Kenapa Saya Mahu Berhenti

Haih. Ini untuk jawapan kenapa dan mengapa dan awat.

Saya tak berkecil hati atau marah atau benci atau apa sahaja perasaan negatif. Semua manusia ada hak untuk merasai apa-apa perasaan yang dia mahu. Bezanya, baik atau buruk. Saya tak berkecil hati jika ada mengkhianati saya, itu hanya sifat manusia.

Saya cuma sedih. Tapi itu langsung tiada kena mengena mengapa saya mahu berhenti menulis.

Saya berjalan sepanjang jalan pulang. Saya melihat langit. Saya melihat padang. Saya melihat kucing. Saya melihat begitulah putaran alam. Begitulah apa adanya.

Saya berhenti kerana saya rasa saya telah terlalu banyak mengeluh dengan menulis.
Saya berhenti kerana saya hanya rasa saya reti mengadu sahaja.
Saya berhenti kerana saya rasa saya ingin senyum dan terus tersenyum.
Saya berhenti kerana saya mahu berhenti.
Saya berhenti di dalam perasaan aman dan saya suka.
Saya berhenti kerana tiada alasan.

Saya hanya fikir, dari saya menulis diari maya, lebih baik saya menulis novel.
Saya berfikir, dengan saya menulis, saya tiada rahsia.
Saya rasa begitulah.

Saya berhenti bukan sebab sesiapa apatah lagi kecil hati sebagaimana beberapa orang menasihati saya melalui mesej. Saya berhenti kerana saya tahu saya hanya mahu.

Saya berhenti juga mungkin kerana imaginary friend saya bertanya ini, jika saya bercerita segalanya di sini, apa lagi rahsia saya yang tinggal. Mungkin ada, mungkin tidak. Dia berkata lagi, apa cerita yang tinggal yang saya akan ceritakan pada seseorang yang istimewa kelak.

Saya beralasan orang yang istimewa itu pastinya bukan dari kalangan pembaca saya. Sebab pembaca saya pastinya tidak menyukai saya. Tiada apa yang istimewa. Tiada apa yang baik. Jika tidak dari kecil hingga besar, saya tak akan seek for attention. Saya tak akan jadi neglected childran. Saya tidak akan fight untuk dipedulikan. Saya loser. Saya lonely.

Saya yang tidak pernah disukai oleh sesiapa yang mengenali saya.

Saya berfikir semula sekarang. Ya, saya mahu berhenti. Bukan sebab sesiapa, sebab saya saja-saja buang tebiat.

Saya penat?

p/s: jangan percaya jika saya berkata saya mahu berhenti, saya mudah berubah.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 27, 2009.

6 Respons to “Kenapa Saya Mahu Berhenti”

  1. very difficult for blog addicts to stop blogging..=)

    i’m unpredicted. =)

  2. “Saya yang tidak pernah disukai oleh sesiapa yang mengenali saya.”

    woi, jgn la cakap mcm tu

    isk..isk.. hehhehe

  3. uhuk3..sedih tul entry nih..
    tapi nak terglak baca yang last ayat tu..
    ngeeeee..

    haip!! mane ade ntry ain tak kasik!!
    amboi!!!

    tak kasik?

  4. Terbaru……Pernyataan Nordin M. Top bahwa dia bertanggung jawab Bom JW Marriot dan Rizt calrton Jakarta, Indonesia
    http://sudutp4nd4ng.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: