My Way Back

Aku rasa aku dah buang tebiat bila aku mula membaca dari belakang ke depan dan dari perenggan bawah keatas. Adakah aku ingin memutar masa?

Aku bangun sangat awal dari biasa. Lepas subuh terus mandi. Ini memang jarang berlaku ketika cuti. Oh, mungkin kerana sepupu dan datuk aku akan berangkat pulang, aku memaksa diri bangun dan mandi awal.  Manusia kan hipokrit.

Kemudian rumah kosong seperti asal. Hanya aku. Lain kali jangan beranak sikit kalau tak nak anak kau jadi macam aku. Hoho.

Kerling jam, masih awal. Macam biasa aku akan ambil mood dengan terlentang tengah ruang tamu bertemankan lagu dan merenung kipas berpusing. Aku suka merenung ke atas. I’m not thinking the present. The past more attractive, or maybe the future. The past worth more. Perhaps.

Oh. Masa sekolah bila aku mahu keseorangan, aku akan naik ke bumbung asrama. Aku baring nak renung langit. Cubalah buat, walau warna kesukaan aku bukan biru, tapi langit menjanjikan yang terbaik sebagai kanvas sempurna untuk direnung. Trust me.

That’s why aku tak kisah walau kawan aku kata bumbung tu berhantu..bla..blaa.. Mereka halang aku naik subuh-subuh bila aku nak jemur baju. Bahaya. Tempat tu berhantu sebab tu tali ampaian kat bumbung kosong. Sebab mungkin hantu makan atau orang takut nak jemur. Dan sebab tu bumbung tempat privasi aku, sebab bumbung berhantu. Bila berhantu, budak perempuan takut nak naik. Walaupun aku budak perempuan dan aku juga takut kadang-kadang, tapi aku suka privasi itu. Jadi perasaan suka membunuh segalanya. Termasuk part berhantu.

Aku memutar semula kenangan. Putaran hingga kali pertama aku berjaya menyimpan memori. 4 tahun aku kira. 4 tahun adalah kenangan paling awal aku berjaya simpan dan aku berjaya recall semula.

Cuma kali ini aku spesifikkan kenangan. Perkara yang membuatkan aku cedera ketika berkawan.

Pertama, ketika tadika. Aku ada banyak kawan tapi dua budak lelaki ini masih aku ingat. Macam sinyu dan giant. Best friend, best enemy. Satu hari mereka ajak aku bermain papan jongket dan mereka jongketkan sangat laju sehingga aku takut. Ketakutan aku memberi mereka gembira dan barangkali signal untuk bertambah laju. Sudahnya aku jatuh dan tersembam sebelum papan jongket menghempap dagu aku. Ayat terakhir aku sebut.

“Bodoh kau,”

Kemudian aku nampak darah mengalir dan sedar-sedar aku kat kerusi klinik. Aku pengsan dan dagu berjahit.

Itu kawan lelaki. Kawan perempuan aku tak berapa gemar. Bukan aku tak gemar main masak-masak, tapi main masak–masak dengan lelaki lebiH thriller. Diorang guna api betul. Tempurung kelapa, masak daun sampai layu dan bau busuk gila. Budak perempuan itu bahaya ini bahaya. Bosan.

“Eh, kita kawan dia tipu-tipu je, kita kawan awak yang betul-betul,”

Jelikkan? Tapi, dah namanya budak perempuan. Seingat aku, aku tak serik pun nak bermain dengan sinyu dan giant lepas tu. Diorang datang dengan muka seposen dan minta maaf. Tak ada dendam, tak ada benci, tak ada istilah kawan tipu-tipu kawan betul-betul.

Darjah dua, aku main berlari dengan satu group lelaki perempuan. Sebaya sekelas. Masa main, aku lupa siapa sendal kaki aku. Aku tahu dia main-main tapi aku jatuh dan pecah bibir dan berdarah sangat banyak. Aku lupa apa yang berlaku tapi aku terus bermain esoknya. Sekali lagi, tak ada dendam, tak ada benci. Yang pelik, budak perempuan lain yang fobia nak bermain sekali. Kata mereka, kasar.

Masuk sekolah rendah, aku selalu kena ejek ‘hitam’. Well, aku berkulit gelap, so? Tapi aku pelik, ada seorang lagi yang lebih gelap. Farid tapi aku je jadi mangsa. Satu hari dia bawa bekal dan dia tertinggal. Esoknya sebab aku duduk belakang dia, aku bau busuk. Dan aku bagitahu dia busuk dan suruh buang.

AKu tak tahu dia baran. AKu tahu tapi aku tak pernah kena marah dengan dia. Mana tahu bila aku cakap macam tu pada dia seolah-olah caci mak dia masak makanan. Tak logik langsung. Sekali dia bangun dan tendang pinggang aku. Aku tahan sakit sampai berair mata. AKu tak salah dan aku tak akan menangis depan dia. AKu berpaut perlahan pergi tandas. Sangat sakit dan aku menangis.

Aku senyap. Dia senyap. Dua hari sampai cikgu pelik. Dia rasa serba salah dan ajak aku bercakap macam biasa. Terlalu ego untuk minta maaf. Aku pemaaf dan aku mudah melupakan. Kami bercakap macam biasa.

“Kau ni kan, kalau takat aku cakap cam gitu tak yahlah sampai terajang aku,”
“Siapa suruh kau cakap gitu,”
“Kalau aku terajang kau amacam?”
“Kau perempuan. Tak sakit,”
“Kau terajang perempuan bagus sangatlah tu?”

Budak lelaki pernah tarik kerusi aku sebelum aku sempat duduk. Jatuh. Terhantuk meja. Lebam dahi. Mengamuk sakan tapi esok terus macam biasa. Diorang pernah masa aku jadi pengawas bengang dengan aku. Aku halang diorang balik awal, jadi diorang mengacah dengan bawa basikal laju nak langgar aku. Aku lari ke kanan dan dia mengacah aku kekanan juga. Sudahnya aku melambung ke udara.

Masuk sekolah menengah, bila taekwando, aku kena bantai cukup-cukup. Aku perlu sparring macam aku lelaki. Dan sah-sahlah yang berlebam sana sini aku. Sebab sparring dengan perempuan, sparring yang sangat mulia. Setakat inilah. Aku terpaksa lupakan taekwando dah pun. Terima kasih pada futsal yang cederakan kaki aku.

Kalau ajak bertekak, lelaki lebih selesa pada aku. Aku bebas berkata yang negatif tanpa perlu takut ada yang terkecil hati. Aku bebas bercakap dengan perkataan yang boleh menusuk jiwa perempuan. AKu bebas meninggikan suara kalau pendapat aku diperkecil-kecilkan. Dan aku yakin mereka juga.

Conversation berkesan. Nak bertekak, bertekak habis-habis masa tu. Lepas pada tu boleh berbual macam biasa. Itu beza berborak dengan lelaki. Pada aku, kalau aku mahu pendapat, golongan ini lebih mudah. AKu boleh membuat pelbagai persoalan dengan jawapan berlainan. Plus, aku rasa selamat dari menyakitkan hati.

Lelaki lebih teknikal dan praktikal. Juga bijak bermetafora menjadikan fahaman lebih mudah. Perempuan lebih emosional. Emosi menghalang rasional mengambil tempat. Sudahnya aku jadi lemah dalam berkata-kata. Banyak benda perlu ditimbangkan. Cakap ini menyakitkan tak? Cakap itu sensitifkah? Kalau begini, terguriskah? Kalau begitu, mengecewakankah?

Bosan.

And then, its damn hard to behave. In fact, macam mana aku usaha, sudahnya terasa juga.

As for me, that’s the differences that I can feel when befriend with guys and girls. Both are the best ever, thats why we call friendship. We’re completing each other, If we need to cormfort outself or need somebody to talk to, to feel warm, girls are better. They’re emotional, more understanding, more empathy.

But if i need to talk to somebody though I’m girl, I still prefer guys. Guys are better, their words hurt but it’s deep from inside. Much better than lying just to cormfort.

Cuma alam universiti, aku tak ramai kawan lelaki. Jadi, mahu atau tidak, there’s no only way to have them. There’re too shy, I think. Huhuhu.  T_T

Tapi aku tetap ada kawan yang sangat memahami. My world’s fullfilled much better. They’re still understanding. I love my university life!

Aku terfikir mahu putar masa dengan pengetahun yang dah ada jadi aku boleh mengubah. Bila aku fikirkan semula, dunia aku tak akan menjadi indah kalau itu berlaku.

Kipas tetap berpusing. Cuma aku dah bangun kemas dapur.

There’s no one to blame. We just see the world differently.
~hudamustaffar

Advertisements

~ oleh INFINITY di Mei 21, 2009.

5 Respons to “My Way Back”

  1. saya pun suka tengok langit. entah. rasa macam tenang.

    langit dan laut! =)

  2. dalam entri ni aku dapat melihat betapa kau menjadi mangsa penderaan…….
    simpati nih, hehehe……..

    apapun aku tertarik dengan ayat kau mengenai dak2 laki USM……..
    “There’re too shy, I think”…….
    hak3……..

    Aku tak rasa terdera pun. Standardlah permainan budak-budak lelaki. Baru thriller.
    Memang pun, too shy.. hahahah. Setakat yang aku kenallah. Hii~
    Apsal? =P

  3. warghhhh hardcore nye time kecik2 walaupun kecik

    Huda anggap itu pujian. Terima kasih. Heee~
    Setakat ini tak pernah menyesali lagi. Zaman kecil yang tough!

  4. weh.
    aku berkawan dgn lelaki jugak masa sekolah2.
    sebab tu budak perempuan tak suka aku.
    sebab pd mereka, aku ni mengada2.
    ok. fine, aku tak kisah pun.

    tapi,
    bila dah sibuk dengan life kedewasaan aku ni,
    aku makin meluat dgn org lelaki.
    ntah la, in fact dah dekat 2 tahun aku takde kawan lelaki yg rapat.
    semua dah aku tinggalkan, sebab aku mmg dah meluat.

    Setakat ni, ada seorang dah aku tinggalkan. Bukan meluat tapi menyakitkan untuk diteruskan. Aku rasa aku dah dewasa juga sebab kadang-kadang aku menyampah dengan kaum ini. Ada beberapa entry aku cerita, tapikan Nana, kau terfikir tak, kalau kita meluat kat diorang, sah-sah diorang meluat juga kat kita, kan?

    Hahahaa. Standardlah tu. Jangan risau, aku faham, aku juga melalui perkara yang sama. =)
    Kitakan cool!

  5. bes bila kenang zmn kecik neh…tp bagusnya, Lurunna still ramai kwn lelaki even kt U..bes sgt!sempoi jeR

    Kawan laki kat U tak ramai. Mungkin sebab banyak bakal doktor, mereka ulat buku. Hahahahahha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: