Bias

Pertama kali menyambut Ramadhan di tempat orang. Pertama kali untuk hari yang pertama. Terima kasih pada Selanjar Research Methodology Ahad ini yang aku tak pernah faham apa benda aku belajar. Pssst.. lepas tu konon-konon nak ambil master. Nampaknya, aku ambil master clinical sahajalah. Amiin.

Aku rasa wabak selesema regardless H1N1 atau selsema biasa lagi teruk dekat KL/Selangorlah. Cuaca tak menentu. Baru temankan mak pergi klinik, sudahnya aku yang sakit. Dan dapat bebelan percuma sebab tak bawa inhaler. Well, inhaler is nyawa. Haih. Sampai bila?

Dan disebabkan aku sangat kepala batu untuk pergi klinik, pagi tadi, 6 pagi aku dah menapak ke sini. Bawah ini. Tapi, kenapakah banyak nyamuk?? Tak boleh tidur. T_T

Perasan satu benda tak?

Hijau! Hahahaha. Bawah ini akan penuh dengan gambar. Aku dah lama perasan aku bias dengan warna, tapi hari ini aku lebih perasan bila aku tengok case pensil dan isinya.

See the green. -_-“




Softboard yang aku buat untuk tampal nota. Nampak sangat aku tak study apa lagikan. Kosong elok je board tu. -_-“

Baru sedar, aku ni membosankan? Kalau dah satu aku suka, satu itu ajalah. Orang kata setia, tapi aku kata dan aku rasa bukan setia, tapi.. aku pun tak tahu perkataan apa nak letak. Huuhuhu. Bilalah nak reti minat warna lain. 😦

FarmVille

Kepada peminat-peminat farmville termasuk akulah kan, hihihi. Contohilah bapa aku. Farm dia kecil je. Standardlah duduk umah orang kedekut tanah. Farm pun tak boleh luaskan. Ikutilah ayah aku punya farm. Kecil je. Tapi aku dah makan buah beri sebenar, kacang sebenar, limau sebenar, ulam raja sebenar, bendi sebenar, tomato cili sebenar, dan yang benar-benar yang lain. Ikan puyu keli talapia ada juga, tapi tak lalulah. Bela dan makan. Haih. Tak ngam.





Inilah Farmville bapa aku petang-petang. Kat depan ada lagi sikit. Dulu masa semangat buat kolam, jadilah kolam kat atas tu. Sebab aku nak pondok, ayah buat pondok betul belakang rumah. Best wooo! Sekarang sibuk buat kapal hiasan dalam kolam. Lepas ni entah apa. Ayah aku ada-ada je idea dia. Kreatif macam aku. Hii. Ini perasan.

Exactly depan rumah, adalah masjid. Lagi jauh dari Murni ke masjid Murni. Rumah aku dua langkah dah sampai masjid. Speaker masjid pun mengadap rumah. Khutbah Jumaat boleh dengan masa landing atas katil. Tapi, aku nak jejak sebulan sekali pun payah. Hihihi. Apa punya manusia daa.

Ramadhan

“Kak Huda jadi imam tarawikh malam ni eh,”
“Erk! Jangan nak mengarut,”
“Saya dengar Kak Huda mengaji setiap maghrib best. Jadilah imam malam ni,”
“Jangan nak mengarut,”
“Ala, ni minggu balik. Masjid tak ramai orang,”

Sudahnya aku jadi imam tarawikh buat pertama kali di atas masjid ketika tingkatan 5. Sila ingat sekolah aku semua perempuan dan sila ingat perangai aku yang macam hantu. Dah tentu-tentu tak layak.

Well then, my roomates that time tak memandang aku atas buruknya perangai. Tapi memandang kerana aku adalah aku. Raihan, the Hafizah (person who memorize Quran)  (miss ya! Wish you’ll read this) the one who forced me to be the imamah. Setelah berjanji dia akan duduk sebelah aku sepanjang tarawikh, aku angguk juga.

Thanks to her. At least ada pengalaman jadi imam. At least aku boleh imamkan orang masa dekat PASUM, kat sini? err… sangat jarang bahkan hampir tiadalahkan. Hii. And at least, adik aku ada kakak yang boleh imamkan dia. Kononnyalah.

Why do I write this? Though frankly speaking I almost never miss my school time, I can’t deny there still have nice memories to be remembered. And when it comes to Ramadhan, one thing will appear suddenly.

Selalunya imam lelaki untuk sekolah berjemput. Kalau tak, wardenlah naik.  Pernah sekali, pelajar tahfiz menjadi imam. Aku selalu duduk saf paling belakang jadi tak tahulah siapa. Pertama kali dia angkat takbir dan alunkan fatihah, hati berderau. Dan bila dia mengalunkan surah seterusnya, hati jadi sayu, Bacaan yang merdu dan sungguh sempurna itu hadiah untuk kekhusyukan.

Lama dah tak rasa hati bersih macam itu.

Kalau aku jadi imam, aku mahu jadi imam macam dia. Dan kalau aku jadi makmum, aku mahu berimamkan dengan imam macam dia. Tapi, aku tak tahulah siapa dia. Lain kali duduk saf belakanglah ye. Yang pasti budak tu budak kecil masa aku tingkatan 5, dia form 1 kot. Sejuk perut mak dia mengandung. Huu.

Kalau ikutkan dah 22 kali Ramadhan aku sambut. Dulu pergi tarawikh sebab enjoy je. Ayah suruh pergi, pergilah. Tolak zaman sebelum baligh, 8 tahun. Hati yang betul-betul kenal Ramadhan, tingkatan 3, 16 tahun. Kalau nak kira, ini Ramadhan ke enam. Ramdhan sebelum ke enam, layak di consider Ramadhan sia-sia.

Dan tadi, alunan imam menggetarkan semula hati Ramadhan yang lama mati. Mohon tahun ini, Ramdhan yang bertambah ertinya. Mohon Ramadhan kali ini, terasa manisnya seperti Ramadhan zaman sekolah. Moga Ramadhan kali ini, ikhlas hati pada amalan.

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum ya Ramadhan….!

p/s: terbatuk-batuk agaknya Ramadhan masa aku tulis entry ni 🙂

Advertisements

~ oleh INFINITY di Ogos 22, 2009.

2 Respons to “Bias”

  1. bilik kaler ijau, woo~~

    i like~

  2. So, sila melawat aku. hahahhaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: