya comel lagi.
c. Saya masih comel.
d. Saya tetap comel.
e. Saya akan sentiasa comel.

Hambik nak. Puas hati?

7. Tahun depan mungkin anda?
Akan selalu buat muka kerana Tesis dan Klinik dan Pesakit. Huahua.

8. Saya tak reti sgt…
Saya tak reti menulis dengan perkataan singkat. Saya sakit hati kalau mesej orang terlalu singkat sampai saya tak faham. Sila jangan pelik kalau saya buat dek tak balas mesej anda. Ada maknanya tu.

Banyak tak reti. Tapi kalau nak juga, saya tak reti tak buat orang sakit hati. O_o

9. Saya pandai…
Buat orang sakit hati. Banyak dosa saya nih.

10. Kawan saya…
Saya sayang sangat. Yang baru jadi kawan, pun saya sayang. Yang sombong tak kawan saya pun, saya sayang juga. (Ada makna nih. Hakhaks)

11. Saya ada…
Apa yang saya ada. Saya juga ada kasih sayang yang tersembunyi.

12. Saya seorang yang sangat ganas…
Ya betul! Tepat sekali. Apa sahaja barang, pasti akan melalui transisi punah dahulu.

13. Adik saya…
Poyo. Siapa suruh dia lagi tinggi dan kurus dari saya kan.

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 3)…
a. Tengok Harry Potter
b. Menonton Shin Chan si buri-buri.
c. Menghasilkan lukisan yang hodoh.
d. Menulis blog.
e. Mengarang.
f. Duduk dekat meja and doodle eveything.

Cikgu kata bila exam jawapan extra adalah lebih afdhal. Jadi saya bagi lebih dari tiga. Walhal saya nak bagi lebih lagi sebenarnya.

15. Bilakah pertama kali bercinta?
Masa lahir. Dengan ibubapa. Allah. RasulNya. Adik beradik. Saudara mara. Semuanyalah.

Tapi kalau tanya cinta yang itu, tidak pernah. Minat orang tak kirakan? 😛

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda?
Bila saya kata saya tak study untuk exam. Apa muka saya nerdy sangat ke mengadap buku 24 jam?  Haih! tengok result-lah beb. Bukan gempak okeh.

17. Saya rindu…
Sayu… hati ini makin sayu.
Rindu.. terkenangkan desa permai.
Wajah ayah bonda, bermain di mata.
Mengajak ku pulang ke desa.
Dihari yang bahagia.
Hari raya.
~Siti

Lagu ni tipu. Rumah aku bukan desa permai, tapi saya rindu juga. Hoho.

18. Saya tak sabar…
Dapatkan ini.
Prof. Dr Huda Mustaffar. (Yo yo o je).

19. 5 laman yang anda selalu layari?
a. Rakan Masjid. (Macam baik je aku ni. Split personaliti).
b. FaceBook
c. Of course lah blog aku kan.
d. Blog kawan-kawan.
e. Newsweb. Newspaper dah pupus. hahaha.

20. Anda mahu tag?
Nana?
Wink wink.

p/s: Aku guna saya? Ajaib.

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 14, 2009.

4 Respons to “Terbocor Rahsia”

  1. ada makna nih. keh3

  2. insya allah, aku buat bila free

  3. Jull: makna apakah?
    Nana: buat ye. hahhaha

  4. […] Pecah rahsia. (walaupun ini bukanlah rahsia sangat) Terus ke Komen Huda yang comel tu, tag […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: