Award for Me?

Macam aku pernah bagitahu, aku jalan-jalan dulu ‘rumah’ bloggers lain sebelum aku menulis blog. Cuti adalah masa yang paling aktif aku menulis. Aku fikir kerana cuti adalah hari yang aku banyak berfikir tanpa memasukkan elemen teras yang wajib belajar di Universiti. Dengan kata lain, keluar dari kotak normal, berfikir kreatif. Kononnya.

Oh.

Mula-mula aku ke rumah Ibn Shaukani. Aku tipu, kerumah-rumah orang lain dan kemudiannya kesini. Ada award buatan Naim sendiri akhirnya. OK, kemudian aku ketawa. Sorry ya jujur En. Azizi. Award Jacknaim hang pass juga ka?

Relek-relek, click ke rumah Naim. Lagi gila dapat award, sekali compile terus. Hahahah. Uiks, ada nama aku? Erk!

Ini award dari Jacknaim. Dia kata aku orang yang bagi banyak komen kat page ini (maksud ini?). Hahaha. Layankan aje.

 

Aku balik klik pada kawan Jack, kena tulis 5 things about the giver? Erk! Hahaha. Sekali lagi Azizi buat lawak. Hahahaha. Sorry encik! Tak kisahlah, kalau Naim tak suruh, aku tulis juga. Layankan aja. Standardlah orang memberi kita merasa, orang beri award kita puji-puji secukup rasa, tak gitu? Hiiii~

5 things about Jack and the Bean Stalk Naim.

1. Aku tak pernah kisah tentang kewujudan seseorang sehinggalah ada connection yang berlaku. Connection berkaitan pertolongan, perbualan, pertanyaan, pemberian, pesenyuman (ada ke?) dan sebagainya. Jadi, dengan JackNaim ni aku kenal dia masa konvo kerana aku menjaga stesen telinga. Aku kenal dia dekat booth medical radiation kerana aku bertanya perihal MRI.

2. Dan aku tak pernah tahu dia bidang apa dan siapa dan kenapa.

3. Jumpa balik masa Minggu Penghayatan Islam ke-11 (MPI). Wohoo, macam jauh tempat belajarnya. Senior menolong junior. Lebih kurang begitulah. Aku cam pun sebab dia tanya result MRI aku. Kalau tak, taubat aku tak sedar lagi dia orang yang sama dekat stesen pameran tempoh hari. Dan baru aku tahu dia pelajar medikal tahun 3. Ampun ya Naim!

4. Satu-satunya manusia yang link kan blog aku dengan penuh “Huda [Audiology]”. Gilalah! AKu penat bertekak dengan Azahiri, tipu aku penat menafikan perihal blog aku dalam kalangan budak USM. Nampaknya aku terpaksa angkat bendera putih. Berapa banyak manusia bernama Huda dalam bidang Audio? Terima kasih pada Naim! Hahahahah. Saya maksudkan terima kasih tu ya, bukan nganyian atau perlian! Aku kena berhati-hati menulis nama-nama manusia USM. Ini sangat bahaya, dalam erti lain manusia boelh membaca dengan nada berlainan dan mengundang cerita yang berlainan juga. Hehehhehe.

5. Dulu dan sekarang aku tak suka blog-blog yang mengundang amarah dan kelahi. Dulu juga aku agak skeptikal dengan orang-orang yang berbahas dan berkomen-komen dalam ayat sinis yang membencikan. Since Jacknaim penggemar politik, dia juga salah seorang dalam list skeptism aku. Itu dulu. Maaf Naim, saya jujur. Takut tak sempat minta maaf. Hahaaha. But then,the older I am, the more I realize. There’re sometimes no one to blame or to be blamed. We just think the world differently. And because af the differences, ada yang melengkapi mana tak cukup. Ada yang membetulkan mana yang silap.  Ada yang mempertaruhkan mana yang perlu. Perhaps. Jangan terasa ya Naim. 🙂

Aku seriuslah tak boleh tulis pendek-pendek. Aduyai!

Owh ya, ada kecoh-kecih perihal cerita Men are from Mars, Women are from Venus. Wohoo.. tak sangka aku lelaki baca buku ini juga! Aku still tak dapat nak habiskan buku ni lagi, too distracted to other books as well. The latest, The Secret Annex from The Diary of Anne Frank. Gila sedih. Kisah benar diari si cilik yangf mati akibat thypoid ketika berusia 16 tahun. Dia dan keluarganya terpaksa bersembunyi kerana peperangan Nazi. Dia menulis diari and adressed to her imaginary friend, Kitty dan berhasrat untuk diterbitkan. Setelah peperangan berakhir, seorang terjumpakan diari ini dan memberikan kepada ayah Anne the only one who survived, unread.

Finally buku ini dah di translate into over seventy languages and read by millions worldwide! Termasuk aku! Wohoo. Tapi since family Anne ni Jews, nak juga aku kata padan muka. Tapi since dalam Islam ada kafir Zimmi dan Kafir Harbi, maka aku kena berfikir semula untuk benci tiada pasal.

Oh berbalik pada Men are from Mars and Women are from Venus, makin aku baca makin aku rasa aku dua alam. Erk! Aku dah lupa aku baca sampai mana, tapi perihal lelaki, Mr. Fix-It ada gua dan perempuan, The Home Improvement really make me wonder. Aku kat celah mana?

Kalau aku ada masalah, aku suka bercerita. Itu mengurangkan rasa negatif tapi belum melegakan. Bercerita pada aku seolah-olah meluahkan pahit agar berkurangan dan semoga tindakan selepas ini lebih rasional. Bercerita dan menenangkan. Aku suka bercerita, aku sensitif, aku emosi, aku ingin disentuh ketika sedih, ingin dipeluk tika amarah, aku kadang-kadang tidak perlukan solusi, hanya perlukan perhatian dan fahaman. Mimik manusia from venus exactly.

Aku tak pernah lega selagi aku tak selesaikan masalah. Aku akan terasa kalah jika perkara mudah aku tak boleh buat which always make me put works or things into cempetition. So, I’ll work effectively. Macam aku suka jemur baju dan goreng ikan serentak. Macam mana nak buat baju terjemur sempurna dan ikan tak hangit. Gila tak? Tapi aku suka. Efektif dan tak membosankan dan enjoy. Kena berlari-lari dan bergerak pantas selalu. Ada dua kondisi, ikan tergoreng sempurna atau hangit terbakar.

Bila aku sudah bercerita, aku akan ‘hiding dalam gua’. Ya, aku akan senyap sepanjang hari dan mungkin dengan muka mencuka. Untuk aku hilangkan serabut sekejap, aku lupakan dengan melukis, berfikir, membaca dan tidur. Aku tak perlukan komunikasi dua hala ketika ini kecuali jika aku bertanya. The difficult the problem, the silence I would be. This more resembles to those from Mars.

And which planet do I actually came from?
Agaknya sebab inilah aku membencikan dan tidak disukai dan dicintai dan ditinggalkan.

p/s: I always find jelousy is nonsense but this time it makes sense. What the hack to be jelous for few words responded to others entry? Am I going to be weird? Or is it true whatever Lutfi have said to me? Am I in that crappy feeling? Or mood? Oh! This is really not me! Help!!!

p/s/s: Aku terfikir masa basuh pinggan. Penjodoh bilangan bagi air boleh jadi setitik, secawan, sebaldi dan pelbagai ‘se’ lagi. Tapi kalau api? Setitik api? Sekawan api? Semangkuk api?

Aku banyak berfikir perkara tak perlu lagi!

 

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 26, 2009.

4 Respons to “Award for Me?”

  1. haha..nisah pn x abes bca lg men are from mars, women are fr0m venus tu…
    baru smpai kat h0w to communicate difficult feelings…

    cuti-cuti ni..jom baca. hehehe

  2. Oh, diary dan movie2 The Secret Annex from The Diary of Anne Frank tu masa kecik2 ak ada tgk n baca..versi paling best lakonan natalie portman.

    Blei tgk versi yg available kt youtube – Anne Frank: The Whole Story (2001)

    ada dekat 20 parts tak silap, mula dengan:

    woooo.. sangat terima kasih!!!! Ini, Eba kan? Erk!

  3. sila..sila..jemput makan..=)

    aaa? hahahha

  4. ha’ah, EBA. 1st time comment kt blog nih.tp mmg da lama dah ak ikot pkembangannya.hehe =)

    erk! erk! dan erk lagi! Frankly speaking tahu kewujudan EBA dekat blog budak-budak ni, tapi tak tahu siapa. Tengok muka kenal kot. Hohohoho.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: