Hari-Hari Yang Panjang

Entry ini panjang dan mungkin heavy dengan gambar.

Hari Ahad, aku sengaja lambat-lambatkan mendaftar diri di 4 U. Pukul 11 pagi baru aku bertolak. Itupun aku musykil lagi kenapa agak kosong kawasan hospital. Dekat pendaftaran pesakit luar, kosong. Pejabat taksiran, juga kosong. Sudahnya aku bantai jumpa jaga. Oh ya, cuti sultan yang berganti. Maka hospital tidak sepenuh seperti selalunya.

“Kena daftar dekat kecemasan. Jalan sini, belok kiri..bla..bla..bla..”

Aah. Aku tak bagitahu aku dah familiar kawasan hospital. Layankan aja.

Mendaftar

“Saya nak daftar masuk wad. Kena daftar kat sini kan?”
“Aah. Cuti umum hari ni. Tengok surat,”
“Surat tak ada. Dr. dari 4 Utara suruh saya daftar terus,”
“No RN?”
“B341445,”
“OK, boleh naik wad terus,”

Aku galas beg merah. Pegang paper bag dan jalan.

“Dik!”

Toleh belakang.

“Yup?”
“Siapa yang nak masuk wad?”
“Sayalah,”
“Sorang diri?”
“Setakat ni, ya,”

Senyum dan berlalu. Aku sengaja bertanding dengan diri bagaimana menjadi lonely.

4 Utara

“Hai kak,”
“Hah, masuk semula dia,”

Uruskan kemasukan. Uruskan barang. Uruskan katil. Uruskan diri. Dah terurus, mula bosan. Baring, bangun, duduk dan baring semula. Oh! Pandang kiri, orang sakit. Pandang kanan, orang tak sihat. Pandang depan belakang segala sudut, semua keuzuran.

Baring semula. Bosan lagi. Hai mata, pejamlah.

OK. Aku lapar. Alhamdulillah, sudahnya aku tertidur juga hingga seorang doktor datang. Wajah cerah, mirip lelaki cina.

“Adik, bangun. Saya nak ambil darah,”

Terpisat-pisat. Angguk. Senyum. Dan hulur tangan kiri sebab dia duduk sebelah kiri aku. Elok dia ikat tangan aku demi menampakkan urat darah,

“Doktor, kalau kita buat tangan kanan boleh?”
“Boleh, ikut awaklah. Saya ingat awak nak buat tangan kiri yang hulur tangan kiri ni,”
“Selalu buat tangan kiri, mesti darah tak keluar. Sudahnya, sakit saja,”

Hahahaa. Aku fikirkan dia mahu mengambil darah. Rupanya,

 Hai. Saya, Bio-Hud!
 
“Susahlah awak nak makan lepas ni,”
“Hahaha. Saya ingat Dr. nak ambil darah, ini bukan ambil darah ni,”
“Nak ambil juga darah tu dan nak letak ni sekali. Tak pe lah, awak makan dengan sudulah,”

Ketawa lagi.

“Dr.?”
“Azri. Dr. Azri,”
“Dr. Azri, kenapa kena ambil darah. Saya kan sihat,”
“Darah ni ambil sebab nak cek macam-macam sebelum masuk OT. Nak pastikan masa dalam OT semuanya berjalan lancar. Nak cek hemoglobin, jenis darah, itu ini, semuanyalah,”
“Nanti, lepas diagnostic scope ni, saya terus boleh discajkan?”
“Tengoklah. Selalunya sehari selepas tu sebab nak monitor kondisi awak,”

Dan senyum lagi. Baiknya lah doktor-doktor ini. Dan aku terfikir-fikirkan SKSPM yang tertinggal terus menerus. Oleh itu aku keep on dengar lagi ‘Menjadi Diriku’. Oh sangat sedih.

Malam itu sungguh bosan. Sangat bosan. Melihatkan nurse yang agak busy, aku mula berkira-kira mahu melarikan diri dan muncul semula pagi nanti. Oleh kerana tidak boleh bermesej atau call dua orang dalam satu masa kerana kemungkinan silap berlaku, maka berlakulah jua malam itu. Aku jadi musykil dek kerana nurse mula beralih tempat menyusun ubatan atas troli ke sebelah katil aku.

Dia tahu aku mahu larikah?

Sambil tenung tangan aku, aku terfikirkan, mahu berwudhuk atau bertayamum. Betullah kalau manusia itu belum lagi bijak jika tiada praktikalnya. Masa belajar itu ini bab feqah, tak adalah rasa macam ni sukar. Sekarang bila nak pakai mula was-was. Mujur juga ada handphone dan kawan, pelancaran mesej besar-besaran bertanyakan perihal ini. Aku hantar gambar pada ayah juga untuk jawapan yang tepat.

Sudahnya. Sudahnya mak aku sudah mahu pulang ke Kelantan bimbangkan aku. Aku sudah berapa kali bertegas, ini hanya tebukan kecil. Amat kecil.

 Hati ibu. Oh!

 

Pagi-pagi Isnin sampai. Bertolak sejurus selepas mendapat gambar. -_-“

Syukur kerana Loyie pulang juga. Hohoho.

Isnin Tiba

Pagi-pagi lagi sudah asthma.

Aku kes kedua. Kemungkinan untuk postpone lagi hampir tiada, cumanya bergantung pada kes pertama. Jika kes pertama siap cepat, maka cepatlah aku dan begitulah sebaliknya. Aku kenal je makcik kes pertama tu, kami satu wad dulu. Dia di postpone kerana faktor rhesus darahnya yang negatif dan jarang-jarang ada simpanan darah itu.

Pagi, menginjak tengahari hingga ke petang. Aku sudah berkira-kira pasti ditangguhkan lagi. Aku tak tahu aku sedih atau tak cumanya aku harap aku dapat menyertai SKSPM. Sekumpulan doktor tiba untuk periksa kondisi kaki aku.

Dalam banyak-banyak, hanya satu je aku cam mukanya. Itupun kerana dia doktor pertama yang aku jumpa di klinik orthopedic dulu kala. Muka doktor-doktor ortho ni semua macam cinalah. Adoyai.

Macam-macam test untuk kaki aku. Aku senyum dan gelak-gelak je bila diorang buat lawak. Kan aku dah kata doktor HUSM baik-baik.

“Kita bius jugalah teddy bear ni kejap lagi. Dia nak masuk OT juga tu,”
“Boleh. Boleh. Hahahaha,”
“Pegang tak nak lepas teddy tu,”

Gelak lagi.

Ke Bilik Bedah

Aku rasa kelakar kerana perkataan bilik bedah itu. Since aku rasa hanya tebukan kecil, bilik bedah rasanya terlalu besar untuk gambarkan keadaan. Bila mengingatkan Prof. Din ada bercerita tentang sterile room. Logik jugalah.

Sampai di sana, semuanya berbaju ungu. Aku nampak Dr. Hussaim mendekati aku. Dr. Hussaim, pakar bius yang cek aku di 4 U.

“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
“How you feel?
“OK,”
“Ready?”
“Sure. Its just a scope, right Dr.?”

Aku ditolak masuk. Sampai di pintu, ada beberapa lagi yang berbaju ungu di dalam. Salah satunya, aku yakin Prof. Faisham di dalam.

“Inilah student Audionya? Anak murid Prof Din?”
“Aah,”
“Paling mengiring. Saya nak bius separuh ni. Jangan gerak ya,”

Mengangguk. Agaknya aku dah biasa kena injection, aku dah tak rasa apa-apa dah. Tahu-tahu dah siap. Tahu-tahu dah kebas. Tahu-tahu lebih dari separuh badan aku sudah tak berderia rasa.

Pun begitu, aku percaya pada kemampuan otak. Jadi aku bertanding dengan diri sementara di tebuk. Macam mana aku cuba menggerakkan kaki sekalipun, hatta ibu jari pun tak bergerak. Kemudian aku terfikir, macam manalah jadi lumpuh. Yang inipun aku sudah terasa seperti hilang arah bila kaki aku bukan lagi aku punya untuk seketika.

Aku pandang skrin TV bila ada imej di situ. Aah, itu kaki aku. Kondisi dalam lutut aku.

“Huda, ni lutut awak. Itu yang koyak, tapi sikit sangat. Awak sakit sangat ke?”

Aku cuba bercakap. Kesan ubat bius itu juga dah melemahkan aku untuk berkata-kata. Aku tidak mampu bercakap kuat. Aku cuba batuk, batuk pun seperti bernafas sahaja. Mujur ada seseorang disebelah aku menyampaikan setiap butir perkataan aku pada Prof Faisham.

Logiklah kalau orang tua-tua berbicara perlahan. Sudah tak terdaya.

Kondisi dalam bilik bedah sangat sejuk. Teramat sejuk. Gigi aku sudah terkacip-kacip. Dah macam baru lepas mandi sungai lagaknya. Badan aku menggigil-gigil. Sampai satu tahap aku rasa aku dah macam seizing pun ada. Serius. Sangat sejuk.

Gigilan aku makin kuat. AKu usaha supaya aku tak mengigil sangat teruk. Makin aku cuba, makin kuat pula gigilan aku.

“Sejuk sangat ke?”
“Ssss..ssejuk,”

Diorang letak kapas. Heater. Letakkan inhaler sebelah aku. Tambahkan selimut. Tambahkan selimut. Tambahkan selimut. Rendahkan Air cond. Rendahkan lagi. Dan lagi. Aku terusan menggigil.

“Teruknya dia menggigil, Prof. Tutuplah air cond ni eh?”
“Tutuplah,”

Aku masih macam tu. Serius aku cakap. Sangat sejuk.

“Huda, air cond dah tak ada ni. Dah tutup terus,”
“Sss..sssejuk. Tolong saya,”

Aku terharu bila dia tarik dan genggam tangan aku. Walaupun sejuk tu tak berkurang pun, aku rasa selamat.

“Koyak ni sikit sangat je. Lepas ni tak adalah ngilu lagi. Kita repair lepas ni, OK Huda?”
“Hmm,”
“Cuba masuk dalam sikit,”

Aku hanya mampu perhati imej-imej.

“Laa dah putus dah ligamennya, yang ada ni pun nipis sangat. Dahlah nipis, longgar pula tu,”
“Huda, ni ligamen ACL dah putus. Kena sambungkan semula. Yang tinggal ni pun nipis sangat. Tengok saya angkat ni. Orang normal 1 cm, huda punya tinggal 0.3 cm je. Dahlah tinggal itu aja, longgar pula tu. Kalau sekali je lagi jatuh, putuslah yang ini. Lepas ni tak boleh lari, melompat, kurang naik tangga sementara kita nak sambungkan. Tak boleh sambung hari ni sebab hari ni purpose untuk diagnose. Yang ACL reconstruction kena ada skru…bla..blaa,”
“Seteruk itu Dr.?”
“Huda nak main futsal, berlari, taekwando lagi ke lepas ni?”
“Kalau masih boleh, ya,”

Aku rasa gelap kejap dunia aku.

Tak boleh berlari? Tak boleh melompat? Naik tangga pun boleh jatuh? Aku pandang satu-satu manusia dalam itu. Kuatkan diri. Kuat! Kuat! Jangan menangis lagi. Sekurang-kurangnya sekarang.  MASIH BOLEH SAMBUNG. Masih ada jalan penyelesaiannya. Masih ada.

2 Zamrud

Selesai sudah, di tolak ke wad dua zamrud. Ayah sudah kena pulang. Esok kerja. Cuti on the spot tidak diluluskan. Tak mengapalah. Itupun aku suruh mak aku balik juga, tapi standardlah, mesti mak tak nak.

Bila ubat bius sudah mula habis, barulah seksa bermula. 6 jam kena berbaring tak boleh gerak tulang belakang. Sungguh seksa. Kaki mula denyut berdenyut. Wuhuuu. Sangat sakit. Tambah pula ada tiub untuk draining blood dalam kepala lutut tu. Masyallah.

Tebuk ajelah sangat. Hoho.

Sudahnya tak tertahan sakit. Nurse datang bawa azimat penahan sakit.

“Nurse, saya memang tak boleh buang air ke?”

OK. Seksa rasa orang yang dapat batu karang pun aku rasa sekarang. Nurse sentuh bawah perut aku.

“Dia lemah ari-ari ni,”

Amenda benda alah tu pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku sakit. Dahlah katil tak boleh digerakkan secara pasif, jadi aku gagahkan diri angkat badan perlahan-lahan. Nurse bawa hot water bag. Bila sakit ni, macam-macam kesedaran datang. Serius dengan pakai baju hospital dan berkain batik, aku sebiji macam orang lepas beranak. Duduk tak kena, baring tak kena, mengensot sakit, itu susah, ini tak boleh.

Wuargh!!!

Bayi-Bayi

Tapi sangat seronok kerana yang melawat membawa bayi-bayi. Walaupun sedikit kecewa tak boleh mendukung mereka itu, tak mengapalah. Sangat seronok dunia!

Nama saya Farhanis! Dan ini abang saya Firdaus.

Ini adalah sepupu-sepupu gua. Seorang lagi, Faris entah di mana.

 

Ini Ammar. Sila abaikan aku yang berkain batik itu. Muahahaa.

Sangat seronok bila ada bayi. Aman dunia aku. Yang sakit pun hilang kejap. Bayi sangat naif, sangat suci. Sangat comel, macam aku. Hoho.

 

Senyum sikit. Kakak comel kan? Muahahahah.

 

Hidung siapa ni??

 

Ini Loyie, Amar.
 
 

Ciiiku cak!!

 

Sangat Comel!!!!

 

Wah! Tangan aku besar lagi!
 
 
Babinski reflexkah? Sudah lupa prihal primitive reflexes.
 
 

Kaki saya sangat comelkan??! Hahaha.

 

Macam anggurkan jari kecil ni?

Kecewa

Pagi Selasa sekumpulan nurse datang nak betulkan cadar. Aku dah mula berpeluh-peluh. Tak terbayang nak gerakkan lutut yang satu ini. Oh.

“Kita nak betulkan cadar ni,”

Sambil bercakap, sambil betulkan cadar aku. Masa tarik cadar belah kaki kanan,

“Argh!!!! Sakit!”
“Ala sikit je,”
“Tolong, jangan!”
“Manja betul! Bukan kita nak buat apa pun. Nak betulkan cadar je. Orang mana ni?”
“KL,”
“Padan pun,”

Aku pandang nurse. Serius aku terkilan. Dalam hati, tak apa. Dia tak tahu. Tak guna marah. Sabar Huda. Sabar. Dia tak kenal aku. Bila aku kata aku tak boleh, maknanya tak boleh. AKu tak tipu. Sabar.

Dan, aku bukan manja.

Tak mengapalah.

Doktor dan Doktor Lagi

Pagi itu teringat Dr. Syah, intern yang aku jumpa masa 4 U dulu. Doktor unik ber’aku’ ‘kau’. Doktor yang janji nak arrange date baru lepas postpone. Doktor yang aku kata kalau tak boleh buat bulan 5, biarlah bulan 7. Tapi, tak berlaku pun.

“Assalamualaikum, Dr. Syah, Huda ni. Patient yang dipostponekan untuk arthroscopy hari tu. Alhamdulillah, dah buat dah, dan dah selamat sakit pun Dr. Syah. Terima kasih banyak, Dr.,”

Tak sampai 5 saat call masuk. Dr. Syahrizal’s calling?

“Assalamualaikum, Dr. Syah?”
“Waalaikumussalam. Aah, aku ni. Kau sihat? AKu tahu dah kau buat semalam. Aku yang arrange kan kau buat semalam. Bos kau, Prof Din ugut Prof Faisham cepatkan kau. Hahahaa. AKu simpanlah nombor kau dari first kau mesej aku,”
“Iya? Wah, terharunya. Hehehee,”
“Aku tak buat orthopedik dah, aku buat onkologi sekarang,”
“Padan pun, saya cari juga Dr. Syah hari tu. Tak jumpa pula,”
“Aah. Kau selamat sembuhlah. Take care,”

Take care? Dr. Syah cakap take care. Wohoo, terharu siot.

Boleh tak aku nak rasa dia comel sekarang? Muahahaha.

Berjalan Semula

Antara nurse lelaki dengan nurse perempuan, aku lagi prefer nurse lelaki. Nurse perempuan tak senyum pun dekat aku biarpun aku senyum sampai telinga. Nurse lelaki lebih peramah dan emosinya stabil. Aku rasalah setakat ni.

Masa nak keluarkan tiub untuk drain darah ni, nurse lelaki yang keluarkan. Mujur juga. Ada 4,5 orang pelajar kejururawatan tahun 2 dari kolej mana entah. Aku ingatkan nak keluarkan tiub tu relax aje, tapi, masyallah. Nak angkat lutut pun aku dah rasa seksa tahap gaban.

Oh. Aku ada masalah reflex yang satu ini. Reflex bila aku sakit aku akan tepis sesiapa sahaja termasuk Dr. Aku tak tahulah kenapa aku ada reflex itu. Termasuk yang kali ini. Cuma yang kali ini lebih dahsyat.

“Saya keluarkan ya. Tarik nafas,”
“Nurse yakin tak nak bagi saya ubat tahan sakit ke apa?”
“Tak ada apa-apalah,”

Sentuh dan tarik sikit.

Arghhhh!!!!”

Zap! AKu pegang tangan nurse  dan berhentikan dia dari buat apa-apa. AKu tahu dia terkejut.

“Sikit je lagi,”

Geleng kepala. Dan dia tarik perlahan.

“Aaaaahh! Tolong jangan. Tolong,”
“Tarik nafas. Sikit je lagi,”

Setiap kali dia kata sikit, aku rasa makin panjang tiub tu. Sakitnya fuh! Tapi psikola.

“Sakit….”
“Tinggal nak balut je lagi. Dah siap dah,”
“Tak nak. Tak nak….”
“Sikit je lagi,”

Dia angkat lutut aku. Apa lagi meraunglah aku. Geleng kepala. Pelajar jururawat lelaki tampung lutut aku. Baru aku mengangguk.

Aku angkat kepala. Bukan aku sorang rupanya yang menangis. Hahahaha.

Petang tu, aku rasa OK. Aku rasa aku dah boleh jalan. Dan bila aku rasa aku dah boleh, tak ada sesiapa boleh halang aku. Antara faktor, SKSPM. Aku mahu join biarpun hanya tinggal majlis penutup. Rendahkan katil, naik wheelchair separuh jalan. Separuh lagi, aku yang bawa wheelchair perlahan-lahan.

“Aih, dah boleh jalan?”
“Emm, tebuk je pun kan?”

Nurse yang kata aku manja, tercengang. Dr. yang bertugas pandang tak percaya. Bila aku kata tak  mampu, maknanya aku tak mampu, bukan tak mahu.

Senyum.

Syukur, masih punya kekuatan. Masih ada semangat. Masih cekal. Masih bertabah hati. Mohon kuat kamu!

SKSPM

Sewa bilik kat Jiyad Inn. Rumah tamu dah penuh. Sedih gila kena duduk tempat lain. Seronok berjumpa kawan-kawan semula. Biarpun dah jadi handicapped, aku tetap lega. Sekurang-kurangnya aku tetap mengambil bahagian dalam SKSPM walaupun untuk beberapa jam.

Birpun aku tak berpeluang memberi khidmat, menjalankan tugas sebagai exco disiplin, tak mengapa. I just don’t want to have any regrets in my life. That’s all. That’s it.

Malam lepas habis penutup, kaki sudah sangat sakit. Pukul 5 pagi baru tertidur dek penangan berjalan kuat sangat. Padan muka aku. Tapi, aku puas. Jadi, tak kisahlah.

Menjadi diriku, dengan segala kekurangan.
Menjadi diriku atas kelebihanku.

Dear Heart,
No matter how hard the path would be,
Stay strong,
Stay calm.
Please,
Please dear heart,
Please don’t have,
Any regrets.

Sepanjang di wad, baru aku faham perasaan sakit dan kasih sayang. Dan aku faham nilaian persahabatan lebih jitu. Azah, terima kasih. Ika, Hyda, Paie, Wan, Syafiq and the gang dan semuanyalah.

Aku dah terhutang budi dengan USM terlalu banyak. Dengan Prof Din, Dr. Zu, Dr. Rosdan, Dr Normani, segala Dr. di radiology, ENT, Orthopedik, Orthodontik, jururawat 2Z dan 4U dan semuanyalah.

Dan paling penting pada mak ayah akulah!

Antara cara aku membalas budi, belajar rajin-rajin dan berkhidmat di sini.

 p/s: Baru aku faham macam mana rasa menunggu seseorang melawat kita dan tak kunjung tiba. Oh! Tak berjodoh barangkali. Hahahahaa.

Sudah tak terdaya.
Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 14, 2009.

7 Respons to “Hari-Hari Yang Panjang”

  1. ganbatte kak hud!!

    Arigator nisah chan!!

  2. bergenang airmata akak bc kisah huda ni..tp akak yakin huda kuat..be strong ye dik

    Tebuk je kak, operation sekali lagi baru boleh nangis. hehehhehe.
    Thanx akak eh..=)

  3. wawawa..khud memang strong!! i know that!! kuat!!
    here’s for u..sori sgt tak pi tyme tu..

    takpe. nggak papa kok. Sila datang untuk operasi sekali lagi ya. hehehhe

    • hahaha..insyaAllah..muga khud tenang2 sokmo..ain pun ternangis bace nih..tapi ain tau..khud kuat..ngeee

      semua orang pun ada kekuatan masing-masinglah ain. Ain pun kuat..=)
      Lagi kuat pada khud.

  4. *senyum segaris*

    apakah?

  5. speechless laa makna dia.. khud nie.. saje je wat tak paham. ;p

    eh? manalah tahu. ayat budak2 muda zaman sekarang.hehe

  6. […] was the last person / people you took photo with? Ammar. Si […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: