Mimpi

Sejak-sejak aku terhincut-hincut, semua mimpi-mimpi aku berkisarkan naik turun tangga sambil berlari-lari. 
Ngeri.

Lagi ngeri.
1. Muscle sudah athropy.
2. Setiap malam sudah ngilu-ngilu semula. Aku rasa nak jumpa manusia yang ada dalam OT tempoh hari nak bagitahu still ngilu. Sebab dia janji aku takkan rasa ngilu dah. Hehehhee.
3. Kena pakai knee support. Oh!
4. ACL reconstruction. Janganlah sampai kena tangguh sem nanti.

Petang tadi kawan-kawan mak aku datang melawat-lawat. Tiba-tiba,

“Acik Kamal, Acik Kamal,”
“Solehin, kenapa?
“Acik Kamal, ikan keli Acik Kamal,”

Solehin anak jiran aku a.k.a anak kawan ayah aku. Duduk kat hujun barisan rumah. 6 tahun kot. Tembam dan comel dan sangat cute. Dulu tak nak ngan orang, sekarang pun, tapi aku kan pakar budak. Hik. Acik Kamal tu ayah aku.

Acik Kamal = Pak Cik Kamal.

Bapa aku macam aku. Nama formal Mustaffar. Nama tak formal, Kamal.
Aku nama formal Huda Mustaffar, walaupun kadang-kadang orang masukkan Syahidatul. Oh aku tak suka. Tak tahu kenapa. Nama tak formal sah-sahlah Huda.

“Mehlah masuk,”
“Tak nak. Acik Kamal mana?”
“Acik Kamal nak tukar baju kejap. Baru balik keja. Mehlah masuk,”
“Kenapa?”
“Ikan keli tu dah makan makanan Acik Kamal kasi. Mehlah tengok,”

Ayah aku berjalan ke masjid dengan Solehin. Masjid betul-betul depan rumah aku. Orang sembahyang Jumaat, aku ikut sama dengar khutbah. Sangat jelas. Tak jelas lagi ke kalau buka pintu terus masjid? Hihihi.

Kisahnya.

Ayah Solehin letak ikan keli dalam perigi kat masjid tu. Dulu masa kemarau, El Nino, orang-orang masjid sama-sama gali. So, sekarang hiasan ajalah. Ayah aku letak makanan ikan bagi ikan keli tu makan. Dia ada sama. Tapi ikan keli tu kenyang lagi kot jadi tak timbullah.

Agaknya dia duduk situ sampai ikan keli naik makan, itu yang berlari excited ke rumah aku panggil ayah aku nak bagi tahu ikan keli tu dah timbul and makan.

Kanak-kanak sangat naif dan comelkan!

Innocent!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 19, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: