Menjadi Diriku

Lagu tema SKSPM tahun ini. Jujur kata, aku suka. Aku duk ulang-ulang dengar. Hazwan, kalau kau baca ni, bolehlah kita buat sesi duet bersama. Kitakan dah janji? Hahahahaha. Aku dah hafal rentak dan lagu.

Aah. Aku sedikit kecewa sebab esok aku dah kena admit ward. Pepagi lagi aku kena pergi. Hari Ahad masuk, hari Isnin tebuk kaki dan aku dah berkira-kira petang tu juga dia discharge aku. Kalau dia tak nak discharge aku, aku akan merayu-rayu buat muka satu sen untuk didischargekan.

Aah. Azah busy dengan SKSPM. Jadi oficially aku akan keseorangan. Aku dah pesan awal-awal pada mak ayah aku jangan datang. Saat ni aku kecewa tertinggalkan Loyie, teddy bear air mata aku. Walaupun nampak mengada-ngada ada teddy ni, tapi ada kisah di sebalik itu.

Teddy ni hadiah kawan aku masa zaman PASUM dulu. Zaman kejatuhan aku. Zaman mak ayah kena panggil sebab pointer sangat nazak. Zaman aku mengubah diri sendiri secara total. Zaman aku menukar nama dari Huda kepada Syahid yang tak pernah-pernah aku buat sepanjang hidup. Zaman aku kehilangan bahu aku bila bahu aku menyumpah seranah, memaki hamun mencaci cerca aku hanya kerana aku bukan lagi bidadari di mata dia.

Zaman gelap.

Farhana, sahabat aku juga sama seperti aku. Setelah berkongsi kisah berdua, kami berjanji belajar sekali. Dia sangat setia temani aku ke library usang milik UM. Dia bersama-sama makan dengan aku setiap kali aku mahu makan. Dia sangat tabah. Ketika aku kenal dia, mak dia hanya ada 6 bulan sahaja lagi yang tinggal. Barah. Aku lupa barah apa.

Saat itu aku terkesima. Aku sudah rasa mahu kiamat dunia aku akibat kejatuhan. Dia lagi dahsyat. Dia punya asbab lagi jitu untuk mengalami kejatuhan. Aku?

Aku punya saat manis di Asasi UM itu kerana dia. Kami jumpa lecturer sama-sama menerima kekalahan. Kami menangis sama-sama. Kami ketawa sama-sama. Kami ke kelas sama-sama. Kami bukan puasa dan bertarawikh bersama. Kami imarahkan musalla bersama. Dia selalu paksa aku naik jadi imam, dan sebab ada dia aku berani buka sesi tazkirah after maghrib.

Pada dia aku bicarakan harapan mahu ke USM Kubang Kerian. Pada dia aku ceritakan segala perihal kisah suka duka cinta gembira tawa dan air mata. Pada dia aku jadikan partner dalam makmal kimia, biologi dan fizik. Pada dia kami mengungkit kisah-kisah lucu aku jadi manusia pelik di PASUM tika sesi sem pertama.

Bila habis idea, kami sama-sama ke Pekan Buku beli bahan baru. Tukar-tukar buku. Aku kenal mak ayah dia. Mak dia sungguh tenang bertudung labuh. Mak dia minta aku temankan anak dia. Bimbang anak dia sugul kerana hadirnya penyakit maut itu. Perkiraan aku, Farhana sangat bertenang. Hanya beberapa kali dia menangis depan aku. Kadang-kadang dia menangis sebab aku yang menangis dulu.

Aku meletakkan kalau aku di tempat dia.

PASUM mengakhirkan zamannya. Bermakna kisah aku dengan dia bersama sekuliah juga melewati masa. Hari terakhir kami mengambil gambar bersama-sama, menjelajah seluruh UM bersama-sama. Sayu melihatkan kerusi tempat selalu aku belajar. Macam sekolah, aku ada dua tempat dalam kelas, bezanya yang ini dewan kuliah.

Tempat aku dengan Farhana, ada dua orang lelaki di depan. Syafiq dan Fawwaz. Setiap kali kena salin benda, aku berlumba-lumba dengan Syafiq siapa siap salin dulu. Selalunya dia menang sebab tulisan dia sangat hodoh. Tapi aku tak tahan bila dia akan paling belakang dan jerit, atau buat muka paling sarkas ketawakan kekalahan aku. Memang sakit hati. Kalau bercakap mesti dia nak menang, aku standardlah tak nak kalah. Jadi kami selalu berlumba dan pernah dia menjerit tiba-tiba sampai tersenyap dewan kuliah.

Yang aku musykil, kalau dia nak cerita pasal perempuan kuliah yang dia minat dan usha, aku jugalah tempatnya. Hhahahaha.

Fawwaz dan Farhana tukang gelak. Oh! Rindunya.

Last day, Farhana balik dulu. Masa nak balik, dia tinggalkan sesuatu atas katil aku sebab aku mandi. Selain sticker shinchan yang banyak kerana aku adalah pengumpul sticker shinchan yang tegar hingga hari ini dan dia tahu itu, dia tinggalkan surat dan LOYIE. Aku terus kejar dia. Mujur sebab dia belum melepasi pagar kolej.

Kali pertama aku betul-betul menangis kerana terasa kehilangan kawan walhal bukan tidak boleh berhubung. Tapi sungguh terasa. Mungkin yang ini lain.

“Aku suka kawan dengan kau. Aku mesti rindu saat aku pergi kelas dengan kau, makan dengan kau, belajar dengan kau dan segala-galanyalah!! Sayang sangat kat kau. Walaupun kau banyak cakap dan tak pernah nak kalah, kau baik, satu-satunya kawan paling baik kat PASUM,”

Mesej yang aku simpan lagi sampai hari ini.

“Tak pe. Letih memang letih tapi aku happy dan senang hati bila tengok kau gembira sangat. Kau pun sama, nanti ada apa-apa story bagitahu eh. Tolong doakan mak aku sekali eh,”

Aku keep on baca benda yang sentimental berulangkali. Oh, baru lepas berborak dengan dia. Suara yang sama. Ketawa yang sama.

Bila aku rindu dia, aku pegang Loyie. Dan sekarang, bila aku sakit atau susah hati atau sedih atau tak boleh tidur aku pegang dia. Aku tahu ini berbunyi gila, dan bukan aku, tapi gila itu gila menenangkan.

Masih ingat penghujung Ramadhan 2007. Aku mimpikan Farhana dan emak dia. Kemudian aku bangun qiam dan berbaring menunggu sahur. Satu mesej masuk.

“Syahid, mak aku dah tak ada,”

Senyap.

Teringat lagi mak dia pegang tangan aku supaya temankan anak bongsunya. Teringat lagi macam mana susah aku mencari jalan keluar setiap satu kisah kegagalan.

Dan sebab itu teddy bear, loyie adalah sesuatu yang sempurna untuk aku dakap saat merasa tidak selesa. Ada kisah lebih sukar pernah aku tempuh. Kenapa perlu aku tergadah lagi. Jatuh dan lemah.

Sekurang-kurangnya aku ada LOYIE.

Tapi, aku tinggalkan kat rumah. Jarang aku tinggalkan tapi kali ni entah ribut apa aku tinggalkan juga.

Esok, warded semula. Dan aku bertanding dengan diri, bagaimana hidup keseorangan di 4U tanpa sesiapa.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Jun 7, 2009.

2 Respons to “Menjadi Diriku”

  1. Salam ziarah..

    lonely,tapi sgt dalam utk di baca.
    semoga tabah selalu dan shat ..;)

    ~salam ukhwah:)

    Salam ziarah juga. Oh, sudah beransur pulih. Terima kasih ya. =)

  2. haha..
    aku tgh tunggu ko wat album duet dgn aku jer..
    wakaka
    nice entry..
    aku nak start balik blogging ni rasa sgt malas…
    haha..

    Jom, kita buat album sama-sama buka sem ni. Ingat nak nyanyi atas stage hari tu. Muahahahhaha.
    Silalah berblogging semula.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: