Surat Pengesahan

Sepanjang malam semalam aku cuba dapatkan emel doktor ortopedik yang rawat aku. Penat aku google sana sini demi surat pengesahan desa tingkat bawah, berjumpa juga. hehehe. Standardlah Dr. busy kan. Emel tak ber’reply’. Tak lalu aku nak naik turun desa dengan kaki macam gini.

Alternatifnya, terpaksalah aku tebal muka minta tolong dengan Dr. Syah sekali lagi. Aku hantar mesej andai dia free, aku mahu minta tolong.

Sehari. Tiada respon. Aku membuat perkiraan memang tak ada harapanlah.

Tadi. Satu panggilan tak berjawab tadi memecahkan kebuntuan. Dr. Syah? Erk! Cepat aku dail semula.

“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam. Ni Huda mana?”
“Hahahhaa. Saya dah agak dah Dr. Syah lupa. Huda patient kena postpone,”
“Oh! Aku ingat! Syahidatul Huda kan?”
“Mujur ingat,”
“Aku pelik juga. Huda mana. Kat sini ada dua orang Dr. Huda. Aku tanya diorang, diorang tak mengaku. Hahaha. B*eng**g sungguh. Hahaha,”

Erk! Aku gelak-gelak lagi. Gila selamba Dr. ni. Aku punyalah susun ayat nak cakap sopan-sopan. And aku fikir mesti dia ugut-ugut Dr. Huda tu suruh mengaku. Aku rasalah.

“Hah kau nak minta tolong apa?”
“Aku..er.. saya em, ni ha, semester baru nak buka, desa pun kena rombak, jadinya saya apply untuk dapat bilik level bawah. Pihak desa boleh bagi, cumanya dia nak pengesahan dari doktor. Saya puas fikir nak hubungi dr. mana sebab tak ada nombor, tu yang saya teringatkan Dr. Syah,”
“Oh senang je, Kau contact Dr. yang call kau untuk arthroscopy, HO, siapa hari tu?”
“Dr. Azman?”
“Bukan. Ala Dr. macam aku ni ha, Dr. k*li-k*li ni,”
“Hahahhaa. Dr. Hafiz?”
“Ooo, under dia sekarang? Hah, kau contact dia minta buatkan surat. Kau ceritalah amenda masalah kau kat dia, nanti dia buatkan,”
“Ooo. OK-OK. Hahaa. Terima kasih banyak ya,”
“Kau bila buka sem?”
“4 July, tapi balik awal sikit sebab ni,”
“OK. Beres eh. Bye,”
“Bye,”

Erk! Hidup, macam inilah. Don’t judge a book by its cover. Kalau ikut first impression dulu-dulu, sah-sahlah aku fikir doktor ni pelik dan pelik dan pelik. Mana pernah aku jumpa Dr. macam ini. Tapi itulah, manusia berbeza. Terpulang macam mana kita mahu menerimanya.

Kalau ikutkan juga, kadang-kadang kita tak boleh nak menjadi seperti apa yang sepatutnya kita jadi. Sebab kadang-kadang akan jadi lain juga. Macam tadi, serius aku tak boleh bayang aku terkeluar juga ‘aku’. To be honest, aku berlatih dulu dialog-dialog nak bercakap dengan Dr. ini atau mana-mana Dr. Bukan apa, takut tersalah bicara, silap fahaman bimbang salah pula tafsiran. Manusia kan macam-macam.

Tapi nak pelik apa. Memang aku lebih selesa berbahasa ‘aku’ ‘kau’. Aku tak tahu kenapa, aku rasa panggilan begitu lebih sempurna. Cuba bayangkan ketika berdoa pada DIA, kita berbahasa ‘aku’ ‘kau’ jugakan? Hemat aku, itu menunjukkan hubungan yang rapat.

Jadi tak peliklah kalau terkeluar  juga ‘aku’ dengan provokasi keadaan itu sendiri.

Cuma aku tak tahulah dia perasan atau tak. Ikut hati memang selesa begitu. Tapi bila ayah nasihat, macam mana pun seseorang itu, kita kena tengok tahap kita dengan dia macam mana. Sekarang dia doktor, mahu atau tidak aku patut hormati dia.

So, memang sepatutnya akulah yang menghormati.

p/s: Tengah berfikiran mahu pindah ke Murnikah? Masih sayang pada Nurani lagi. T_T

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 18, 2009.

Satu Respons to “Surat Pengesahan”

  1. j0m pindah murni..=D

    murni tak ada ground floor. hahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: