My Backbone Hurts!

Oh!

“Huda, kaki kenapa? Terseliuh?”
Sengih-sengih.
“Tak adalah, kena tebuk je,”

Ini dengan Prof. Zalina.

“Pak cik, saya duduk blok B,”
“OK,”

Bas USM meluncur laju, perlahan-lahan masuk ke lorong blok B.

“Laa. Kenapa pakcik masuk. Susah nak undur. Karang habis terseret kereta orang,”
“Kesian kat awaklah nak berjalan masuk,”
“Alaa, depan tu je. Bukan jauh. Kaki ni, tebuk aje pun,”

Ini dengan pakcik  bas yang hantar aku sampai depan pintu gerbang blok B. Oh. Terharu!

“Kota Bharu,”
“Rm 1.60. Jalan perlahan-lahan,”

Erk!

Ini dengan pakcik bas nak pergi Kota Bharu tadi.

Teruk sangat ke rupa aku berjalan. T_T
Dan aku sedar. Rakyat Malaysia prihatin. Dan masyarakat USM penyayang. Aku sayang!

Tadi sesi klinikal bermula dan tiada seorang patient pun yang datang hari ini. Maka, tadi jua sesi klinikal berubah menjadi sesi diskusi. Bunyi macam relek je. Tapi, oh! Ilmu di dada masih belum mencukupi dan membuat kan aku ternganga-nga menjawab sambil tersengih dalam bau kerang yang paling busuk sekali.

Aduhai.

Macam mana mahu menjadi audiologis berjaya ni?

Aku tipu. Ayat-ayat di atas seperti aku sedang bersuka ria. Hakikatnya, aku tak tahu kenapa lately aku mendapat sindrom mood mudah berubah.

Aku rasa aku dah menjadi the lonely loner. Aku rasa something wrong somewhere. Aku tak tahu apa. Yang aku tahu mainan syaitanlah kan. Exactly.

Aku sedih bila aku jalan macam ni dan orang kasihankan aku. Aku sedih bila next week aku ada appoinment ORL dan majoriti pelajar medik aku kenal. Aku sedih bila aku rasa orang pandang aku macam orang sakit. Aku sedih bila aku rasa imbalance aku getting worst. Aku sedih bila aku tak dapat buat semua benda seperti selalu.  Aku sedih bila aku terpaksa jalan lambat dan menyusahkan orang. Aku sedih kerana aku terpaksa menyusahkan kawan-kawan. But then, people said, that’s why we’ve friends.

Sebenarnya aku tahu dan aku tahu alasannya. Aku sedih sebab aku sedih. That’s all. That’s it!

Jadi petang tadi. Habis klinik. Dengan berkad matrik. Aku naik bas ke Kota Bharu yang melalui jalan paling jauh bertemankan mp3 nada separuh maksimum.

Lagu Siti Nurhaliza.

Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti.

Iya. Aku takut. Imbalance aku makin teruk dan aku tidak mahu bercerita perihal itu lagi dengan Dr. Zu. Dr. Rosdan dan Prof Din.

I have friends. And I’m happy.

I guess.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 15, 2009.

2 Respons to “My Backbone Hurts!”

  1. (Don’t be SAD) Chapter 41 (Bahagian 2): JANGAN BERSEDIH, SETIAP SESUATU TLH ADA QADHA DAN QADARNYA- Dalam sebuah hadith disebutkan: “Sungguh menakjubkan urusan ogr mukmin! Semua urusannya mengandungi kebajikan baginya dan hal ini tidak berlaku bagi seorang pun , kecuali org mukmin.Jika mendapat kegembiraan, ia bersyukur, maka ini baik baginya; dan jika ditimpa musibah, ia bersabar, maka ini pun baik baginya.” Dalam sebuah hadith yg lain juga disebutkan: “Ketahuilah bahawa smua nikmat atau musibah yg tlh ditetapkan Allah bakal mengenamu,pasti tidak akan meleset darimu; dan semua nikmat atau musibah yg tlh ditetapkan Allah bakal meleset darimu,pasti tdk akan mengenaimu”.

    Oh. Terima kasih T_T

  2. khud..sila jaga diri anda..risaukan kamu..
    jgn sedih2..tak comey..
    itulah kawan..buka je tempat untuk suke2..tapi untuk share semuanya..
    alaaaa…aku ada kamu..kamu ada aku..
    ngeh3

    hohoho. iyep!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: