Musykil

Jumaat lalu ke Kota Bharu yang sudah tersangat maju. Oh, aku mula rasa kenangan-kenangan lama aku di Kota Bharu mula lenyap dek perubahan mendadak. Semua nampak pelik.

Aku, Ika dan Aimi ke bazaar demi baju raya! Yeah! Hijau lagi! Mak kata, semua pun hijau ke?

Relax-lah mother!

Kemudian singgah ke satu kedai untuk skaf kain sembahyang.

“Ni berapa makcik?”
“3, lima ringgit,”
“Kalau satu?”
“Beli 3 lah. Boleh bagi mak satu, simpan untuk tetamu satu, pakai sendiri satu. Beli tigalah,”
“Tak apa. Saya nak satu je. Membazir beli banyak-banyak kalau tak guna,”
“Beli 3 lah. Boleh pakai ramai. Bla.. bla.. bla.. bla..”

-_-”

“Tak apa, satu juga,”

Tuan kedai buat muka. Adeh. Hulur lima ringgit.

“Tak ada duit kecil?”
“Tak ada, yang itu paling kecil,”

*ngepek*

“Suruh beli tiga tak nak,”

Sambil hulur skaf yang nak dimasukkan ke dalam plastik.

“Eh, tak apalah. Saya bawa beg. Tak payah plastik,”
“Mana boleh. Ambillah plastik ni,”
“Tak apa,”
“Mana boleh. Ni plastik ni boleh letak barang lain kalau beli tak payah susah bla.. bla.. bla..”

*ngepek* lagi. Argh!!!!!! Dalam hati, orang nak cut cost dia. Dalam hati lagi, USM band palstik!! Dalam hati ajelah. Mujur makcik.

Sambung jalan-jalan. Hati dah bengkek tapi relax. Sambil jalan dan ketawa bersama Ika, lalu depan seorang lelaki pandang aku macam nak makan. Tiba-tiba dia ketawa kuat sedikit berdekah-dekah yang sinis.

“Gigi pun nak pakai besi. Entah apa-apa,”

Erk! Panas panas! Teruskan berjalan. Kemudian dua lelaki lain memandang sama.

“Tu.. tu.. yang itulah. Gigi besi,”

Memang rasa nak bagi penampar je!

p/s: Mom really diagnosed with 7 cm fibroid in her womb (fibroid dalam rahimkan?). Please pray for her health. Please..

Advertisements

~ oleh INFINITY di September 9, 2009.

6 Respons to “Musykil”

  1. dorg xtau medical purpose gune braces tu huda. tunggu la nanti dorg gne gigi batu dulu sebelum kita yang gigi sehat walafiat nanti. hehe
    sy x blaja medic p pernah membaca, submucous fibroid ke namenye.

  2. Hihiih. Kawan pun cakap, tak apa nanti gigi cantik. Macam kucing je. hahahahhahaa.

    Entahlah apa namanya. Saya tak membaca pun. huhuh

  3. hemm…
    pelik ke pakai braces?aduhaiii…
    neway…
    slm ramadhan yee.. 🙂

  4. Entahnya. Macamlah pakai besi waja dekat gigi. SAadis betul. Well, salam satu pertiga terakhir ramdahan yang istimewa lurunna!

  5. diaorg yg ketawe2 xpernah tngok gigi besi.sobar je la

  6. Tak kisah pun dah. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: