Takjub Tak?

Hahahahha. Ini antara perkara aneh yang aku buat. Masuk dapur. Kemudian aku terfikir, masak ikut buku resepi ni sebijik macam bermain dengan HTML code blog. Serius sebiji. Kita mencuba dan jaya, atau mencuba dan gagal. Bagi kali pertama, gagal. Kali kedua, yuhuuuu! Aku dah pakar. Gila cunlah aku! Esok aku mahu buat biskut dan kuih koci. Kotlah. Time ada mood, semua nak buat.

Hari ini, oh ayah aku dah ditukarkan tempat kerja di area Kuala Lumpur, jadi kalau dulu ayah ambil masa sepuluh minit sampai pejabat, sekarang sudah satu jam dan bertambah lama jika jem/jam (mana satu ejaan betul?). Untungnya adik aku, tak perlu naik bas sekolah yang bertolak 6.15 pagi. Gilalah!

Oh, di KL pejabat ayah majoriti perempuan. Orang perempuan tahu tahu ajalah, suka menyambut hari istimewa. Hari ini satu pejabat meraikan hari lahir semua yang lahir bulan 5. Ayah aku salah seorangnya. Hihihihi.

 

DSC00139

Ini bos besar

Atas sofa coklat ada bil-bil telefon. Awal bulan, biasalah. Dan atas sofa hijau ada spyghmomanometer alaa.. alat cek blood pressure tu. Aku le yang beli kat USM. Ayah tak tahu mana medical instrument ada jual. Ayah aku monitor BP dia hari-hari. Dia ada pre-hypertension. Jangan tak percaya dia cek diri dia sendiri. Pakai stetoskop sendiri, pasangkan cuff sendiri, ambil bacaan pun sendiri. Hebat tak? Hahahah. Kalau aku kat rumah, BP aku pun dia monitor sekali. Kalah doktor -_-“

 

DSC00142

Ini bos kedua besar dan bos besar

 

DSC00501DSC00500DSC00498

Ini budak-budak dan kakak budak

Gambar dekat atas ni masa cukur jambul. Budak kat tengah yang diraikan, tapi dia tidur memanjang. Huh! Tak best langsung, tapi tengok pipi dia, macam pau! Sedap gigit ni! Mujur ada satu lagi budak lain. Wohoo. Sangat seronok! Masa ni, milestone budak standardlah jumpa apa semua nak masuk mulut. Jangan tak tahu aku bekejar-kejar sebab dia merangkak sangat pantas, sepantas dia memasukkan tisu, kulit coklat, taburan kek ke dalam mulut. Budak..budak.  Dan sebab ada dia, aku tak makan makanan kenduri. Berbaloi seyh. Hihihi. AKu kecilkan gambar sebab senyuman aku sangat hodoh. Terima kasih braces!

And here you go!!!! Bawah ini pizza doh tak best. Rupa dia pun tak cantik. Masa 3 minit bakar, aku teringat aku tak letak cendawan butang, aku keluarkan dengan cepat bagai superman dan lempar-lempar. Akhirnya, hitam melegamlah cendawan itu. Perhatikan cheese nya juga, sangat hodoh dan tidak sekata. Biasalah kali pertama, tak pelik kalau tak jadi.

Rumah aku, silap, ahli rumah aku, kalau makanan tak sedap jangan harap ada nak sentuh lebih-lebih. Doh pizza ni lembik, jadi tukang habiskan adalah aku! Akukan gila roti dari nasi, jadi aku tak kisah. Sambil makan sambil fikir apa tak  kena. Roti lembik jadi mungkin salah yis, roti juga tak naik sangat kat tengah, jadi mungkin sebab buka oven masa tengah masak, aku masak dengan setting kat oven untuk kek (pemanasan dari bawah), juga ada kemungkinan dan bahagian tengah tempat ada ayam sedikit berair, yup kalau perasan masa goreng ayam dan daging, kan berair sebelum kering?

DSC00502

 Ini pizza tak cantik dan tak jadi. Nama dia pizza ‘First Time’

Sebab aku tak suka kekalahan. Aah, aku letakkan semua benda secara kompetitif, aku akan jadi lebih efisyen, berdaya saing dan banyak berfikir. Memang bunyi gila, tapi aku enjoy buat benda ni. Serius. Pizza pertama masak dengan kakak aku jadi urusan sampingan macam basuh pinggan dah guna, pukul telur, kupas bawang dia buat. Bab memotong aku tak suka orang buat, tak cantik. Sorry to say, potong bawang, hiris daun, tumbuk lumat pada aku orang lain buat tak halus. Walaupun nanti masuk perut, aku tak suka pandang benda tak cantik. Tak cantik di mata akulah.

Pizza pertama mengecewakan, mari fight untuk percubaan kedua!

Macam selalu, aku akan jadi mastermind, kali kedua aku kena buat sendiri. Dari A hingga Z. Lebih selesa. Kalau ada orang, aku jadi mengarah, kalau aku buat sendiri aku bertanding dengan diri. Buat sos dan basuh pinggan dan potong cendawan dan parut cheese dan uli tepung kemudiannya secara serentak. Menarik!

Eksperimentasi bermula.
Elakkan berair, aku goreng  blackpepper dulu ayam dan daging.
Untuk doh tak lembik, aku cuba kurangkan yis.
Untuk cheese sekata, aku parut halus-halus.
Untuk naik sempurna, aku panaskan oven dulu dan setting pemanasan atas bawah.
Untuk nampak lain, aku guna loyang petak. Sayangnya tak jadi petak. Sungguh kecewa.

 

102_0010

Slice pertama aku tibai dulu. Aku tukang masak, suka hati akulah.

Hasilnya, tak sampai setengah jam pizza habis! Yuhuu! Walaupun nampak hodoh, percayalah rasanya tak sehodoh yang kau nampak! Ayah aku tak pernah puji masakan aku dan kakak aku dan adik aku, tapi ada tanda-tanda dia suka dan tak suka. Kalau dia makan habis maknanya bolehlah, OKlah, sedaplah juga. Kalau secubit, itu tanda nak merasa dan ambil hati. Yang pertama hanya sesuap, yang kedua 1/4. Kembang-kembang hidung aku. Muahahahahah! Practise makes perfect, huh?

Takjub tak aku masuk dapur??????! 😛

Keladi asyik tak ada kat kedai. -_-” Ini pertandingan nombor dua. Mission for kek keladi yang jadi kek pisang hari tu!

Kau nak tahu antara sebab aku beria buat pizza kali kedua. Ada dua bakul kain tak berlipat. Aku sangat benci lipat kain! Bila adik aku minta pizza, ada syarat.

Sila lipat kain! Muahahahahah!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 28, 2009.

2 Respons to “Takjub Tak?”

  1. actually agt bes testing2 memasak neh…hahaha, look so cool g2!

    cool? perempuan ayu je la kot.. heheheh

  2. nampak sedap! nyum2!(^^,)v

    memang sedap. huhu. masuk bakul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: