Di Kananmu Budi, Kirimu duri

Pilihanmu sendiri.

Ini adalah sebahagian lirik Siti. Aku. Bosan. Dan. Tak. Ada. Idea.

Aku tak pernah percaya pada kesan hormonal changes. Lately, aku terpaksa akur juga. Jarang manusia nak percaya selagi tak kena pada batang hidung sendiri kan? Macam aku tak percaya orang jumpa hantu itu ini. Well, aku bukan tak percaya sebab makhluk itu jua ciptaan tuhan, melengkapi penduduk dunia sekaliannya dengan sempurna. Aku cuma  rasa kepercayaan karut tak perlulah mendominasi sebahagian jalan cerita kehidupan.

TV mula agresif menyiarkan segala cerita karut marut. Polong. Pontianak. Keliwon.  Saka dan sebagainya. Orang sibuk nak maju ke depan, kita aktif mundur 30 tahun ke belakang. Mengapakah? Dimana silap?

Cerita macam ni mendidik manusia jadi penakut, berfikiran sempit dan mengarut. Apa cerita kalau nak bangun pergi tandas pun takut? Apa cerita kalau tengok TV terjerit-jerit hingga nightmares? Aku sangat marah dengan media massa terutama televisyen sekarang.

Bukan membantu membijakkan rakyat. Oh, mereka memberi bantuan juga. Dari sudut negatif. Paginya, rancangan motivasi berkisarkan akhlak muda mudi yang semakin menyimpang, rambut muda mudi pelbagai warna, pakaian muda mudi carik, koyak rabak, senteng. Petangnya pula kau siarkan kisah realiti nyanyian. Rambut artisnya biru, jeansnya sebelah panjang sebelah pendek. Lagi teruk, koyak di lutut. Ditambah lagi dengan sang penonton-penonton terkinja-kinja. Oh! Inilah sumber inspirasi kejayaan sebenar. Persembahan bertenaga! Kononnya.

Tengkorak kering kau!

Kau siarkan kisah pemuda tak sayang nyawa, dan pemudi tak sayang body. Kisah rempitan sana sini. Kononnya dengan niat menginsafi. Aku yakin kau sebenarnya tak berniatkan itu. Hanya keuntungan yang kau kejar. Kemudian kau menggunakan perkara mulia demi menutup rakusnya kau pada duit, pada glamour.

Terima kasih pada kau yang mereka cerita sehingga statistik bohsia dan rempitan menjulang tinggi. Terima kasih kerana merosakkan generasi aku. Terima kasih kerana sekurang-kurang mereka ada idea dan cita-cita, impian untuk juara, laju dan kreatif diatas pacuan beroda dua. Terima kasih kerana membiarkan mereka punya dua pilihan, juara dan perempuan atau cacat dan mati. Tak kiralah mati atas jalan bertar kelabu atau mati di katil hospital atau di papan rumah. Terima kasih kerana terpaksa mengalih perhatian si doktor dan jururawat dari pesakit lain yang terdesak  demi merawat si bodoh berkepala pecah dan membeli tiket kematian yang  terseret kemudian menyerabuti bahagian kecemasan.

TERIMA KASIH!

Kepada semua yang terlibat memusnahkan akhlak dan generasi cemerlang, gemilang, terbilang.

p/s: Aku terkena sindrom PMS barangkali yang beremosi begini!

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: