Dua Tempat

Masa aku di tingkatan empat, aku memang serabut dengan Fizik. Jadi aku merayu-rayu depan ustaz nak tukar aliran. Terima kasih pada ustaz kerana melewat-lewatkan permohonan aku dan melayan semua yang aku adukan. Dia bahkan tidak segerakan langsung permintaan aku. AKu tahu dia tahu aku boleh.

Allah juga tidak membiarkan hambanya denga perkara yang dia tidak mampu. Jatuh bangun dalam pelajaran mendidik aku betapa jatuh bukan satu kiamat, dan bangun semula bukan syurga. Jatuh boleh bangun semula, dan bukan selalunya manusia bisa mendabik dada, mendongak langit bila melangkah tanpa cela. Hidup bagai roda. berputar membenarkan ada masa di atas, ada masa di bawah. Hina mulia.

Aku bersyukur. Jika tidak, aku bukan siapa-siapa di USM.

Masa aku tingkatan empat. Aku benci Fizik. Aku benci kimia. Aku benci biologi. Aku benci apatah lagi mod math dan add math. Aku tak tahu kenapa aku benci, yang aku pasti aku tidak suka.

Masa aku tingkatan empat juga dan tingkatan lain-lain pun sebenarnya, aku kepala batu. Bila aku mahu, aku akan usahakan, bila aku tidak mahu aku akan berkeras untuk tidak.

Sebab ada matapelajaran yang aku kurang gemar, jadi dalam kelas aku ada dua tempat duduk. Satu didepan sekali, bertentangan dengan meja guru. Dan satu di belakang sekali, betul-betul bawah kipas. Aku memang ada dua kerusi dan dua meja dalam kelas. Aah, aku otai. Budak kelas pun relek je. Dekat belakang sekali, aku duduk sebelah dhobitoh (pengawas). Tapi dia relek je. Aku lupa nama dia, tapi aku usaha untuk cari dia hingga hari ini. Aku ingat rupa tapi aku lemah nama.

Jadi jangan pelik kalau berjalan dengan aku tiba-tiba berhenti dan aku kerut dahi. Aku sedang mengingati seseorang yang baru berlalu.

Kelas aku ada dua pengawas. Satu yang baik dengan aku. Satu yang poyo. Yang poyo pernah tegur, kemudian aku pandang dia dengan menyinga sambil bagitahu kalau kau rasa kau malaikat, kau tunggulah. Yup, bulan depan dia letak jawatan sebab alahai bukan semua pengawas mulia. Dekat luar dia bercinta berdua-dua juga. Pakai seluar tudung segi juga. Aku dah tahu sebab tu aku berani kata. Dan aku tak akan kata perkara aku tak berani sebut.

Aku rasa nama dia pengawas baik tu Syakirah. Dia sangat baik. Sebab bila aku tidur masa add math, dia akan kejutkan aku bila cikgu merapati. Bila aku ditanya tiba-tiba di papan hitam, cepat dia berikan jawapan saat-saat kecemasan. Bila aku bangun dengan muka seposen selepas loceng pulang, dia salinkan aku homework kena buat. Aku memang tak pernah buat homework cumanya.

Ya, dia baik.

Aku ada dua tempat, untuk mata pelajaran kegemaran aku, aku ada di depan dan aktif. Untuk subjek aku bosan, aku ada dibelakang dan pasif.

Cuma aku tak faham kenapa cikgu tak pernah marah aku. Marah untuk dua keadaan, kenapa aku sangat istimewa hingga ada dua tempat duduk dan muka selalu megantuk.

AKu kan istimewa. Hahahhaha.

p/s: Sila ke sini, entry Lutfi yang menyentuh hati. Hati aku. Hati kamu mana aku tahu.

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: