Bila Segan Bertindak

Dapat mesej kata blog Rakan Masjid ada problem. Dan sebab aku tak siap mengemas lagi, aku abaikan dulu mesej itu. Actually, sekarang pun tak siap lagi.

Tapi disebabkan pinggang aku rasa macam nak patah dan a bit bengang sebab diari aku hilang dan juga few other things. Terima kasih stor. Sekurang-kurangnya tak hilang semua. Tapi hilang diari tu quite membengangkanlah juga. Oh! Bencilah.

Jadi aku online sekejap yang dah tak jadi sekejap sekarang.

Terfikir menjenguk ke Rakan Masjid. Masyallah, apa sudah jadi. Kalau blogspot, itulah yang leceh. Salah kod sikit, mulalah meraban jadinya page itu. Tak kisahlah, buatan manusia. Asalnya aku nak tengok mana yang patut, sudahnya tak ada idea nak berfikir.

Paling ternganga, tengok senarai Pena Muslim, ada Huda di situ. Mulanya aku andaikan Huda lain. Lagipun nama Huda ni kan dah macam nama standard manusia jadi aku tidaklah ralat sangat. Aku klik.

Erk!

Blog aku. Terkelip-kelip. Macam tak boleh jadi ni. Mujur ada Azahiri. Hoho, terima kasih kawan. Aku minta kebenaran dan mujur juga pengerusinya izinkan. Jadi aku deletekan link aku.

Bila segan berbicara. Aku tak adalah islamik pun apatah lagi penulisan aku. Ada orang kata apa ada pada nama. Tapi aku kata, namalah merubah manusia. Bayangkan kalau yang bercakap tu peminta sedekah bercerita kisah kaya, mahu dengar?

Tapi kalau seorang bergelar Dato’itu yang berkata, mahu pula. Pengaruh nama. Ralat yang normal. Manusia.

Aku sangat kisah tentang nama. Jadi atas dasar segan dan tak layak di situ, mohon maaf ya barisan tertinggi. Tak ada benda dalam diri aku untuk dibanggakan dan masuk dalam kelompok itu.

Aku jadi segan.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Julai 5, 2009.

3 Respons to “Bila Segan Bertindak”

  1. hak3……….

    cesss..

  2. HAHAHAHA
    penyegan??

    aah. knapa? hahaha

  3. wahaha..gelak guling2

    erk! mengapakah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: