Hebat Tak?

Keluar makan tadi. Kalau hari Jumaat, memanglah lebih baik puasa. Sejak-sejak duduk blok B, tak pernah lagi aku jejak cafe Nurani. Aduai. Rela berlapar dari berjalan keluar.

Makan macam oraag bertahun tak jumpa makanan. Perjalanan pulang,

“Selalu kalau orang perempuan sakit, ramai orang lelaki nak tolong,”
“Tak ada maknanya. Saya bukan tak boleh jalan,”

Dalam hati,
“Alaa, orang lelaki tolong nak tunjuk gentleman je. Lagi semangat nak tolong orang cantik,”

“Dok eh, sakit sikit je, semua nak tolong. Tak payah, susah-susah jalan gini,”
“Tak pe. Saya ada kudrat lagi,”

Dalam hati,
“Pakcik cakap jelah saya hodoh, tak ada orang nak hantar,”

Muahahhaha. Gila jahat hati!

Aku ada satu perangai dari banyak perangai hodoh.
Kalau aku nak, aku nak juga. Apa nak jadi, jadilah. Aku akan usaha sampai dapat. Kalau tak dapat, aku moody lepas tu pandai-pandailah aku pujuk diri.

Aku addicted hijau. Jangan terkejut kalau datang bilik aku, macam masuk dalam taman. Hahahha. Kemas-kemas meja, baru sedar blok B tak sediakan rak buku, saat-saat tu juga aku nak terbang Tesco pergi beli.

Dan tadi bawa balik sebiji. Teruja sangat terus buka dan pasang. Oh, tak ada pemutar skru! Tidak!!

Kan aku dah kata, kalau aku nak, aku nak juga.

Jadi, aku pasang rak buku dengan sudu. Melecet tangan, lama pula tu nak siap.
Hebat tak?

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 18, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: