When Girls Depressed

Semak beberapa kes, mata tertancap dua emel baru disamping emel-emel yang lain dan spammers.

Dua emel dari dua kaum serupa berbeza personaliti. Pagi ini baru terfikir mahu olah semula, dari perspektif dan fikiran saya sebagai lelaki. Mungkin saya tidak mewakili semua, tapi saya yakin sebahagian pasti sama reaksinya dengan saya.

Kita bahagikan begini. Seorang yang anda kenal, the real diarisenja. Hot-headed, tak reti kalah, apa sahaja perkara perlu ada hitam putih dan fakta, unpredictable, tough, terlalu berfikir ke depan tentang pro and cons sehingga dia mahu apa yang dia kata. Cerewet. Kompleks.

Seorang lagi, my other half. Seorang yang mungkin lemah lembut sejajar dengan pangajiannya di Akademi Pengajian Islam UM. Tampak ayu pada wajah dan perbuatan (kalau tidak, takkan saya jatuh hati :)). Keibuan dan kurang membantah. Rapi dalam langkah, lembut pada pakaiannya.

Pun begitu, akan ada perkara yang perlu untuk menstabilkan keadaan. diarisenja yang pemarah tapi mudah juga sejuknya. Dia perlukan kebenaran, dan dia menerima kesukaran. Dia tak dapat diramal, tapi dia memberitahu tindak tanduknya. Dia terlalu maju kedepan, dia hanya takutkan penyesalan. Dia kasar, tapi perasaannya mudah berubah pada bayi, kesusahan dan kesengsaraan, dia hidden soft-hearted. Dia kompleks tapi dia tidak menyusahkan.

Yang seorang lemah lembut tapi kadang-kadang katanya bisa menghiris meski sempurna pada nada. Tampak keibuan belum tentu penyayang. Kurang membantah, tapi penuh cerita dibelakang. Kurang membantah, maka kurang jualah peluang untuk memilih sesuatu yang lain. Rapi pada langkah, tetapi masa jarang mengizinkan. Lembut pada pakaiannya, terkadang menyukarkan keadaan.

Saya tidak mahu berat sebelah. Tetapi saya atau dia, semuanya tidak sempurna.

Keadaan yang sama sekarang, keduanya depressi. Keduanya tulis sama banyak berbeza pada ayat dan tahap. Ayat yang seorang meruntun, yang seorang lagi penuh dengan cerita. Seorang bercerita dan bertanyakan penyelesaian, seorang hanya mahukan perhatian didengari. Seorang yang mahu dinilai tindakannya, seorang mahu diketahui perasaannya.

Bila kaum Hawa depresi.

Pada saya yang Adam ini, kadang-kadang perkara yang saya tidak sensitif, mereka sangat teliti tentangnya. Tentang perasaan dan kadang-kadang perkara remeh temeh. Jika bercerita sesuatu, saya (saya tidak tahu hendak guna kata ganti nama apa di sini) seboleh-boleh mahu membantu. Tapi selalunya bila di bantu satu, persoalan lain yang timbul. Ikutkan perasaan, kadang-kadang bosan. Namun memikirkan hormon berbeza, menerima satu dan antaranya lebih perlu dititikberatkan.

Bila kaum Hawa depresi.

Tidak kira menulis atau berbual. Intonasi mereka seorah dimainkan volume kuat dan perlahan secara berterusan dan tanpa silap. Kaum Hawa bijak dalam mengekspresikan wajah dan secara jelas mereka tidak boleh menipu. Pada perkataan mungkin ya, tapi wajah jelas bercerita yang sebenar. Mudah tersentuh, mudah menangis dan mudah menerima. Berbeza rasanya dengan saya. Saya atau mungkin kami, lebih suka bersendiri dahulu. Bercerita apa yang perlu-perlu dan mencari penyelesaian dengan cepat sebelum keadaan bertukar sukar.

Bila kaum Hawa depresi.

Dengan mudah mood berubah. Dengan mudah mereka boleh menjadi senyap sepanjang hari. Dengan mudah mereka jadi tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Dengan mudah mereka membenci. Dengan mudah mereka menjadi tidak relevan. Dengan mudah mereka mahu melontarkan semuanya yang di dalam hati. Mereka sangat mudah menjadi sesuatu yang luar jangka sebagai mana mudahnya mereka berubah kepada keadaan asal. Kami? Kami rasanya lebih rasional tapi awas, bila negatif sudah menguasai. Hendak terbang semula ke awalnya sangat mengambil masa.

Bila kaum Hawa depresi.

Kadang-kadang mereka nampak comel kerana boleh menuturkan berpuluh patah perkataan dalam satu  minit. Menakjubkan!

Bila kaum Hawa depresi.

Keadaannya sangat sukar kerana mereka selalu berdiam diri dan simpan sendiri. Selalunya perihal pelajaran, rupa paras, kejayaan dan paling menyukarkan untuk di tolong, dalam persahabatan. Kaum Hawa pada saya, lebih rela disakiti dari menyakiti. Lebih tahan memendam hati, dari membuatkan yang seorang lagi memahami. Lebih bersabar. Lebih tabah. Lebih kental. Islam juga mengiyakan hati ibu bagaimana. Kaum Hawa dan keibuan adalah sinonim.

Bila kaum Hawa depresi.

Mereka hanya mahu disayangi dan didengari.

Bila kaum Hawa depresi…

Keduanya sedang depresi sekarang. diarisenja mungkin senang hendak ditolong kadang kala payah juga. Dia lebih terbuka, lebih meminta penyelesaian, lebih memahami begini dan begitu, lebih mudah ceria. Dia jarang hendak bercerita begini. Jika itu berlaku. Maknanya dia dalam keadaan yang sungguh sukar. Kami membesar sekali, saya tahu dia bagaimana.

Yang seorang lagi, biasalah. Wanita. Mahu diambil berat. Personaliti berbeza pastinya cara fikirnya juga berbeza namun tetap istimewa.

p/s: lagi satu saya tak faham. Perempuan kalau minat orang memang cerita belakang-belakang je ke? DS (diarisenja) macam tu bercerita sambil gelak-gelak perasan.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Ogos 12, 2009.

2 Respons to “When Girls Depressed”

  1. Oit, perlu ke kau buat spekulasi kat sini? Gedik.
    Well, thanks anyway, Ris.

  2. Huda: Sorry bos 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: